Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Thursday, 24 July 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,
Ok dah nak raya baru nak wish Salam Ramadhan, selalu sangat tertinggal. 
Tapi still dalam bulan puasa, so consider boleh pakai lagi salam ramadhan tu. hiks
Macam mana dengan persiapan hari raya korang? baju, kuih raya, duit raya, tudung raya semua dah settle ke?
Kami bolehlah dikatakan 75% settle, tinggal nak mengemas untuk balik kampung je. Balik 2 kampung tahun ni, family mr.fand akan balik kampung Penang, so kena follow. Fair sebab last year dah berpantang and beraya di Johor. So after raya ke-3 baru balik JB. Nak jugak balik Johor kan. 

Persiapan raya kitaorang buat ala kadar je. 

Baju raya damia terbahagi dua. 
Baju raya tradisional and contemporary. Hiks
So, baju kurung tu dah beli, susah sangat nak cari baju kurung Damia, memang banyak baju cinonet tu tapi nak cari yang kena dengan tema kitaorang memang susah. Gold mustard, ingat nak dusty gold or soft gold tapi sebab dah beli baju mr.fand kaler gold terang nak ke mustard so kita kena follow kuasa veto lah kan. Asyik dusty kaler soft je so kita tukar kaler bright pulak tahun ni. 
Balik pada cerita baju raya Damia, baju dia banyak tak beli lagi. Malam ni baru nak ke Alamanda, member kata banyak sale kat poney, mothercare. jangan takde stock sudah lah kan. 

Citer bisnes shawl lovewaffaa plak, alhamdulillah, kita manage jual 500+ pcs shawl untuk bulan puasa ni. Ok lah kan dengan status bisnes (hobby) tu memang more than expectations. InsyaAllah next year kita up jadi 2000++ pcs. 

Percaya tak jual punya jual shawl untuk diri sendiri non-ada, bila dah last packing tu, 'eh tinggal ni je ke shawl aku?' bila call tailor nak hantar untuk pakai sendiri, tailor nak balik kampung plak. huks
So tengoklah nanti shawl apa nanti nak pakai or kenalah jahit sendiri. *sadface*

Ok lah tu je kot, ini pun amik time sekejap nak update blog. thanks yang sudi email, whatsapp tanya napa tak update blog, alahai tak sangka sangat ada yg follow, nanti kita hi hi bye bye kat blog u oll ok. 

Damia and mama nak pergi berbuka puasa. Follow papa Damia berbuka dengan kawan dia. 



2 comments:

  1. Lamanya menyepi.

    Apapun,
    Selamat Hari Raya Wawa.
    =)

    ReplyDelete
  2. dah besar dah Damia. :) Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete