Saturday 19 November 2011

Si Tudung Tweet, Skrin Di TV9



Sinopsis:
Mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai!

Pada yang belum tengok and have time or tak tau nak layan cerita apa. seriously boleh or must tengok cerita ni.. best..innocent je zubaidah dari parit jalas. lama-lama cantik and style hana tajima. seronoklah. cliche! style liyana jasmay dalam cerita ni pun cantik and ada pesanan yang menjadi tauladan kepada kita in this story.

In this story diaorang gunakan tweet-je (twitter) and faceback (facebook). seronok and awesome. :)

3 comments:

  1. best kan.. tengok banyak kali pun tak boring.. :)

    ReplyDelete
  2. tgk jgk haitu..best2.. liyana punya dressing mcm yuna sebijik..hihi

    ReplyDelete

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers