Friday 21 June 2013

Jualan Cuci Almari

Pernah tak pergi mana-mana kedai ada jual pakej or set blouse & scarf sekali?? Ha that's why lah TOOP Shop ada jual. TOOP Shop pada yang dah lupa adalah kedai pre-loved wawa.. Antara barang wawa yang rasa tak boleh pakai but still in good condition, I jual. Lebih kurang nak kempiskan sikit baju-baju dalam almari. Sebab apa kempis? Sebab dah gemuk, dah terlebih-lebih sampai tak muat. Mr.Fand baru beli almari sendiri. Dia cakap untuk baju-baju dia, tapi sekarang almari tu dah 3/4 penuh dengan baju I, balance 1/4 baju Mr.Fand. Hahaha.. Jangan marah ok. So untuk mengelakkan dari tumpang almari baju Damia plak, I plan nak let go blouse dan scarf yang ada. Bukan WAFFAA scarf but scarf mostly dari Jalan TAR yang still in good condition. 







Thursday 20 June 2013

Cerita WAFFAA

Hi you all, hari ni ialah hari last berpantang, actually banyak benda nak share tapi kepada mama2 mesti dah tau how busy nya nak melayan baby kan.. but kenangan terindah jaga baby, sleepless nih sangat precious. Oh today tak nak cerita banyak about confinement tapi more to my business WAFFAA scarf.

Today, launch new colour, update setelah lama tak pegang kain-kain tudung nih. Lebih bermanja-manja bersama baby. Ramai yang tanya wawa dah stop jual tudung ke? Nope. Still ON dan mungkin akan lagi rancak lepas nih. It doesn't mean ada baby hobby kita terpaksa lupakan kan, but lagi semangat kita nak buat. Yeah!!

New update nih, wawa dah upgrade kain kepada chiffon crepe yang lagi berkualiti. Kain lagi soft, mudah bentuk. Betul orang tanya macam mana kain chiffon yg u jual tu? Kita nak cerita pun susah, macam perfume gak, kalau orang tanya macam mana bau? sedap tak, of cos kita akan jawab sedap bau fresh, sangat subjektif kan. Ha senang macam nih, kain baru untuk WAFFAA scarf nih, if you all pernah rasa or peminat setia tudung 3 layer, FAREEDA, kain chiffon from WAFFAA nih lebih kurang macam tu. Yesza memang sedap pakai and senang nak bentuk. 

Jahitan pulak lagi kemas. Please refer gambar di bawah ye kawan-kawan.. :) 

#nofilter


So tak perlu nak promote lebih macam kak ton.. Boleh layari facebook WAFFAA.. If office you all facebook kena block boleh ke blog WAFFAA.. ;)

Antara kaler pastel yang menjadi keterujaan ramai.. 


dan be bold with colour!

 
Jom shopping.. See you there!!

Wednesday 12 June 2013

Happy One Month Damia!

 Oh my goodness!  I can’t believe my baby D is already a month old. It just doesn’t seem possible. We absolutely love and adore her. 
 


She’s a pretty chill baby, I love u Nia.. 

Tuesday 11 June 2013

Cerita Berpantang

Before bersalin dah dengar cerita dari orang sekeliling pasal lauk pantang, 'pantang' larang semasa berpantang. Boleh jadi stress, itu tak boleh ini tak boleh. Apa yang boleh beb? Rasa kalau mengidam sesuatu kena curi dan makan dalam bilik. Kalau langgar pantang nanti bentan lah, luka berair, jahit terbukak lah. Macam-macam adoii. 

Tapi bila dah alami sendiri masa berpantang nih, takde lah teruk seperti yang I imagine. Kenalah berfikir positif sikit. Ingat lauk yang mak masak tak sedap ke? Rasa nak tambah nasi tau. Selama time pregnant asyik makan chicken chop, secret recipe, sesekali pekena lauk simple macam ni, I rasa sedap woo. Lagi berkhasiat dan disukai ramai.. tak gitu.. Bila mintak mak nak tambah nasi, mak kata tak boleh. Pantang orang berpantang makan tambah nasi. 

Try tengok lauk nih, Sayur air sawi+lobak merah+lobak putih, ikan merah masak pindang, ikan merah goreng. Makan time panas. Ha kan deh kecur.. hahaha..


Pantang memang I ikut, digoda dengan lauk-lauk yang sedap, imagine ikan masak sup bersebelahan dengan ikan pari masak asam pedas. Wah tak tersentap ke tengok asam pedas tu. Jangan salah cedok kuah sudah lah. hahaha.. 

Pantang lain, memang kena pakai stokin, I suka pakai stokin, kadang kat office pun pakai stokin. Rasa badan suam and rasa comfort je bila pakai stokin. Nak pakai stokin sampai 100 hari boleh ke? Tak boleh keluar rumah. Yes, duduk rumah je, duk bilik je, nak apa semua main order je kat mak. I'm like a boss. hahaha..

Oh tak keluar rumah tak bermakna tak shopping ok. Tiba-tiba parcel sampai depan pintu. Just like heaven. Tapi mak dah pesan awal-awal nak bukak lappy or main phone jangan lama-lama takut pening kepala. Dah la I ni pakai spek, dari kurang pening menjadi bertambah pening. Yang ni I tak tipu, memang kadang duduk depan lappy lama boleh datangkan pening. 

Honestly, I kalau time mandi paling lama, dari sabun badan ke lulur, ke scrub then pakai bedak sejuk seluruh badan, pilis, param semua I sental kat badan. Kata nak badan putih gebu seperti baby. So kenalah work hard sikit. Produk apa yang I guna nanti I akan review ok. 

Tak berani lagi carry heavy thing. Ada terbaca, jangan angkat benda heavy more than berat baby. So far takde nak angkat apa pun.

So far so good, takde stress. Alhamdulillah, luka jahitan pun dah sembuh, luar nampak elok je, semua nurse yang datang, siap puji, cantik memang takde jahitan, straight macam bekas kena pisau tu je. Tak over panjang lebih kurang dalam 1 jengkal or 15cm. Syukur Dr. Hazim buat memang terbaik. Tak rosak body I.. hahaha..

Hidup kena happy walaupun time berpantang..


I'm already miss my dress, and high heel. 


Monday 10 June 2013

Sup Bunjut...

.. tapi bukan sup bunjut adabi ek..hahaha..


Mr.Fand lah gelarkan, I bedung baby macam nih, dia cakap, ha get ready Damia kena bedung sup bunjut.. mula2 pelik pastu baru faham, ikat bunjut macam tuh. Actually, nurse kat FPP Hospital Putrajaya yang ajar untuk bedung macam nih. Ini untuk mengelakkan kaki baby tak tegak bila dah besar nanti.Tapi bila baby dah besar sikit kena guna kain bedung yang besar, kain bedung dipasaran tu tak cukup space ye, cantik je lebih. 

Refer pada gambar, mak I memang pantang kalau kepala toleh sebelah kiri atau kanan, takut nanti senget (ish simpang malaikat 44) hahaha.. so kena sendal kiri dan kanan bagi tegak je. Ooo iyelah mak.

Tapi anak Fasha Sandha tu takde pun nak bedung bagai kan. Terkangkang je time tidur. Ok je.. 

Friday 7 June 2013

Mandikan Baby Damia

Anak first ni, memang agak mencabar nak mandikan baby. Rasa kejung satu badan bila pegang baby menggelupur time kena air tu. Nampak macam senang, try buat memang susah. Bila dah biasa baru tau macam mana nak handle. Ada step, mana yang nak kena cuci dulu bukan main redah ikut dan je.

Gambar je lebih, bukan I mandikan baby pun. MIL atau mak yang mandikan baby. 

Belum tahap Fasha Sandha lagi mandikan baby sendiri time confinement. Damia kategori besar gak time new born 3kg, tapi still tak berani nak mandikan dia. Sangat fragile, dan Damia suka menangis time mandi, tak sure kenapa. Ada baby lain, senyum gelak-gelak je time mandi. 


Amboi anak dara mama ni. Nak mandi pun tidur, pastu bila kena air, meraung menggelupur..

  
Feeling betul tidur budak cinonet nih.. sampai terangkat kening..


Macam mana cara nak mandikan duduk ke, berdiri kat sinki ke, masing-masing punya cara. Kalau MIL suka duduk, then rendamkan baby dalam tub, kalau mak pulak suka mandikan cara pangku baby tu, habis semua baju mak basah, kira mandi kan baby sekali mandi untuk diri sendiri..

Pernah gak I try mandikan Damia dalam pantang, tapi rasa tak bersih, macam mandi kartun je. hahaha.. well, baby bukan kotor mana pun kan. Yang penting poo poo dah cuci bersih before tu. Mandi untuk bagi fresh pada baby. Oh ye, sebab skin baby lembut lagi, we all mandikan Damia dengan air je. Air filter bukan air direct dari paip sebab takut kuman, klorin tak sesuai untuk skin baby. Sometimes je we all pakaikan Johnson shampoo and baby bath. Oh Damia tak sesuai guna seba med, kulit akan jadi ruam, kering gitu. 

Mr.Fand, pernah try untuk mandikan baby, kata bonding baby and papa dia. Ha ye lah tu, dia berusaha gak tak nak bagi kekok pegang baby.. Good luck ek papa.. 

Lepas mandi baru lah boleh sambung tidur..

ZZzzzz




Thursday 6 June 2013

Labour Story - Part 2

Tiba-tiba, I dikejutkan dengan nurse, awak dah boleh bangun, dan terdengar riuh nurse yang hantar ke bilik OT tadi. Then I disorong untuk masuk wad semula, time tu ternampak Mr.Fand. Dalam hati, eh dah bersalin ke aku ni? siap raba-raba perut, eh perut dah tak tinggi. Mana baby aku? Apa dah jadi dengan baby aku? Mr.Fand terus datang dekat, usap-usap dahi I, dan cakap, alhamdulillah selamat, baby kita comel, muka macam u. I terus rasa sebak macam tak percaya, baby dah keluar. I cuma ambik masa 2jam setangah je dalam OT.

Bila dah sampai ward, still tunggu baby we all sampai. Masa tu memang takde rasa sakit, cuma rasa penat, dan lalok, sebab tak makan dari last night dan lalok sebab ubat bius. Tiba-tiba nurse datang sorong baby, bagi I jumpa baby D. SubhanAllah, air mata kesyukuran keluar masa tu, terlalu hebat kurniaan tuhan kepada kami . Anak comel, sihat sempurna. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Selepas beberapa jam tu, baru terasa pedih, dan badan senang menggigil, perut pulak berbunyi sebab kembung. Imagine jelah perut kena bukak.. angin dah masuk. Alhamdulillah, sepanjang atas katil tu, nurse yang tukarkan pad, jaga baby kita, nurse FPP Hospital Putrajaya memang superb. If, I rasa sakit, nurse dah pasangkan ubat pelali (morphin) memang berterima kasih kat ubat tu, rasa sakit hilang serta merta dan I akan terlelap. Sometimes, bila tengah berbual dengan Mr.Fand, kalau rasa sakit tekan pada punat, ubat masuk melalui drip, I akan terus rasa lalok dan boleh tertidur. Sehari setengah I tak bangun dari katil.

Doktor datang pada esok pagi tu 8 May 2013, pesan kena try bangun bagus untuk pengaliran darah. Try keluarkan angin dan pastikan kentut. Petang tuh, I try bangun nak tau tak apa I rasa?? Rasa macam perut kita nak jatuh ke bumi, hahaha. sebabnya, perut masih kembung, dan besar. Betullah orang kata lepas bersalin, rasa macam ada baby lagi dalam perut. Ku gagahkan jua, pergi toilet, buang air kecik and besar. 

Pada hari ketiga, dah ok, tapi bila nak berubah dari baring atau bangun ke toilet akan rasa sakit yang bearable. Takde lah sakit sangat. Bila dah makan rasa badan selesa cuma penat tu mestilah kan. Walaupun takde sesi teran meneran. Petang 9 May 2013 saya dah dibenarkan keluar hospital. 

Moral of the story, bersalin czer tak lah seteruk yang disangka. Pada sesiapa yang doktor buat pilihan untuk di operate, jangan fikir negatif. Jangan sedih. Bersalin macam mana pun ada cabarannya. Tak perlu nak risau yang paling penting suami kena ada untuk bagi support. Actually pesan pada diri sendiri jugak.

Dari sudut hati, harap dapat bersalin normal untuk baby kedua nanti. 

InsyaAllah 

Pada yang tanya berapa cost untuk bersalin di FPP Hospital Putrajaya (bukan niat nak menunjuk ke apa ok) total charge RM3577.80. Sangat berbaloi untuk 4hari 3malam di first class ward, first class layanan dari nurse. Semua first class. I memang rasa satisfied dengan doktor, nurse, dan facilities semua. Superb. 

Plan akan bersalin di FPP Hospital Putrajaya untuk second baby nanti. InsyaAllah ada rezeki kita bersalin normal.. 

*insert smile face here..*


Kaki Baby D. Suka cium tapak kaki dia ni. Halus sangat kulit dia. 

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu ye Damia (takde kaitan) 

^___^


Wednesday 5 June 2013

Labour Story - Part 1

Hari ini masuk hari ke 28 I berpantang, that mean baby D or Damia berumur 28 hari.. Masih lagi mood tak percaya bila dah ada anak ni. Syukur dan teruja mengatasi perasaan lain. So hari ini I baru berkesempatan nak update pengalaman bersalin secara czer di FPP Hospital Putrajaya.

Seperti yang you all dah di bagitau dalam entry sebelum ini, I choose tarikh 7 May sebab sama dengan tarikh anniversary we all ke 2. So pada 6 May tu, I ada last check-up dengan Dr.Hazim, untuk menentukan antara baby pusing (normal) or kena belah perut.. huhu.. Time pergi check-up tu doktor tanya kat I redha dengan result? Maybe baby awak dah engage, memang sangat positif doktor tu kan, kita dah sedih-sedih rasa takde harapan je, doktor sempat lagi bagi kata-kata semangat. Tapi bila baring je untuk buat scan 2D, tak sampai seminit je Dr. Hazim terus cakap awak boleh masuk wad petang ni. Apa makna tu doktor? That mean baby awak still breech, baby dah besar dan air ketuban awak dah kurang, posibility failed untuk buat urut (ECV) itu tinggi. Menitik airmata bila dengar doktor cakap macam tu, memang takde peluang I nak bersalin normal ke? Time tu pandang Mr.Fand, kau pandang aku, aku pandang kau, speechless. 
-____-

Petang tu, we all kemas2, last preparation barang, kot2 ada benda yang tertinggal lagi, terus pergi ke hospital dan menuju ke kaunter kemasukan ward kat Hospital Putrajaya. Time tu Dr.Hazim memang dah arrange kan bilik untuk I masuk. Jam 6pm pada 6 May 2013, I masuk ward, masuk macam orang sihat, siap lenggang mak limah, tanya Mr.Fand kita pergi minggu depan je lah, I rasa tak ready lagi lah nak kena operate esok? Mr.Fand kata ingat nak pergi shopping ke boleh postpone next week ke next month, confirm lah Dr. Hazim dah arrange dengan pakar2 untuk masuk OT esok.. sigh..

Masuk je Wad Eksekutif, I disambut dengan nurse yang best, peramah dan helpful. Masuk je nurse suruh tukar baju pink tu, hurm cantik gak kaler pink instead of kaler hijau (typical orang sakit) then, check CTG baby, ambik darah dan pada 12malam dah kena puasa. Start malam tu jugak lah I dah tak boleh makan ikut suka je, that mean start dengan makan berpantang.



Malam tu before tidur, siap cakap dengan Mr.Fand, I tak rasa macam orang sakit, takde lah feeling nervous, sebab selesa sangat kat wad eksekutif tu. Malam tu kami tidur ala-ala tidur kat hotel gitu, hahaha,, selesa sampai xsedar dah pagi, nurse kejut 6.30am, dan suruh bersiap mandi sebab doktor akan datang check and get ready untuk operation.

Pagi around 8am, Dr. Hazim datang check dan siap tanya dah ready ke? I dengan confident cakap dah, sekarang pun boleh doktor. hah gitu. padahal dalam hati dah start nervous, seram sejuk, macam2 lah feeling time tu. Macam lah berani sangat kan.

Tepat pukul 10am, nurse datang bilik dan inform dah boleh tukar baju, pastu bagi makan pil tahan muntah. Lepas tu terus disorong ke OT. Time ni mintak permission dengan nurse, saya tak sakit nurse, boleh tak saya jalan je ke OT. Nurse tu siap sengih2 mana boleh, awak kan pesakit. Yup I know, I nih kategori pesakit yang tak sakit, so saya boleh berjalan lagi. Banyak pulak songeh kan, orang nak sorong ikut je lah. hahaha..

Masa tu, Mr.Fand temankan ke OT, tapi bila terpandang muka dia, I jadi sebak, touching terlebih, siap fikir boleh ke aku jumpa suami lagi lepas ni, macam-macam feeling lah time tuh, ala-ala drama swasta pun ada. Bila dah sampai OT dan sampai tahap suami tak boleh teman tu, terus salam, mintak doakan  semua success dan bila sedar nanti dapat jumpa baby comel kita. Habis sesi mintak ampun mintak maaf, terus disorong ke OT, ha time nih lah yang nampak lampu besar tu, memang sebijik macam dalam movie tu, cantik bersih dan sejuk macam dalam freezer.

Macam tak percaya, dalam tu memang ramai petugas dengan tugas masing-masing. Memang rasa malu, tapi dah tak kisah dan tak boleh fikir normal. Apa yang penting baby dan diri ini selamat. Tak lama lepas tu ada seorang doktor kenalkan diri, sebagai doktor anesthetic datang. Bila doktor tu cakap, awak dah boleh baca bismillah, dan tarik nafas dalam-dalam, dengan kiraan 1 2 3 4, I terus blank.. tetttttttt..


......................to be continued

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers