Friday 23 September 2011

Apa Pun Tak Boleh

Betulkan dalam dunia ini apa kita buat semua orang akan pertikaikan dan cakap. Macam blogging tulis melayu atau English. Tulis melayu orang cakap 'mesti tak hebat english dia ni' bila write in english 'macam bagus je cakap mat salleh tulis je lah melayu'. Contoh lain, macam pengantin orang buat grand sangat orang cakap 'membazir', if buat ala-ala kadar je orang cakap 'tak cukup budget la tu', if buat majlis akad nikah je orang akan cakap 'eh kahwin kena tangkap ke'?

Begitu juga dengan baju/pakaian yang kita pakai. Apa kita pakai yang kita sendiri rasa sesuai atau selesa tapi orang lain akan cakap. Contoh dalam berpakaian kan

if pakai baju kurung 'baiknya, asyik pakai baju kurung je, tak trendy langsung'
if pakai jeans 'tak sesuailah dia pakai seluar macam tu'
if pakai shawl 'pakai tudung ikut trend bukan nak tutup aurat tak cantik mana pun'
if pakai tudung labuh 'ee nampak je pakai tudung labuh tapi hati tak tahu lagi'

Seriously, benda ni mesti berlaku. betul tak? Apa yang penting pertamanya, kita kena bahagia dengan apa yang kita buat dan tak melanggar batasan agama dan sebagai isteri kena taat kepada syarat-syarat suami. Kita mesti tahu apa kita buat dan hukum sama ada berdosa atau sebaliknya. 

ish ish. tengok domo pun mengamuk! apa pun tak boleh. :)



Janganlah hiraukan sangat apa orang lain kata. If kita fikir or amik berat , oh! sangat membahayakan diri sendiri. Maybe boleh jadi gaduh atau dendam. Ha kan dah susah. So make it simple dan pada golongan yang suka kata itu dan ini. Sudah-sudahlah ye anda pun bukan perfect sangat atau ayat sekarang 'korang ada?'

Yang penting kita happy!!!

4 comments:

  1. dalam hal ni anggap je kita x hidup dgn pujian org, tak mati kerana kejian orang. yg ptg apa yg kita buat tahu buruk baiknya..

    ReplyDelete
  2. saya sangat setuju dengan komen cik lekit tu.. yang penting kita bahagia.. :)

    ReplyDelete
  3. memang setuju...
    kata2 org tu..mana yg baik kita ambil..mana yg tak baik kita lontar jauh2....

    ReplyDelete

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers