Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Wednesday, 5 June 2013

Labour Story - Part 1

Hari ini masuk hari ke 28 I berpantang, that mean baby D or Damia berumur 28 hari.. Masih lagi mood tak percaya bila dah ada anak ni. Syukur dan teruja mengatasi perasaan lain. So hari ini I baru berkesempatan nak update pengalaman bersalin secara czer di FPP Hospital Putrajaya.

Seperti yang you all dah di bagitau dalam entry sebelum ini, I choose tarikh 7 May sebab sama dengan tarikh anniversary we all ke 2. So pada 6 May tu, I ada last check-up dengan Dr.Hazim, untuk menentukan antara baby pusing (normal) or kena belah perut.. huhu.. Time pergi check-up tu doktor tanya kat I redha dengan result? Maybe baby awak dah engage, memang sangat positif doktor tu kan, kita dah sedih-sedih rasa takde harapan je, doktor sempat lagi bagi kata-kata semangat. Tapi bila baring je untuk buat scan 2D, tak sampai seminit je Dr. Hazim terus cakap awak boleh masuk wad petang ni. Apa makna tu doktor? That mean baby awak still breech, baby dah besar dan air ketuban awak dah kurang, posibility failed untuk buat urut (ECV) itu tinggi. Menitik airmata bila dengar doktor cakap macam tu, memang takde peluang I nak bersalin normal ke? Time tu pandang Mr.Fand, kau pandang aku, aku pandang kau, speechless. 
-____-

Petang tu, we all kemas2, last preparation barang, kot2 ada benda yang tertinggal lagi, terus pergi ke hospital dan menuju ke kaunter kemasukan ward kat Hospital Putrajaya. Time tu Dr.Hazim memang dah arrange kan bilik untuk I masuk. Jam 6pm pada 6 May 2013, I masuk ward, masuk macam orang sihat, siap lenggang mak limah, tanya Mr.Fand kita pergi minggu depan je lah, I rasa tak ready lagi lah nak kena operate esok? Mr.Fand kata ingat nak pergi shopping ke boleh postpone next week ke next month, confirm lah Dr. Hazim dah arrange dengan pakar2 untuk masuk OT esok.. sigh..

Masuk je Wad Eksekutif, I disambut dengan nurse yang best, peramah dan helpful. Masuk je nurse suruh tukar baju pink tu, hurm cantik gak kaler pink instead of kaler hijau (typical orang sakit) then, check CTG baby, ambik darah dan pada 12malam dah kena puasa. Start malam tu jugak lah I dah tak boleh makan ikut suka je, that mean start dengan makan berpantang.



Malam tu before tidur, siap cakap dengan Mr.Fand, I tak rasa macam orang sakit, takde lah feeling nervous, sebab selesa sangat kat wad eksekutif tu. Malam tu kami tidur ala-ala tidur kat hotel gitu, hahaha,, selesa sampai xsedar dah pagi, nurse kejut 6.30am, dan suruh bersiap mandi sebab doktor akan datang check and get ready untuk operation.

Pagi around 8am, Dr. Hazim datang check dan siap tanya dah ready ke? I dengan confident cakap dah, sekarang pun boleh doktor. hah gitu. padahal dalam hati dah start nervous, seram sejuk, macam2 lah feeling time tu. Macam lah berani sangat kan.

Tepat pukul 10am, nurse datang bilik dan inform dah boleh tukar baju, pastu bagi makan pil tahan muntah. Lepas tu terus disorong ke OT. Time ni mintak permission dengan nurse, saya tak sakit nurse, boleh tak saya jalan je ke OT. Nurse tu siap sengih2 mana boleh, awak kan pesakit. Yup I know, I nih kategori pesakit yang tak sakit, so saya boleh berjalan lagi. Banyak pulak songeh kan, orang nak sorong ikut je lah. hahaha..

Masa tu, Mr.Fand temankan ke OT, tapi bila terpandang muka dia, I jadi sebak, touching terlebih, siap fikir boleh ke aku jumpa suami lagi lepas ni, macam-macam feeling lah time tuh, ala-ala drama swasta pun ada. Bila dah sampai OT dan sampai tahap suami tak boleh teman tu, terus salam, mintak doakan  semua success dan bila sedar nanti dapat jumpa baby comel kita. Habis sesi mintak ampun mintak maaf, terus disorong ke OT, ha time nih lah yang nampak lampu besar tu, memang sebijik macam dalam movie tu, cantik bersih dan sejuk macam dalam freezer.

Macam tak percaya, dalam tu memang ramai petugas dengan tugas masing-masing. Memang rasa malu, tapi dah tak kisah dan tak boleh fikir normal. Apa yang penting baby dan diri ini selamat. Tak lama lepas tu ada seorang doktor kenalkan diri, sebagai doktor anesthetic datang. Bila doktor tu cakap, awak dah boleh baca bismillah, dan tarik nafas dalam-dalam, dengan kiraan 1 2 3 4, I terus blank.. tetttttttt..


......................to be continued

7 comments:

  1. oo tak sabar nak tunggu sambungan dia. hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe...cepatlah tulis sambungan dia..i pun nervous tggu baby pop out ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Hi Wawa,

    Just checking, bila doc dah bius, u mmg dah tak sedar diri and tak tahu what happen during the C process? cos for my friend, dia sedar lagi...and boleh dengar doc tengah buat apa.

    Sally

    ReplyDelete