Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Tuesday, 11 March 2014

Damia 10 Months

 Benda yang paling biasa berlaku pada mama yang work macam i ni bila pergi kerja hantar anak ke nursery, mesti rasa oh my gosh apa yang kita kejarkan didunia ni, sebab kerja sanggup tinggal anak kat nursery. Bila dah habis kerja, balik cepat-cepat nak amik Damia kat nursery, kat depan pintu je Damia dah tergedik2 hulur badan nak kita dukung dia. Bila dah dukung je amboi senyum sampai ke telinga, I plak tak habis kiss Damia yang masam tu. :)

Damia dah pandai sangat sekarang, bila hantar ke nursery mesti dia akan senyap, mama nyanyi kat dia pun, dia senyum macam-takde-perasaan je, tapi time petang, ba ba ba na na na dia paling happy. Bila dah sampai rumah kadang I dah penat sangat2, rasa nak relax dalam bilik beraircond, and hoefully Damia boleh main dengan toys dia, tapi pantang sangat Damia tengok mama baring, mulalah dia nak kan perhatian kita, Damia!! mama nak relax kejap lah. merengek2 mintak kita layan dia. Ok ok mama layan dia. Manja sangat, merengek bukan keluar air mata pun. Drama-queen-sangat!

Tengok gambar nih, boleh imagine betapa bergemanya rumah bila Damia menjerit mintak perhatian. Mama please tidur dengan Damia!! Meraung macam orang pukul dia. Bila mama amik dia dukung menghala ke bilik, senyap & senyum-senyum macam puas hati sangat. Maybe words kalau dia pandai cakap 'ha tau takut Damia menangis kuat lagi lain kali'


Damia dah 10 bulan, still takde gigi lagi, orang cakap gigi lambat tumbuh tanda cepat berjalan. InsyaAllah! Baby growing up at different stages. 


Available colour for WAFFAA CHIFFON SHAWL