Tuesday, 25 February 2020

Ustazah Merangkak

Pernah tak tengok buku tulis anak2 bagi tahun 1. Betapa tersentuhnya hati tengok, kita tau anak kita macam mana. Bila tengok buku tulis dia, tersusun tulis dengan ilmu yang baru. Lagi kalau buku KAFA, tulisan jawi. Anak 7 tahun baru nak belajar menulis. Dapat imagine tak betapa rajinnya, sabarnya, tekunnya cikgu/ustazah tu ajar anak kita. Sabar tunggu anak2 salin semula dalam buku dari papan putih. Bukan seorang ok 40 orang. 

Jujur ok, saya sendiri pun tak sabar nak ajar anak sendiri macam tu, lagilah anak orang lain. Rasa sedih bila ada parents yang 'buli' cikgu/ustazah. Mereka pun manusia biasa ada tahap2 seseorang. 

Cuba tanya balik kat anak then diri sendiri kenapa anak kita kena denda. Dalam kelas tu ada 40 orang pelajar, kenapa anak kita yang kena? So something is not right dengan anak kita kan. Ajar anak bukan hari ni ajar esok pandai. So as parent betul kena sabar & faham macam mana anak kita. 

Bagi cikgu/ustazah tu kalau tak sabar, tolonglah sabar lagi sikit je dengan anak2. Kalau dalam kes ni kena sabar dengan parents juga. Semoga tuhan je sanggup membalas. Tuhan bukakan pintu hati parents yang macam ni. 

Bagi diri sendiri. Bila I jumpa cikgu/ustazah Damia di sekolah. Rasa hormat & kasih dengan diaorang. Sebab dia yang uruskan Damia kat sekolah. Separuh dari masa dia hari2 adalah dengan cikgu/ustazah dia. Tak fahamlah apa yang parents ni fikir ye. Macam tak boleh hadam apa sebenarnya yang dia nak. Haha. Stress pulak sis. 


No photo description available.

No comments:

Post a comment

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers