Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Thursday, 29 September 2011

Hak-Hak Seorang Isteri

Assalamualaikum.

Tuhari wawa ada baca artikel pasal hak-hak seorang isteri. Rasanya ada yang sudah tau dan maybe ada yang tidak berapa tau, apa sebenarnya hak-hak seorang isteri. Normally, kita lebih bersikap ikut masyarakat atau lumrah kita. Isteri kena masak, menjaga anak-anak, hal-hal yang lebih berat serahkan kepada suami. In addition, kita tahu nafkah zahir dan batin wajib suami bagi, tapi in details apa sebebnarnya nafkah 'zahir' dan nafkah 'batin' tu. Banyak lagi hak-hak seorang isteri yang lain yang disertakan sekali firman Allah dan hadis dari Rasulullah. Jom wawa nak share dengan semua.

Apa itu hak?

Sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, dan kewajipan ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan. (syafii.1995.273)

Firman Allah s.w.t :

Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-baqarah:228)

So, daripada ayat ini kita nampak hak isteri itu adalah wajib diberi oleh suami dan bear in mind, suami mempunyai power lebih dari isteri.

Hak-hak yang wajib diberi kepada isteri:

1. Hak mendapat Mahar

Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:

Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)

Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:
i- mata wang,

ii- Barang seperti cincin, kasut, pakaian;

iii- Al-Quran,

iv- Makanan atau bahan

Zaman sekarang semua benda-benda ini kita jadikan sebagai hantaran. Kira complete semua ada dalam dulang hantaran. Mahar ini adalah hak mutlak isteri, suami tidak boleh ambil atau minta balik melainkan isteri itu redha. Boleh hutang tapi wajib bayar kepada isteri.

2- Nafkah - Zahir & Batin

Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya yang dimaksudkan ialah semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat, tempat tinggal dan sebagainya.(al-Syarbini.425).

NAFKAH ZAHIR

Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:

Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: “dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya”. (al-baqarah:233)

Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Banyak firman Allah dan hadis Rasul mengenai nafkah zahir ini. Bukan benda main-main atau boleh amik simple. Suami perlu memberi nafkah mengikut kemampuannya. So, kita sebagai isteri kena tau siapa suami kita tu, kerja apa, tahap mana kemampuannya untuk beri kita nafkah. Ada sesetengah lelaki abaikan atau beri sikit, ada hadis yang membenarkan kita mengambil duit suami tanpa pengetahuannya.

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah. Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;

i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

NAFKAH BATIN

Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:

Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya....”

Dalam kes ni jika isteri nak menolak hajat suami perlulah ditolak dengan baik dan jelas. Suami perlulah faham dan bertolak ansur dengan keadaan isteri masa tu. Kalau suami paksa atau berkeras isteri boleh membawanya ke mahkamah. Agak-agaklah si suami tu kan.

3- Komunikasi yang baik.

Wujudkan komunikasi yang baik, isteri perlu layan dengan lemah lembut, sambut kepulangan suami, senyum, pakai wangi-wangi, pakai je baju cantik-cantik yang dia belikan tu, cakap menggoda-goda sikit kalau nak apa-apa tu. Si suami pulak jangan bercakap dengan nada keras, bersabarlah dengan perangai isteri-isteri. Suami juga perlu cakap lemah lembut, bergurau, kan seronok, inshaAllah bahagia kehidupan.

Contohnya: kalau ada perangai isteri yang suami tak suka, boleh tegur tapi dengan perkataan yang baik. Tidak perlu nak cakap kasar, nak tunjuk macho sangat, rasanya tak perlu kot.

Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

4- Hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar

Salah satu sebab kita terima lelaki sebagai suami ialah dia ada ciri-ciri suami yang boleh mendidik, dan membimbing kita kan. So, bagi suami bimbinglah isteri dari segi agama, pergaulan, pakaian, kawal emosi. Tegurlah dengan baik, bukan cara sindiran atau ayat-ayat boleh mendatangkan panas hati. Isteri dan anak-anak berhak mencontohi akhlak suami. Kalau suami jenis panas baran, cakap maki-maki macam mana kita nak jadikan contoh kan.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Ertinya:Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya.....(HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)

Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri

Cukuplah buat masa ni, kita berjumpa di lain siaran. :)

p.s: Bagi wawa kan, menegakkan hak-hak isteri bukan bererti melawan suami, bahkan memperbaiki kesalahan suami. Setiap suami dan isteri ada peranan dan hak masing-masing yang perlu dihormati antara satu sama lain. Memang bukan mudah nak melalui kehidupan sebagai suami isteri ini. but we learn from our mistakes. kita dah couple before kahwin lama, tapi betul ke kita kenal pasangan kita tu kan.




Gambar: Tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah tiada. Sekadar gambar hiasan atau suka-suka :)

6 comments:

  1. salam wawa...cutenya pasangan somi isteri nie:D.Semoga kebahgiian terus menjadi milik kalian berdua ya.

    ReplyDelete
  2. salam azatie.. thank you for your kind words. semoga kebahagian milik kita bersama. :)

    ReplyDelete
  3. good info ni..thank you for sharing.

    yatie, sawanila.com

    ReplyDelete
  4. yatie: my pleasure untuk memperjuangkan hak wanita.. fuyoo.. :)

    ReplyDelete
  5. salam kak wawa.. ira baru terbaca artikel ni.. bole tak ira nak share dlm blog ira?

    thank you!

    ReplyDelete
  6. salam kak wawa..ira terbaca artikel ni and bole tak ira nak share dlm blog ira?

    ReplyDelete