Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Monday, 29 April 2013

Hospital Bag

Since sekarang dah 37weeks, baru siap pack barang untuk bawak pergi hospital. Ada lagi dalam 21 days to go before dapat berjumpa dengan little one kalau ikut due date lah, if baby keluar awal, atau pun ditakdirkan wawa c-sect sebab kes ini, awal lah kami boleh jumpa baby. Apa yang penting kerjasama semuanya berjalan lancar dan baby sihat.. Amin.. InsyaAllah..

So, to be safe, saya dah siap sedia kan bag hospital, terfikir nak letak dalam kereta siapa plak bag hospital nih ataupun standby je kat rumah. ok itu tak penting, yang penting semua dah ready to go. 

Inilah barang-barang yang nak dibawa, tak tau banyak sangat ke apa, tapi follow list yang wawa dapat dari internet lah, dan yang nurse ajar sewaktu antenatal class tuhari. 




So ini merupakan bag hospital for my baby.


Jom kita selak apa ada dalam bag ni.

 
Bag from simple dimple.Bag ni memang bagus, Mr.Fand yang nak beli sangat, saya lebih suka bag diapers biasa ala-ala bag balik kampung tu, tapi bila letak semua stuff dalam bag ni, fuh muat, memang senang sebab siap dengan compartment untuk letak diapers, baju. Berbaloi-baloi. Takdelah nak cari barang nati kena selongkar sampai ke dasar bag tu. Fully recommend kepada you all yang nak mencari diapers bag. 

Yang paper bag merah dalam tu, ialah bag yang nurse awal-awal dah pesan untuk asingkan. If bersalin kat FPP Putrajaya lah, untuk nurse hospital lain tak sure. So senang encik suami korang nak bagi pada nurse untuk sambut baby nanti, takdelah nak kena selongkar semua balik atau bagi pada nurse semua barang dalam bag ni. 

Anyway, ni barang2 yang ada dalam hospital bag baby.
 

Diapers (5 pcs)
A pack of baby wipes
Towel
Blanket
Barut (2pcs)
Toiletries
Minyak Telon
Baby Oil
Handkerchief (2pcs)
Baju short sleeve (1pcs)
Baju long sleeve (1pcs)
Rompers (2 pairs)
Mitten + Booties (4 pairs)
Bonnet (2pcs)
Bantal

 
For myself (tiada dalam gambar):
Kain Batik (2pcs)
A front button T-Shirt
A set of disposable panties (5 pcs)
Maternity pads (5 pcs)
Towel
Socks (2 pairs)
Scarf (2 pairs)
Maternity dress (to wear on the day I'm going back home)
A zapper, bengkung moden
Telekung
Nursing bras
Disposable breast pad (5 pairs)
A pack of tissue
Minyak Herbanika NR
1m white cotton cloth (for placenta)
Few plastic bags (for laundry)
Toiletries
Phone charger
Dates (kurma) / Milo 3-in-1 for energy

Siap!!

Alamak apasal tiba-tiba rasa nervous pulak nih. *_*

Semoga semuanya selamat. 

Amin

7 comments:

  1. hi :) slm perkenalan...

    wah tgk persiapan semua dah ready ni. teringat masa ank 1st dulu..mcm nilah semangtnya..rasa tak sabar nak tunggu kelahiran si comel.

    selagi belum keluar asik lah dok cium baju baby.

    semoga selamat semuanya.take care!

    ReplyDelete
  2. alahai....comel2 nya barang baby..pinky2 semuanya..hehehe..excited kan..apa2 pun..semoga semuanya selamat dan dipermudahkan yer masa bersalin nanti..

    ReplyDelete
  3. so exciting! good luck babe! :)

    ReplyDelete
  4. aah r, ctik beg tu. xyh selongkar

    ReplyDelete
  5. nak cari diapers bag cam dekat atas jugalah.senang nanti nak cari barangan baby

    ReplyDelete
  6. wow, cantiknya bag baby tuh..sgt tersusun semuanya..
    btw semoga selamat semuanya wawa..:)

    ReplyDelete
  7. waaaa, goodluck wawa! all the best!i aritu cm horror sgt bsalin, hehe tp once nmpak bby kua, rs hlg sakit2 tu =)

    ReplyDelete