Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Tuesday, 9 April 2013

Shopping Untuk Kali Terakhir

Lama dah tak update blog, ada yang tanya saya dah bersalin ke. Oppss no belum lagi, insyaAllah hujung bulan May. Sebenarnya, tak sempat nak berblog atau dengan kata lain malas nak blog..Nowadays, duduk lama sakit, baring lama perut pulak mengeras, kalau berjalan ok plak, tapi lepas tu Mr.Fand kena urut lah kaki yg cramp atau senang letak je yoko yoko..

Last weekend, saya dengan semangatnya pergi ke Maternity & Children Expo Mid Valley, kita memborong untuk yang terakhir kali, complete kan list mana yang tak settle lagi. Mr.Fand dah pesan, beli mana yang tak cukup je, jangan ikut nafsu nak beli semua. Lepas ni, maybe takde lagi nak bershopping barang baby, sebab nak jalan lama atau duduk dalam kereta lama-lama pun dah tak larat. . Before nih pergi ke Baby Fair, KLCC cukup lah 2 expo kita pergi, kalau bernasib baik next week kita serang baby fair di Shah Alam plak. Amboi semua nak pergi ke?

Seperti biasa we all pergi awal. pukul 9 dah gerak dari Putrajaya, sampai je senang dapat parking sebab tak ramai lagi dan of cos tak jam. We all suka parking dekat Gardens kalau nak pergi ke Mid Valley sebab banyak parking lot dan murah. So sampai je kat Exhibition Centre tuh, pintu tak bukak lagi, tapi ramai dah yang Q untuk masuk. Mesti dah agak akan bersesak dengan orang dan stroller baby nanti. Tak macam di KLCC yang tapak luas, walau ramai orang tapi tak sesak. 

Terus terjah ke booth yang berkaitan je. Macam Autumnz untuk cari milk storage, cloth diapers, nursing bra, bottle rack, sterilizer, warmer, cepat-cepat pilih dan terus bayar. Sebab tak suka crowded sangat. Oh booth ini sama je owner dengan booth yang ada kat KLCC tuhari. Orang yang sama, barang dan harga pun sama. 

Next booth, we all ke Mamy Poko diapers. Time ni memang murah dari harga biasa. Berbeza dengan harga kat kedai. After diskaun pun tak dapat murah macam tu. So we all borong terus 4 pack dan 2 pack baby wipes. To be safe, takut baby cepat besar, we all beli 1 new born, 1 small dan 2 medium size. Sebenarnya ada 3 pack diapers we all dah beli yang size S. Brand PETPET dan DIAPEX. Semua brand saya nak cuba, sebab based pada pengalaman orang lain, kulit baby tak sesuai dengan semua diapers. Kita tengok little one sesuai dengan diapers apa. Ini pun sebab ada promotion price. Kenalah jadi pengguna yang bijak. :)

Barang-barang lain ad-hoc macam changing mat, soft toys, bag, ikut selera nak beli, sebab comel. Dalam banyak-banyak tu terlupa nak beli Nappy Liners, sebab fikir 2 3 kali penting ke tak. It's ok benda tu kalau nak pakai senang je nak dapat kat mana-mana.Kalau ada barang-barang baby lain yang belum complete tu, order je dengan mr.Fand untuk beli. Tawakal je sekarang nih, sebab dah tak larat nak shopping lama-lama pinggang sakit, perut dah obviously berat.

Seronok sebenarnya, pergi ke Baby fair ni, banyak benda boleh beli secara murah. Macam yang saya pesan before kalau nak shopping barang baby, kenalah study dulu pasal harga. At least boleh tau harga lagi murah dari biasa atau sama je.

So, ini adalah hasil tangkapan pada hari itu. Yay saya dah berjaya sebab tak beli baju baby time nih. Alasan yang sama, baju time ni tak berkualiti sangat atau purposely memang tak nak beli baju. Lepas nih boleh terjah Mothercare Mid Valley pulak (alasan) hihi..


Sebab terlebih excited Mr.Fand dah try bottle rack tu, nasib boleh letak botol Tommee Tippie yang gemuk tu. Nursing pillow tu actually ada cover bunga-bunga tapi dah keluarkan sebab nak cuci.


Berjaya beli lagi cloth diapers. Kat Autumnz. Oh ada nursing bra, dari Autumnz gak. Suka dengan bra brand ni sebab selesa, material pun lembut je. Give my 'B' fully support.. hihi..


Zip purse ketat-ketat, tak mau beli dah.. :)

16 comments:

  1. waa, bestnye dah beli brg baby...saya tggu expo bln 5 kat mid valley ni baru nak beli..x sabar rasanya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best.. duit keluar macaqm air.. :)
      oh wajib pergi tu, tapi saya maybe dah tak larat nak bershopping time tu..

      Delete
  2. waa bestnyaaaaa.. comel2 je semua lak tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best n memang comel.. hihi..

      Delete
  3. fa pun pergi jugak hri tu...rmainya org...gagahi jugak sbb mmg skit pinggang time tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai orang kan.. tu yang wawa beli cepat2 terus balik.. tak larat nak lama2..

      Delete
  4. bes la dpt g beli brg2 bby..xsabar nk tgu perut besar..nak beli gak..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah good news ke? beli kena buat list takut nanti semua nak beli.. :)

      Delete
  5. same laa nak zip purse ketat2 gak heheeee..bocor banyak dari bulan lepas..heeee :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. betul tu.. asyik bocor je purse.. :)

      Delete
  6. Replies
    1. kat mana tu, meh datang KL kita shopping sama.. :)

      Delete
  7. bila ler Hana nak dpt baby ni... Tahun ni tahun ketiga dah kahwen.. x sabarnya..... All the best wawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah hana.. terus berdoa ok.. all the best untuk awak gak.. :)

      Delete
  8. banyakkan minum susu... kurang kalsium sebab tu kaki cramp.. :)

    ReplyDelete
  9. wawa.. electric steam stirelizier + warmer tu brand autumz ek? dpt bpe RM klu bli kt baby fair?

    ReplyDelete