Monday 29 April 2013

Hospital Bag

Since sekarang dah 37weeks, baru siap pack barang untuk bawak pergi hospital. Ada lagi dalam 21 days to go before dapat berjumpa dengan little one kalau ikut due date lah, if baby keluar awal, atau pun ditakdirkan wawa c-sect sebab kes ini, awal lah kami boleh jumpa baby. Apa yang penting kerjasama semuanya berjalan lancar dan baby sihat.. Amin.. InsyaAllah..

So, to be safe, saya dah siap sedia kan bag hospital, terfikir nak letak dalam kereta siapa plak bag hospital nih ataupun standby je kat rumah. ok itu tak penting, yang penting semua dah ready to go. 

Inilah barang-barang yang nak dibawa, tak tau banyak sangat ke apa, tapi follow list yang wawa dapat dari internet lah, dan yang nurse ajar sewaktu antenatal class tuhari. 




So ini merupakan bag hospital for my baby.


Jom kita selak apa ada dalam bag ni.

 
Bag from simple dimple.Bag ni memang bagus, Mr.Fand yang nak beli sangat, saya lebih suka bag diapers biasa ala-ala bag balik kampung tu, tapi bila letak semua stuff dalam bag ni, fuh muat, memang senang sebab siap dengan compartment untuk letak diapers, baju. Berbaloi-baloi. Takdelah nak cari barang nati kena selongkar sampai ke dasar bag tu. Fully recommend kepada you all yang nak mencari diapers bag. 

Yang paper bag merah dalam tu, ialah bag yang nurse awal-awal dah pesan untuk asingkan. If bersalin kat FPP Putrajaya lah, untuk nurse hospital lain tak sure. So senang encik suami korang nak bagi pada nurse untuk sambut baby nanti, takdelah nak kena selongkar semua balik atau bagi pada nurse semua barang dalam bag ni. 

Anyway, ni barang2 yang ada dalam hospital bag baby.
 

Diapers (5 pcs)
A pack of baby wipes
Towel
Blanket
Barut (2pcs)
Toiletries
Minyak Telon
Baby Oil
Handkerchief (2pcs)
Baju short sleeve (1pcs)
Baju long sleeve (1pcs)
Rompers (2 pairs)
Mitten + Booties (4 pairs)
Bonnet (2pcs)
Bantal

 
For myself (tiada dalam gambar):
Kain Batik (2pcs)
A front button T-Shirt
A set of disposable panties (5 pcs)
Maternity pads (5 pcs)
Towel
Socks (2 pairs)
Scarf (2 pairs)
Maternity dress (to wear on the day I'm going back home)
A zapper, bengkung moden
Telekung
Nursing bras
Disposable breast pad (5 pairs)
A pack of tissue
Minyak Herbanika NR
1m white cotton cloth (for placenta)
Few plastic bags (for laundry)
Toiletries
Phone charger
Dates (kurma) / Milo 3-in-1 for energy

Siap!!

Alamak apasal tiba-tiba rasa nervous pulak nih. *_*

Semoga semuanya selamat. 

Amin

Friday 26 April 2013

Akar Bunga Fatimah

Rasanya semua dah tau berkaitan dengan akar bunga fatimah, atau ada yang panggil sanggul fatimah, whatever nama pun, mesti semua orang tahu fungsinya. Salah satu cara atau usaha untuk permudahkan bersalin. Semua dengan izin-Nya. 

Ada yang cakap rendam dengan air zam zam, rendam dengan air biasa dan baca doa untuk dijadikan air selusuh, tapi macam wawa, rendam je dengan air biasa dan minum. Tak perlu nak taksub sangat, takut boleh jadi syirik, kita usaha je niat yang baik-baik. 



Banyak cara nak guna akar bunga fatimah antara cara yang saya apply ialah:

1- Seminggu nak bersalin rendam bunga ni, jangan rendam awal-awal sangat. 
2- Masa 7 bulan rendam dengan air paip untuk buat mandian dan sapu kat perut dan seluruh badan. Bila hampir bersalin boleh rendam dan minum dengan air biasa. 

3- Ketika kandungan berusia 9 bulan, minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, selawat dan berdoa. "Ya Allah permudahkan proses kelahiran ku".. Amin
5- Habis guna boleh jemur dan akan kucup balik. Simpan untuk diguna lagi kalau nak bersalin yang seterusnya ataupun kalau ada adik beradik atau kawan-kawan nak pinjam boleh share.

Pada sesiapa yang nak dapatkan Akar Bunga Fatimah ni, boleh dapatkan dari saya ok. Boleh emel kat wawa.tasliman@gmail.com untuk order. 

Sharing is caring.. 

Thursday 25 April 2013

Takde Tajuk Yang Sesuai...

... untuk mengambarkan, how do i feel sekarang ni. 

Ayat drama sikit and insert cry here.. sob sob..



Refer pada gambar nih, menunjukkan position baby wawa pada umur 36bulan (9 bulan) bukan yang position normal tu but refer gambar kanan tu.. (tak sanggup nak cakap)

*insert loud cry here*

Bila baca nih, buat lagi bertambah haru biru. 

By around 8 months, there's not much room in the uterus. Most babies maximize their cramped quarters by settling in head down, in what's known as a cephalic presentation. But if your baby is breech, it means he's poised to come out buttocks or feet first.

source: babycenter 

anak mama turun ye sayang kalau tak kita akan masuk operation theater OT by 38weeks. *sambil gosok perut* 

siapa yang ada experience yang sama, boleh share ke?

*insert louder crying here*

 

Wednesday 24 April 2013

Contraction & Teknik Pernafasan

Jangan terkejut dengan tajuk ni, saya sebenarnya takde lagi rasa contraction or keluar tanda-tanda bersalin lagi. Ada member dah whatsapp, 'wawa dah bersalin ke?' belum lagi ye kak. Cuma ni nak buat pengakuan bahawa saya tertanya-tanya camner rasanya contraction tu. 

Bila tanya pada akak-akak office ada yang rasa cramp, muscle tegang disekitar belakang dari punggung ke bawah. Ada rasa nak membuang, ada rasa sakit kat ari-ari. Saya yang dengar ni pun, ternganga, camnerlah ek rasanya. Memang tak dapat nak imagine. 

Selain tu, braxton hicks dengan real contraction macam mana nak bezakan. Real one punya dengan tipu punya. Banyak dah baca tapi masih tak dapat nak imagine. So, in the end tak nak pening-pening kan kepala, berdoa je semoga semua dipermudahkan. 

Actually, dah set dalam kepala sakit contraction bila ada tanda-tanda macam blood keluar, or air ketuban pecah. Bila perut sakit, urat tegang, perut mengeras dalam jarak masa yang sama contoh 5 hingga 10 minit sekali, itu lah real contraction.

Bila tanya Mr.Fand, 
'macam mana agaknya sakit contraction tu ek?' 
'Ala, u tak payah fikir-fikir sangat, if u rasa sakit, bagitau je, i terus bawak pergi hospital' 
'Sigh!'
^_^

Selain dari contraction, teknik pernafasan untuk push penting kena amik tau. Ini pun nasihat dari member yang dah ada pengalaman. 
So based on pengalaman member, tanya doktor, dan info dari google, teorinya adalah:

1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tue)
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak 
6. baca doa nabi yunus, atau ayat-ayat quran untuk memudahkan bersalin.
7. tips tambahan: perlu support moral dari husband. 
Tapi, member wawa dah cakap awal-awal kadang realiti tak semudah teori. 'cakap memang senang' so kenalah prepare dari awal.

Pandai cakap kan? hihi..
Hanya boleh berdoa semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. 


Tuesday 23 April 2013

36 Minggu Sudah!

Entering 36weeks (9bulan) menyebabkan jiwa rasa tak tentu arah. dupdapdupdap gitu. Mengikut instinct sendiri saya akan bersalin awal dalam 38 minggu dah keluar. Lagi 2 minggu je, ha boleh? confident je baby akan keluar awal. Excited sangat lettew.  

Bag hospital untuk mama dengan baby dah prepare. Standby je kat rumah. Semalam boleh bukak balik bag tu, keluarkan satu-satu barang dalam tu, lipat elok-elok then masukkan semula. Sambil tengok barang-barang baby yang comel tuh. Hi baby, mama memang betul-betul tak sabar. Dalam hati sentiasa berdoa Semoga semuanya selamat. InsyaAllah.. Amin.. 

Apa yang berlaku pada fizikal pada 9 bulan nih, perut cepat je membesar, bila bangun dari tidur tu, eh perut lagi tinggi dari semalam lah. Gosok-gosok sambil kata baby dah besar ye. Kicking pun semakin kuat. Waktu petang perut mesti mengeras je. Memang normal ke mengeras macam tu? 

Bertanya kat diri sendiri, dah well-prepared ke? fizikal, mental, insyaAllah kalau bab teorinya macam dah banyak tahu, how perfect is perfect tu, kita tunggu bila dah mengalami sendiri nanti. Cara mana bersalin normal atau c-sect kita redha, itu tuhan punya kuasa. Sebab apa cakap macam ni, sebab checkup 33 minggu (8bulan++) hari tu, baby saya di kedudukan breech. Mohon kat tuhan, baby dah turun sekarang. Lusa ada check-up lagi kat FPP Hospital Putrajaya. 

Macam mana pun keadaannya, mintak semua dipermudahkan.

Info dari babycenter 

He's rapidly losing that wrinkled, alien look and his skeleton is hardening. 

Baby bump at 36weeks. Baby dah 2.7kg.. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.  




 

Semoga baby sihat dan sempurna. Amin

Monday 22 April 2013

Dobi Baju Baby

Kisah mendobi baju yang kecik cinonet ni, geram tengok semua comel-comel. Ni baru first time mendobi baju, dah 35 minggu baru nak start dobi kan. Nasiblah dapat mak yang 'rajin' ni.. hihihi. Tak habis lagi, banyak lagi barang baby macam towel, blanket, swaddle tak habis dobi lagi. mana yang terlarat dulu ye saya cuci. 

Barang yang nak dicuci. Membukit, belum tahap menggunung lagi.. 


Cara saya cuci, masukkan semua dalam laundry bag, tak berani masuk mesin terus, sebab takut ada yang hilang. Yelah semuakan comel-comel belaka, kan ada booties dengan mitten yang tinggal sepasang je. Basuh dengan cara delicate, guna spin pun sekejap je, takut hancur semua barang-barang little one ni nanti. Bila dah cuci rasa apasal banyak sangat baju-baju ni, sebenarnya kecik-kecik tu yang lenguh gak nak lipat satu-satu.. hihi.. 


Time ni, Mr.Fand tengah bukak tag kat baju, bersungguh gitu.

 
Baju baju ni saya asingkan ikut warna, join semua putih if ada colour, saya akan join semua yang berwarna je, takut colour luntur. Tak best lah pulak nanti kan. Amboi macam baju orang tua plak kan.

Oh sabun yang saya guna adalah kiddiewash dari Cosway. Bau memang soft, bau ala-ala baby gitu. Saya guna softener comfort, ini pun free trial dapat dari beli majalah Pa&Ma bulan April. Nasiblah anak oi.. Actually tak pernah jumpa lagi softener jenis ni kat pasaran, dah keluar ke? Macam softlan ke downy ke semua memang tak sesuai untuk kulit baby katanya kan? Lepas ni nak dapatkan comfort softener ni sebab bau sedap dan soft.



Banyak lagi barang baby yang tak cuci lagi, rasanya kena cuci by part, 1 sampai part 4.. macam drama lah pulak kan.. sebab baju baby banyak sangat. Belum kira sarung tilam and bantal baby lagi.  

Baju yang telah didobi part 1..



Towel, blanket, swaddle, ni pun half je, ada lagi yang belum basuh *kesat peluh*



 Mitten booties, handkerchief, barut yang comel



Hai, lagilah tak sabar rasanya nak pakaikan baju-baju ni kat baby sendiri. InsyaAllah. Doakan semuanya selamat.

Lepas dah habis sesi dobi, kita packing hospital bag pulak.. 

Thursday 18 April 2013

Baby Stuff From IKEA Pulak!

Selain dari Mothercare, antara salah satu tempat favourite untuk beli barang baby ialah IKEA. Selain dari baby cot yang saya beli kat sana, wardrobe baby, chest of drawer pun beli kat sana. Honestly, IKEA dalah tempat yang saya pergi regularly for the past few month. Ada je benda nak beli, sometimes pergi tu beli 1 barang je, next week pergi lagi ikea untuk beli barang lain. Tak kira lah stuff untuk rumah, atau untuk little one. 

Sapa setuju? Semua barang kat IKEA cantik-cantik kan, reasonable price dan berkualiti. Sapa tak suka woo.

Antara barang yang saya beli untuk baby

baby cot, baby bath tub, wardrobe, chest of drawer, bakul baju, soft toy, 





 full story pasal wardrobe, klik sini 


Baby crib


 Saya sangat excited! keperluan baby mostly dah cukup. 

Sekarang ni perut selalu mengeras, lagi-lagi bila tidur, kadang terjaga & tak boleh tidur semula.. usap perut sambil panggil nama baby (yup nama baby dah ada, Mr. Fand yang pilih)  then akan ok sikit, tak lama lepas tu keras balik. It's ok baby, mama redha asalkan baby sihat.. 

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.


Wednesday 17 April 2013

Rasa Tak Sama Tapi Lebih Kurang Lah!


Lately, I rasa myself macam nih.. with only 5 weeks left of this pregnancy, memang rasa diri ni macam whale everytime tengok depan cermin or everytime berjalan di shopping complex, bila nak bangun dari duduk dan obviously bila timbang berat badan time checkup. 

Lepas nih, mesti berusaha keras untuk turunkan berat badan sehingga nampak macam semut kerengge bila tengok di cermin. Sambil cakap, 'lihat pinggang ku jadi rampingkan' gitu!

Tapi bak kata ibu-ibu yang lain, tak kisah lah badan naik ke turun yang penting baby dalam ini sihat walafiat dan sempurna kejadiannya.. Aminn.. InsyaAllah..
By the way, deep in my heart, saya memang tak kisah, apa nak jadi pada body figure, yang saya tahu, pregnancy adalah fasa dalam hidup yang paling best. Macam saya selalu cakap precious experience. I wouldn't give up being pregnant with our precious little one and knowing that soon she will be with us is worth. Berbaloi-baloi!

I'm one lucky WHALE!

Tuesday 16 April 2013

Mothercare KLCC

Post ni merupakan sambungan dari entry ini.

So, Perjalanan mencari baby stuff diterruskan ke Mothercare selepas ke Motherhood Expo KLCC.

Siapa tak geram tengok baju, baby stuff di Mothercare. Paling suka sekali Mothercare KLCC. banyak pilihan untuk beli sediakan je duit banyak-banyak. Alamanda ada jugak Mothercare, tapi pilihan dan tahap kepuasan beli kat situ tak best. Di KLCC lagi banyak pilihan dan maknanya lagi banyaklah duit saya akan hangus kat situ. :)

Antara baby stuff yang beli di Mothercare KLCC

Honestly, start shopping beli barang baby kat Mothercare since tak tau lagi baby gender. So beli kaler-kaler yang selamat. Agak-agak ternampak pink tu, that means comel sangat sampai tak tahan nak beli jugak, kalau bukan baby girl terpaksa sedekah kat anak buah atau let go. hihihi. Alhamdulillah baby saya girl. Thank you Allah. I was too excited, who doesn't? 

Sumpah akan pergi beli lagi kat Mothercare. I don't care.. *_*

Tips; Mothercare selalu buat SALE tergempar, so nak tau promosi dia yang latest boleh like Mothercare di FB.

Kat mana favourite place you all nak bershopping? Do share with me.. :)

Monday 15 April 2013

Pregnancy Skincare - Ibu Mengandung Nak Melaram Jugak!

The first few week pregnant kulit saya tak banyak berubah. Macam selalu. Gebu je. haha.  But due to the hormones racing through my body, skin terus jadi kering sekering-keringnya. Mula tak tau apa sebabnya, but after baca artikel ni baru tau, selain dari alahan ibu pregnant, ini adalah hakikat yang perlu diterima.

"Did you know that a pregnant woman produces as much hormones as a non pregnant woman would produce in 150 years?"

Ish baca pun dah seram.. No wonder sekarang kulit kering, pakai lotion, minum air banyak pun still kering. Hormon punya pasal rupanya.

So sepanjang 35weeks pregnant memang mengaku kulit kering. Untung bagi ibu yang time pregnant kulit makin cantik dan gebu. Based on that saya tukar produk yang saya pakai before pregnant kepada produk yang memang anti-dehydrate, untuk bagi kulit lagi moist. So antara produk yang saya purchased, my skin looks not so amazing lah tapi ok, better than sebelum nih. 

Antara produk mandian yang saya guna Johnson's peace bath, sometimes saya campur pakai dengan Johnson's milk bath. Scrub whitening Mustika Ratu, petua mak saya untuk kekalkan kulit lembab. Tak perlu nak sental bila pakai scrub tu, just sapu, pakai span terus bilas, kulit memang akan moist je. Saya guna di part yang kering, dan gelap. Untuk stretch marks saya dah cerita di sini. Pencuci muka saya guna NUTOX saya guna 2 kali sehari, untuk kelihatan ala-ala fazura gitu.. hihi..


Lepas mandi, saya akan guna lotion Johnson's oxygen fresh, bau ni memang sedap, untuk malam saya akan guna baby powder ni, bau buat saya selesa dengan diri saya. cewah! Mr.Fand pulak akan kata, eh bau u macam baby lah... Mmmuahh.. hihihi.. 
Untuk bedak merah (Agnesia) tu saya jarang guna, itu pun petua mak saya, gunakan untuk hilangkan peluh. 

Skincare saya guna NUTOX Oxyfushion spray (toner) dan Emulsion untuk moisturizer. Kulit memang lembab dan soft je.. 


Saya masih lagi ada mood nak bermake-up tapi simple, very based make-up. Tak nak lah nampak pucat lesi je kan. So saya gunakan set ni je. Dulu saya guna foundation MAC tapi bila pregnant, MAC buat kulit tambah kering, so terus gantikan dengan SAFI.. Begitu juga dengan lipstik saya tukar MAC kepada WARDAH. Palette lipstik ni saya dapat di event Dian Pelangi tahun lepas.


Oh tambahan, saya paling suka perfume nih time pregnant, honestly dulu, tak minat sangat tapi time pregnant nih tak tau napa tiba-tiba boleh suka. Macam addicted tau, bau rose, fresh je rasa. Lupalah kejap, perfume GUCCI ke DIOR dan lain-lain tu. Lotion tu sometime je saya pakai. 


I hope boleh share with you all, and that you got some insight into what I use on my skin everyday!  I am by no means an expert, so please feel free to share your pregnancy skincare tips too :)

Apa you all guna plak? dulu lain sekarang lain macam saya tak?!


Thursday 11 April 2013

Sehangat Asmara

Today, out of topic sikit. Selalu je cerita pasal baby stuff, pregnancy, tapi sekarang, nak share pasal drama favourite SEHANGAT ASMARA adaptasi dari novel Aisya Sofea. (tapi drama ni dah habis, dah habis baru nak review ke?)

Siapa peminat drama SEHANGAT ASMARA sila angkat tangan?

Tagline novel: "Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara"

Honestly pada pendapat wawa yang memang susah sangat nak follow drama melayu kat tv, lagi dalam keadaan sekarang nih nak duduk lama depan tv pun dah tak larat. Tapi drama nih memang best, jalan cerita yang best, gandingan pelakon yang mantap, saya rasa ini adalah drama melayu yang paling best pernah layan. oh saya tak tengok drama ADAM & HAWA sebab jalan cerita meleret-leret sangat.
Cuba baca komen yang wawa amik dari FB Sehangat Asmara 

penangan SA ni dasyat sangat bila cerita SA ni dah habis..

"Hi people...how's life without KayNal?..Definitely mcm incomplete jigsaw puzzle kan... Setelah sekian lame kita menunggu ketibaan setiap hari isnin hgga rabu dgn penuh keterujaan dan meniti empat hari lagi dgn hati berlagu sendu..inikn pulak melalui hari2 esok tanpa KayNal kerana SA sudah sampai di pelabuhannnya dan kita semua bagaikn terkapai2 di tengah lautan kerinduan. Diharap admin akan terus menyajikn detik2 pahit manis SA di laman ini semoga fans dpt sentiasa bersatu utk menghilangkn rasa rindu yg pasti terbuku."

Pengakuan diri, wawa memang suka tahap gaban dengan Adi Putra.. muka dia sweet je..



please para penerbit, pengarah drama or filem, buat drama yang berisi macam nih, bukannya drama slow, takde jalan cerita dan memboringkan. Saya perlu drama-drama macam ni bila saya berpantang nanti..

Sesiapa yang tak tengok lagi pergilah tengok, memang tak rugi. Boleh je tengok online. Make sure you all sediakan berkotak tisu ek.. 
 

Wednesday 10 April 2013

Tempat Berpantang

Wordless Wednesday

Dah siap dah tempat berpantang bagi ibu, dan tempat berehat bagi baby..


  
Semoga semuanya selamat ye little one.. *gosok perut*

Details akan cerita dalam blog post akan datang (doakan saya rajin)

Tuesday 9 April 2013

Shopping Untuk Kali Terakhir

Lama dah tak update blog, ada yang tanya saya dah bersalin ke. Oppss no belum lagi, insyaAllah hujung bulan May. Sebenarnya, tak sempat nak berblog atau dengan kata lain malas nak blog..Nowadays, duduk lama sakit, baring lama perut pulak mengeras, kalau berjalan ok plak, tapi lepas tu Mr.Fand kena urut lah kaki yg cramp atau senang letak je yoko yoko..

Last weekend, saya dengan semangatnya pergi ke Maternity & Children Expo Mid Valley, kita memborong untuk yang terakhir kali, complete kan list mana yang tak settle lagi. Mr.Fand dah pesan, beli mana yang tak cukup je, jangan ikut nafsu nak beli semua. Lepas ni, maybe takde lagi nak bershopping barang baby, sebab nak jalan lama atau duduk dalam kereta lama-lama pun dah tak larat. . Before nih pergi ke Baby Fair, KLCC cukup lah 2 expo kita pergi, kalau bernasib baik next week kita serang baby fair di Shah Alam plak. Amboi semua nak pergi ke?

Seperti biasa we all pergi awal. pukul 9 dah gerak dari Putrajaya, sampai je senang dapat parking sebab tak ramai lagi dan of cos tak jam. We all suka parking dekat Gardens kalau nak pergi ke Mid Valley sebab banyak parking lot dan murah. So sampai je kat Exhibition Centre tuh, pintu tak bukak lagi, tapi ramai dah yang Q untuk masuk. Mesti dah agak akan bersesak dengan orang dan stroller baby nanti. Tak macam di KLCC yang tapak luas, walau ramai orang tapi tak sesak. 

Terus terjah ke booth yang berkaitan je. Macam Autumnz untuk cari milk storage, cloth diapers, nursing bra, bottle rack, sterilizer, warmer, cepat-cepat pilih dan terus bayar. Sebab tak suka crowded sangat. Oh booth ini sama je owner dengan booth yang ada kat KLCC tuhari. Orang yang sama, barang dan harga pun sama. 

Next booth, we all ke Mamy Poko diapers. Time ni memang murah dari harga biasa. Berbeza dengan harga kat kedai. After diskaun pun tak dapat murah macam tu. So we all borong terus 4 pack dan 2 pack baby wipes. To be safe, takut baby cepat besar, we all beli 1 new born, 1 small dan 2 medium size. Sebenarnya ada 3 pack diapers we all dah beli yang size S. Brand PETPET dan DIAPEX. Semua brand saya nak cuba, sebab based pada pengalaman orang lain, kulit baby tak sesuai dengan semua diapers. Kita tengok little one sesuai dengan diapers apa. Ini pun sebab ada promotion price. Kenalah jadi pengguna yang bijak. :)

Barang-barang lain ad-hoc macam changing mat, soft toys, bag, ikut selera nak beli, sebab comel. Dalam banyak-banyak tu terlupa nak beli Nappy Liners, sebab fikir 2 3 kali penting ke tak. It's ok benda tu kalau nak pakai senang je nak dapat kat mana-mana.Kalau ada barang-barang baby lain yang belum complete tu, order je dengan mr.Fand untuk beli. Tawakal je sekarang nih, sebab dah tak larat nak shopping lama-lama pinggang sakit, perut dah obviously berat.

Seronok sebenarnya, pergi ke Baby fair ni, banyak benda boleh beli secara murah. Macam yang saya pesan before kalau nak shopping barang baby, kenalah study dulu pasal harga. At least boleh tau harga lagi murah dari biasa atau sama je.

So, ini adalah hasil tangkapan pada hari itu. Yay saya dah berjaya sebab tak beli baju baby time nih. Alasan yang sama, baju time ni tak berkualiti sangat atau purposely memang tak nak beli baju. Lepas nih boleh terjah Mothercare Mid Valley pulak (alasan) hihi..


Sebab terlebih excited Mr.Fand dah try bottle rack tu, nasib boleh letak botol Tommee Tippie yang gemuk tu. Nursing pillow tu actually ada cover bunga-bunga tapi dah keluarkan sebab nak cuci.


Berjaya beli lagi cloth diapers. Kat Autumnz. Oh ada nursing bra, dari Autumnz gak. Suka dengan bra brand ni sebab selesa, material pun lembut je. Give my 'B' fully support.. hihi..


Zip purse ketat-ketat, tak mau beli dah.. :)

Monday 8 April 2013

PASTEL COLOUR - WAFFAA SCARF


click for enlarge picture

Seperti yang wawa janjikan, WAFFAA come out with pastel colour scarf..
You all boleh order di WAFFAA by Wawa Tasliman blog..

See you there..

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers