Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Friday, 26 April 2013

Akar Bunga Fatimah

Rasanya semua dah tau berkaitan dengan akar bunga fatimah, atau ada yang panggil sanggul fatimah, whatever nama pun, mesti semua orang tahu fungsinya. Salah satu cara atau usaha untuk permudahkan bersalin. Semua dengan izin-Nya. 

Ada yang cakap rendam dengan air zam zam, rendam dengan air biasa dan baca doa untuk dijadikan air selusuh, tapi macam wawa, rendam je dengan air biasa dan minum. Tak perlu nak taksub sangat, takut boleh jadi syirik, kita usaha je niat yang baik-baik. 



Banyak cara nak guna akar bunga fatimah antara cara yang saya apply ialah:

1- Seminggu nak bersalin rendam bunga ni, jangan rendam awal-awal sangat. 
2- Masa 7 bulan rendam dengan air paip untuk buat mandian dan sapu kat perut dan seluruh badan. Bila hampir bersalin boleh rendam dan minum dengan air biasa. 

3- Ketika kandungan berusia 9 bulan, minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, selawat dan berdoa. "Ya Allah permudahkan proses kelahiran ku".. Amin
5- Habis guna boleh jemur dan akan kucup balik. Simpan untuk diguna lagi kalau nak bersalin yang seterusnya ataupun kalau ada adik beradik atau kawan-kawan nak pinjam boleh share.

Pada sesiapa yang nak dapatkan Akar Bunga Fatimah ni, boleh dapatkan dari saya ok. Boleh emel kat wawa.tasliman@gmail.com untuk order. 

Sharing is caring.. 

4 comments:

  1. Ingatkan rendam untuk tahun masa nak bersalin dah dekat ke belum je. Rupanya byk lagi kegunaanya ye.

    Akak dah rendah last 4 days. Memang kembang sangat2 dah bunganya. Tapi, untill now, baby masih belum nak keluar lagi.

    ReplyDelete
  2. salam..minum byk air zam zam pon bgus jgk utk dijadikan selusuh jgn lupa ye nnti bwk buah kurma time bsalin utk tahnikkan baby( belah mulut ) sunat diamalkn caranya calit sikit isikurma msukkn dlm mulut baby ;) selamat melahirkan

    ReplyDelete
  3. js pun pernah guna time nk bersalin ank ke2..alhamdulillah dgn izinnya dipermudahkan...cuma benda ni dh takde dh sbb kasi kwn pinjam trus tak pulang2...hihi

    ReplyDelete
  4. good info wawa! in fact thank you for sharing sbb zahira pun taktau nak guna mcm mana akar fatimah ni hehe (member tolong beli masa kat mekah bulah 3 lagi tapi tersimpan macam tu je :P).

    nak tanya, lepas rendam dalam baldi untuk mandi tu kan, lepas tu nak simpan dalam bekas ke cane?

    air daripada akar fatimah ni memang berbau...mcm herbs eh?

    nk share your post on my blog leh? for my ease of reference :)

    ReplyDelete