Thursday 6 June 2013

Labour Story - Part 2

Tiba-tiba, I dikejutkan dengan nurse, awak dah boleh bangun, dan terdengar riuh nurse yang hantar ke bilik OT tadi. Then I disorong untuk masuk wad semula, time tu ternampak Mr.Fand. Dalam hati, eh dah bersalin ke aku ni? siap raba-raba perut, eh perut dah tak tinggi. Mana baby aku? Apa dah jadi dengan baby aku? Mr.Fand terus datang dekat, usap-usap dahi I, dan cakap, alhamdulillah selamat, baby kita comel, muka macam u. I terus rasa sebak macam tak percaya, baby dah keluar. I cuma ambik masa 2jam setangah je dalam OT.

Bila dah sampai ward, still tunggu baby we all sampai. Masa tu memang takde rasa sakit, cuma rasa penat, dan lalok, sebab tak makan dari last night dan lalok sebab ubat bius. Tiba-tiba nurse datang sorong baby, bagi I jumpa baby D. SubhanAllah, air mata kesyukuran keluar masa tu, terlalu hebat kurniaan tuhan kepada kami . Anak comel, sihat sempurna. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Selepas beberapa jam tu, baru terasa pedih, dan badan senang menggigil, perut pulak berbunyi sebab kembung. Imagine jelah perut kena bukak.. angin dah masuk. Alhamdulillah, sepanjang atas katil tu, nurse yang tukarkan pad, jaga baby kita, nurse FPP Hospital Putrajaya memang superb. If, I rasa sakit, nurse dah pasangkan ubat pelali (morphin) memang berterima kasih kat ubat tu, rasa sakit hilang serta merta dan I akan terlelap. Sometimes, bila tengah berbual dengan Mr.Fand, kalau rasa sakit tekan pada punat, ubat masuk melalui drip, I akan terus rasa lalok dan boleh tertidur. Sehari setengah I tak bangun dari katil.

Doktor datang pada esok pagi tu 8 May 2013, pesan kena try bangun bagus untuk pengaliran darah. Try keluarkan angin dan pastikan kentut. Petang tuh, I try bangun nak tau tak apa I rasa?? Rasa macam perut kita nak jatuh ke bumi, hahaha. sebabnya, perut masih kembung, dan besar. Betullah orang kata lepas bersalin, rasa macam ada baby lagi dalam perut. Ku gagahkan jua, pergi toilet, buang air kecik and besar. 

Pada hari ketiga, dah ok, tapi bila nak berubah dari baring atau bangun ke toilet akan rasa sakit yang bearable. Takde lah sakit sangat. Bila dah makan rasa badan selesa cuma penat tu mestilah kan. Walaupun takde sesi teran meneran. Petang 9 May 2013 saya dah dibenarkan keluar hospital. 

Moral of the story, bersalin czer tak lah seteruk yang disangka. Pada sesiapa yang doktor buat pilihan untuk di operate, jangan fikir negatif. Jangan sedih. Bersalin macam mana pun ada cabarannya. Tak perlu nak risau yang paling penting suami kena ada untuk bagi support. Actually pesan pada diri sendiri jugak.

Dari sudut hati, harap dapat bersalin normal untuk baby kedua nanti. 

InsyaAllah 

Pada yang tanya berapa cost untuk bersalin di FPP Hospital Putrajaya (bukan niat nak menunjuk ke apa ok) total charge RM3577.80. Sangat berbaloi untuk 4hari 3malam di first class ward, first class layanan dari nurse. Semua first class. I memang rasa satisfied dengan doktor, nurse, dan facilities semua. Superb. 

Plan akan bersalin di FPP Hospital Putrajaya untuk second baby nanti. InsyaAllah ada rezeki kita bersalin normal.. 

*insert smile face here..*


Kaki Baby D. Suka cium tapak kaki dia ni. Halus sangat kulit dia. 

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu ye Damia (takde kaitan) 

^___^


12 comments:

  1. alhamdulillah.. igtkan sakit sgt kalau ceaser..hope dipermudahkan nnt..huhuh..takutt

    ReplyDelete
  2. Menarik..byk beza pengalaman kita walau pun czer..nanti bila I rajin I tulis pengalaman I pulak pasal my 2nd baby nnt..boleh2 sharing2 cerita org czer. Btw u yg mintak or doc yg suggest utk bius 1 badan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. please share with us.. :)
      oh i ada complication dengan tulang belakang, mula nak semi bius tp doktor tu tak cukup pakar.. hahaha.. lastly doktor hazim suruh buat full bius..

      Delete
  3. Alhamdulillah. rasa kita pulak yang lega. hehehehe

    kita ingatkan teruk sgt kalo bersalin czer. Tapi takpe, dah selamat.

    Ramai kata FPP pUtra ni terbaik.

    kite pun suka usap2 tapak kaki baby.hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. memang lega pun.. fuhh.. lol

      memang bagus dan fully recommended kat FPP Putra..

      Delete
  4. oklah bayaran lebih kurang sama mcm kat swasta tapi yg best di hospital kerajaan ada ramai pakar,kalau di hospital swasta mahal cemana pun biasanya pakar terhad kesudahannya nanti refer kat sepital gomen jugak..
    ingatkan kalau czer lagi mahal,agak2 kalau normal takde lah sampai 3 ribu dak,sbb normal kn dok semalam je biasanya ada tu pagi beranak petang dh balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup berbaloi-baloi.. :)
      oh swasta mana yang tak ramai pakar tu? normally swasta semua pakar kot.. kerajaan yang doktor muda-muda.. FPP ni I memang choose Dr. Hazim.
      If normal biasa paling mahal pun RM2k.. depends pada kes..

      Delete
  5. Alhamdulillah wawa..syukur wawa selamat dan baby pun sihat..:)

    ReplyDelete
  6. Doktor dr KK bangi refer I untuk bersalin kt Hospital Putrajaya sbb ade masalah jantung sikit..Insyallah harap2 okay..tp I x daftar pun FPP..Pegi wing biasa je kot.. huhu..

    ReplyDelete
  7. Hello
    Congratulation on your new born.
    I am looking for hospital for my baby @stomach.
    For Putrajaya FPP, could we choose for c-section as our
    prefer method of delivery?

    Thank You

    ReplyDelete

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers