Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Wednesday, 20 February 2013

Keria Keledek

Tak sure, apa you all panggil kuih ni, yang penting rasa dia memang sedap. Time saya tengah rajin dan tahap teringin nak buat... Ye!, bukan teringin nak makan. Kalau teringin nak makan boleh terus beli kat kedai, tapi ni teringin nak buat kuih ni. Saya pun tak sure, bila terasa nak makan apa-apa, saya akan cuba buat sendiri. Konon nak rasa air tangan sendiri lah kan. 

Pregnancy kali ni betul-betul buat saya rajin masak. Ada je makanan yang saya nak try buat sendiri instead of beli kat kedai. Betulah kot salah satu tanda-tanda dapat anak perempuan. Rajin lain macam. Sampai Mr.Fand pun pelik.

Alah wawa, baru kuih keria nak kecoh. ^_^


Keria ni memang saya buat without gula. Takut tahap gula meningkat dalam badan. Mr.Fand pun tak suka benda manis sangat. 

Resipi: (malu nak share sebab senang sangat)

Bahan-bahan:
  • 500gm ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam 
 Cara-cara:
  • cuci keledek sampai bersih
  • Rebuskan ubi keledek hingga empuk.Toskan airnya.kupas kulit
  • Lenyekkan sampai hancur sementara ubi masih panas taburkan garam
  • Biarkan ubi tadi sejuk,bila sejuk masukkan tepung dan uli sampai sebati
  • Buat bentuk bulat dan goreng
Selamat mencuba

3 comments:

  1. Comel jw u buat bentuk bulat,I buat tak menjadi.Tp mungkin tekstur ubi lagi berat,tu sebab senang jadi

    ReplyDelete
  2. Klu org ns pnggil kuihgelang, favvy ni ;)

    ReplyDelete
  3. Klu orgns pgil ni kuih gelang, mmg favvy ni ;)

    ReplyDelete