Friday, 30 September 2011

Wawa Nak Baby!!!

Actually wawa suka tengok gelagat budak-budak. Cute, happy je. Bila tengok budak yang comel-comel, mesti cakap dengan Mr.Fand, i want baby. Then Mr.Fand tersengih-sengih. Geram tengok budak comel-comel. Kalau boleh nak suruh stay jadi baby je tak yah besar, boleh kot? Belikan baju yang cute-cute kat diaorang, amik gambar, ajak pergi jalan-jalan, mesti seronok.   

Ingat tak siapa dak kecik ni? Ala time wawa buat laksa johor tuhari, anak kak Anne. Comel, sweet je, and favo pakai lipstik.


 

Eryna Sofea. Pandai posing, cakap je, 'eryna, i want take your picture' nati dia sengih-sengih and terus posing. Sweet je. Gedik pun ye. :)

Doakan wawa dapat baby yang comel nati ok. Siapa yang taknak kan?




Bila kak anne nak balik tu, ada cakap. 'eryna stay with kakak ok'. angguk-angguk je. serius comel. alahai.. mmuahh.. :)

Thursday, 29 September 2011

Pullman Putrajaya

Actually bukan kat Pullman, tapi berdekatan dengan pullman, iaitu Ekuestrian Park Putrajaya. Ha maybe ada yang still tak tau kat mana park ni. Tapi wawa gerenti pada sesiapa yang suka amik gambar scenery, lush green, well known kot tempat ini bagi diaorang. Park ini di Presint 5, Putrajaya, nearby PICC, if dari bridge depan PICC tu you all kena turn left, terus je akan ada nampak signboard untuk masuk park ini. 

Strongly recommended bagi sesiapa yang suka amik picture, berangan ala-ala model.
Attractive location, view, scenery. If korang nak cari tempat leisure competition wawa suggest korang datang sini. 

Wall ni tak sure apa motif diaorang buat, tapi memang superb. Pictures ini wawa amik guna BB je ok. Belum pakai DSLR lagi. Confirm akan meletop!


 
 

Jom-jom kita snap pictures kat sini. :)

Hak-Hak Seorang Isteri

Assalamualaikum.

Tuhari wawa ada baca artikel pasal hak-hak seorang isteri. Rasanya ada yang sudah tau dan maybe ada yang tidak berapa tau, apa sebenarnya hak-hak seorang isteri. Normally, kita lebih bersikap ikut masyarakat atau lumrah kita. Isteri kena masak, menjaga anak-anak, hal-hal yang lebih berat serahkan kepada suami. In addition, kita tahu nafkah zahir dan batin wajib suami bagi, tapi in details apa sebebnarnya nafkah 'zahir' dan nafkah 'batin' tu. Banyak lagi hak-hak seorang isteri yang lain yang disertakan sekali firman Allah dan hadis dari Rasulullah. Jom wawa nak share dengan semua.

Apa itu hak?

Sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, dan kewajipan ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan. (syafii.1995.273)

Firman Allah s.w.t :

Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-baqarah:228)

So, daripada ayat ini kita nampak hak isteri itu adalah wajib diberi oleh suami dan bear in mind, suami mempunyai power lebih dari isteri.

Hak-hak yang wajib diberi kepada isteri:

1. Hak mendapat Mahar

Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:

Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)

Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:
i- mata wang,

ii- Barang seperti cincin, kasut, pakaian;

iii- Al-Quran,

iv- Makanan atau bahan

Zaman sekarang semua benda-benda ini kita jadikan sebagai hantaran. Kira complete semua ada dalam dulang hantaran. Mahar ini adalah hak mutlak isteri, suami tidak boleh ambil atau minta balik melainkan isteri itu redha. Boleh hutang tapi wajib bayar kepada isteri.

2- Nafkah - Zahir & Batin

Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya yang dimaksudkan ialah semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat, tempat tinggal dan sebagainya.(al-Syarbini.425).

NAFKAH ZAHIR

Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:

Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: “dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya”. (al-baqarah:233)

Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Banyak firman Allah dan hadis Rasul mengenai nafkah zahir ini. Bukan benda main-main atau boleh amik simple. Suami perlu memberi nafkah mengikut kemampuannya. So, kita sebagai isteri kena tau siapa suami kita tu, kerja apa, tahap mana kemampuannya untuk beri kita nafkah. Ada sesetengah lelaki abaikan atau beri sikit, ada hadis yang membenarkan kita mengambil duit suami tanpa pengetahuannya.

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah. Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;

i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

NAFKAH BATIN

Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:

Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya....”

Dalam kes ni jika isteri nak menolak hajat suami perlulah ditolak dengan baik dan jelas. Suami perlulah faham dan bertolak ansur dengan keadaan isteri masa tu. Kalau suami paksa atau berkeras isteri boleh membawanya ke mahkamah. Agak-agaklah si suami tu kan.

3- Komunikasi yang baik.

Wujudkan komunikasi yang baik, isteri perlu layan dengan lemah lembut, sambut kepulangan suami, senyum, pakai wangi-wangi, pakai je baju cantik-cantik yang dia belikan tu, cakap menggoda-goda sikit kalau nak apa-apa tu. Si suami pulak jangan bercakap dengan nada keras, bersabarlah dengan perangai isteri-isteri. Suami juga perlu cakap lemah lembut, bergurau, kan seronok, inshaAllah bahagia kehidupan.

Contohnya: kalau ada perangai isteri yang suami tak suka, boleh tegur tapi dengan perkataan yang baik. Tidak perlu nak cakap kasar, nak tunjuk macho sangat, rasanya tak perlu kot.

Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

4- Hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar

Salah satu sebab kita terima lelaki sebagai suami ialah dia ada ciri-ciri suami yang boleh mendidik, dan membimbing kita kan. So, bagi suami bimbinglah isteri dari segi agama, pergaulan, pakaian, kawal emosi. Tegurlah dengan baik, bukan cara sindiran atau ayat-ayat boleh mendatangkan panas hati. Isteri dan anak-anak berhak mencontohi akhlak suami. Kalau suami jenis panas baran, cakap maki-maki macam mana kita nak jadikan contoh kan.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Ertinya:Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya.....(HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)

Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri

Cukuplah buat masa ni, kita berjumpa di lain siaran. :)

p.s: Bagi wawa kan, menegakkan hak-hak isteri bukan bererti melawan suami, bahkan memperbaiki kesalahan suami. Setiap suami dan isteri ada peranan dan hak masing-masing yang perlu dihormati antara satu sama lain. Memang bukan mudah nak melalui kehidupan sebagai suami isteri ini. but we learn from our mistakes. kita dah couple before kahwin lama, tapi betul ke kita kenal pasangan kita tu kan.




Gambar: Tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah tiada. Sekadar gambar hiasan atau suka-suka :)

Wednesday, 28 September 2011

"PERFUMES FARM CONTEST"

Yayyy I'm joining contest again. Now, i'm going to enter is being held by perfumes farm.

So, here is my cheerful picture (with my friends & nieces) 


I want to grab a chance to win Victoria's Secret Fragrance Mist. Hurmm wangiiii.. :)

 

Good luck to me.. :D

Tuesday, 27 September 2011

I Don't Like Her!

Okay memang admitted memey ni cun, slim, time wawa jumpa dia tuhari pun dia kurus tinggi look sweet and simply perfect tapi tak suka. Maybe sebab isu dia dengan abby dulu kot. Ish pengakuan ikhlas ni. Agak-agak kena banned ke? Whatever :) 

Admitted lagi wedding attires memey sungguh cun.




 



Sponsored by Vera Wang, Hatta Dolmat, Rafflesia, reception at Crowne Plaza Mutiara Hotel. berjuta-juta. RM12mill. Thank God, rezeki memey. hurmm but still tak suka. So pada sesiapa yang minat memey boleh layannn..

Anyway, nak compare wedding dress wawa dengan memey. Ha, nak jugak. :)


p.s:  advice for myself. relax la wawa. :)

Contest Raya Sedondon

 

Even syawal 2011 dah hampir sampai ke penghujung, tapi semangat raya masih lagi ada. Kuih raya pun still ada lagi di rumah dan office.
Ok takde kaitan dengan contest ini, wawa saja join Contest Raya Sedondon. Jom join sekali!

Kenapa pilih colour pink:

Sebab colour pink adalah favorite colour wawa, dan baju sutere crepe yang dipakai adalah hantaran dari pihak lelaki. Istimewa dan merupakan 1st year beraya sebagai seorang isteri. :)
wawa nak tag;


Anniversary Giveaway Azatie Sayang

Assalamualaikum,

Bukan anniversary wawa tapi anniversary Azatie Sayang. Bear in mind. Anniversary ke-16 ok. Alhamdulillah. Semoga terus berkekalan. :)

Bila wawa baca pasal info azatie, dapat imagine yang izatie bersyukur dengan kebahagiaan hidup bersama suami dan anak-anaknya. Alhamdulillah.

♥♥Bahgia dgn kehadiran seorg suami yg penyayang & dihiasi dgn kelahiran seorg putera & seorg puteri,Alhamdllh...semoga blog ini akan menjadi catatan kenangan abadi,buat kami sekluarga hingga keakhir hayat♥♥ Aminn..

Betul tak? Sebagai seorang perempuan, lengkap rasanya bila ada suami dan anak-anak dalam kehidupan didunia kan.

Yang lain jom join contest ini.


For Azatie & suami, wawa ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-16, dan wawa doakan semoga Allah terus menyatukan dua hati Azatie dan suami, semarakkanlah kasih sayang mereka antara satu sama lain, sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad s.a.w bersama Saidatina Khadijah. Berikanlah mereka kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Aminn..

Special cupcakes for both of you. :)


Monday, 26 September 2011

Perihal Laksa Johor

Last Sunday wawa mintak kak anne datang rumah untuk ajar masak Laksa Johor. Kak Anne orang Johor yang hebat masak laksa Johor and admitted wawa orang Johor yang tak reti masak laksa johor. Eh perlu ke? Orang Johor kena pandai buat, so that mean orang penang kena pandai buat laksa penang, ok whatever lah. Actually tak kisah apa nama masakan tu yang penting sedapp. 

After siap masak boleh gather and makan-makan sekali. Ada ajak officemate lain untuk join the class. First time buat event macam ini, seronok, boleh jumpa member, gossip, gelak-gelak and yang penting belajar masak benda baru.



After letak serbuk kari.



Ulam-ulaman.

 My portion..



Look tempting kan. Serius sedap & healthy. Sambal belacan wawa buat, instruct by kak anne. Nati wawa update resipi. Boleh menangis mat gebu tengok wawa & the gang masak Laksa Johor ni. :)

Girls day out.



after that, buat tutorial pakai shawl depan girls semua. :)
try teka siapa amik picture ni? unbelievable dak kecik yang pakai legging stripe tu lah.will blog about dak kecik tu later. peace. 

Farah & Sani: Wedding Lagi!

Simple yet beautiful. Itulah words yang boleh describe wedding ini. Lepas balik dari open house we all terus ke KL untuk attend wedding cousin Mr.Fand. Penuh dengan adat dan protokol. Around 10pm macam tu baru kitaorang boleh makan. Nasib dah makan di open house before tu. Ramai dato', datuk, datin, tunku dan sewaktu dengannya ada dalam wedding ni. 


Dewan Merak Kayangan ni tidaklah secantik Dewan Puspanitapuri (Dewan Sri Endon) di Putrajaya. Cawangan Felda juga seperti Dewan Perdana Felda but harga memang mahal. Look at here. Kalau buat wedding di dewan macam ni, memang make sure semua guest kena hadir kalau tak rugi kan banyak tempat yang terhad tu kosong, maybe boleh invite guest lain yang betul-betul nak hadir.

 







the food ok lah. curry prawn & acar buah antara yang sedap.


the gift.. cute kan? 

 

Big congrats to love birds, next week kita jumpa di Penang untuk reception belah lelaki pulak. :)

Open House

Last Saturday wawa pergi open house rumah Juwariyah. Bukan Siti Juwariyah from Saturday tu ok. Ni member since dari politeknik dulu sampailah sekarang. Member kepoh-kepoh gosip luar negara dalam negara semua gosip bersama. :) 

Paling penting makanan, the best meehoon soup ever. Caterer import from kampung (her mom) memang tak boleh challenge.  it was yummy! Then followed by nasi tomato & ayam masak merah (tapi wawa tak makan sebab nak ke wedding sepupu mr.fand after that) the cake, kuih raya, it taste good.  


siapa lagi excited?



 
tengok! tuan rumah sangat busy.


Thank you Onin for warm invitation. Sila datang rumah wawa even takde open house pun still boleh datang anytime. :)

Onin planning nak pergi umrah next year. Marilah kita sama-sama doakan niat dia. Aminn. 

p.s/ rindu pada Kaaabah. doakan wawa dapat pergi mengerjakan umrah lagi nati. InshaAllah.

Saturday, 24 September 2011

Renungan Manja

First of all, ni bukan iklan krim pemutih atau iklan Fair & lovely.. :)
Renungan dari mata turun ke hati. :)

 

Happy Saturday friends!

Spaghetti Bolognese

Before this, wawa ada post pasal spaghetti carbonara and now, nak share pasal spaghetti bolognese pulak. Semalam mr.fand kata officemate dia nak datang so kita orang pun fikir-fikir nak masak apa. in the end wawa cakap i can cook bolognese, sebab itu je kot yang wawa hebat masak instead of soto or mee goreng dan sewaktu dengannya.

Hurm yummy. Spaghetti ialah makanan favorite kita orang. once in a month mesti wawa akan masak bolognese. Let it be known, we all love Spaghetti Bolognese. ala-ala makanan wajib bagi kita orang lah. I think it is one of our top 5 favourite foods selain dari sotong masak kicap. Ha! will share about sotong masak kicap later.


Jom wawa share resipi with you all.

INGREDIENTS: 

3 ulas garlic - chopped
3 biji tomato - potong kiub
250gm minced meat
1 tin PREGO mushrooms
1 tin mushrooms dalam tin (ayam brand)
1 tbsp black pepper
1/2 batang carrot - potong kiub
3 tbsp olive oil

METHODS:

1. Heat oil, masukkan garlic biarkan sampai kaler gold.
2. Masukkan tomato & minced meat.
3. Masukkan air panas.
4. Masak sehingga air kering and meat jadi lembut.
5. Masukkan PREGO.
6. Masukkan carrot & mushrooms
7. Masukkan black pepper
8. Serve at once.

p.s: spaghetti dimasak bersama butter or olive oil - want to avoid  sticky spaghetti  but Italians don't put oil. Read this. Whatever la kan janji spaghetti wawa nampak cantik. :)

Senangkan and supper delicious. Put parmesan on top of spaghetti. Serve with coke. (mr.fand suggest and super unhealthy kan hubby i tu? sebab dia kata spaghetti paling sesuai minum with coke.)



I guess banyak cara and variety of ingredients orang guna untuk buat spaghetti. ada suka letak lada kisar, bawang besar. Depends pada selera and maybe apa yang ada dalam fridge time nak masak spaghetti kot. Janji sedap kan?

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers