Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Tuesday, 26 June 2012

Trip to Hong Kong - Part 2

After dah letak semua bag, we all pun makan bekal yang we all bawak tu. Nasi putih, ayam goreng, sambal lada. Rasa sedap gila bila makan tu di bumi Hong Kong. After makan we all bersiap untuk ke Tsim Tsai Sui dan 1881 Heritage. 

1881 Heritage ni sebuah hotel, depan hotel tu adalah tempat-tempat sejarah monumen cantik untuk amik gambar. Jalan depan sikit ada banyak butik-butik branded macam LV, Salvatore Ferragamo, CHANEL, HERMES, Esprit, DIOR. Oh nak kasi tau. Butik-butik yang glamour and branded tu kat sana sangat bersepah, mana-mana pergi mesti ada. Macam kat Malaysia ni standard VINCI, PADINI lah. Gila kentang banyaknya duit orang HK ni. Rasanya CHANEL tu butik tepi jalan je. Memang merata. Building kat sini memang tinggi. Tapi you all jangan risau dan tak kan sesat sebab station MTR merata cuma larat ke tak nak menapak.

We all kat sini je, pergi berjalan dari satu kedai ke kedai, tergamam ok. Nati kat Itinerary I akan ajar macam mana nak pergi tempat ni. Kita layan gambar je dulu. 

Oh perjalanan dari hotel naik train ke sini dalam 30minit. Senang!



Hotel 1881 Heritage. Tak sure lah bilik besar macam tu. Mau-mau 3ribu satu malam.


 Comel, nak pinjam bawak balik.. :)



After that, berjalan macam orang kaya di kedai-kedai branded. Tak beli pun, kita tengok je. Kita beli handbag lain.. weee...




Kita pusing area situ, sampai dah tak larat. Pergi Museum Hong Kong, SOGO, sampai pukul 6lebih macam tu. Balik bersiap untuk melihat Symphony of Light. We all balik hotel sebab dekat and senang nak ke hotel, plus bau dah masyam.. -___- 

till the next entry.. :D

Trip to Hong Kong - Part 1

Ha ramai yang tanya, bila nak buat entry pasal Hong Kong? and ada kakak-kakak manis bertanya macam mana Hong Kong? best ke Hong Kong? So today nak bercerita panjang lebar lah pasal HK ni. Marilah sama-sama kita membayangkan Hong Kong yang super duper bandar ter'busy' yang wawa pernah pergi. Rasanya London lagi cool dari Hong Kong. Tapi janganlah nak compare, mat salleh dengan chinese punya cara memang lah berbeza. :)

Actually holiday ke Hong Kong ni memang tak plan pun asalnya. Satu hari tu saja pergi jalan-jalan ke web AirAsia dan tiba-tiba ternampak promotion ke HK memang murah. Pujuk Mr.Fand untuk pergi dan akhirnya dia kata ON. Dalam Januari 2012 macam tu we all dah book siap. Terus book hotel jugak thru' booking.com. Ha memang awal kan.

Ok jom start cerita.

Seawal 4.30am, I dah bersiap pakai make-up, lilit-lilit WAFFAA scarf (kalau hari biasa,gila ke 4am dah bermakeup bagai) lol. 5.30am taxi dah tunggu kat depan rumah dalam 6.00am macam tu dah sampai LCCT. Then check in bag, masa pergi tu bag I je dah almost 15kg. Aikk belum beli barang lagi tu, sebab apa tau, we all bawak makanan siap-siap untuk stok 4 hari kat sana. So terpaksa add on untuk bag lagi 15kg kat kaunter AirAsia (RM30). 


So dalam pukul  7am dah siap sedia dalam plane. Flight amik masa dalam 4jam dan time HK-Malaysia sama so, senang we all nak budget masa. Cuaca time I pergi ni, panas dan hujan. Flight sangat best, rasa sekejap je dah sampai. Excited lebih kot. Eh memang lah sampai 15minit lebih awal sepatutnya 1105am tapi dalam 1050am we all dah sampai. Alhamdulillah!


Macam biasa terus amik bag, ramai nya orang kat airport tu sebab time I pergi ni, Singapore tengah school holiday. Airport HK sangat besar ok. Sila anggar kan 5kali ganda dari KLIA. besar woo. nak pergi amik bag tu pun sesat. Dan orang HK tak berapa friendly macam di Malaysia. Patut diaorang kena amalkan budaya senyum macam di sini. Sigh.


Lepas collect bag, terus menuju ke kaunter train ticket. Memang akan nampak time you all keluar lepas amik bag tu. Senang. Macam-macam ticket ada, tapi ramai yang suggest suruh amik Octopus, so kitaorang dah tak tengok kad lain. HKD100 (HKD50 untuk deposit dan HKD50 untuk kredit) Boleh guna untuk, MTR, bus and tram. Untuk topup kat setiap MTR station ada atau 7eleven pun boleh. Senang. 


Bila dah settle dengan Octopus card, oh! si penjual ticket ni sangat lah tak peramah, jawab pun nak tak nak je, and ada ke perempuan dikaunter tu boleh cakap cina dengan Mr.Fand. We all pun blur kejap nak gelak ke nak marah ke. Apa ke hal.. Layannn. We all terus menuju ke station bus, sebab dah google naik train dari airport ke bandar HK melalui ekspress train sangat mahal. So we all naik bus. Eh eh bus diaorang sangat maju sebab siap ada CCTV lagi dalam tu. Ish dasyat ok dan yang paling best bersih! 

Agak jauh sebenarnya nak ke bus station, tapi senang sebab banyak signboard ikut je, signboard bus and train. 


Cik Puan Wawa Tasliman, ketua rombongan kita pada kali ini ye. :P



Signboard sebesar alam. Pelik kalau you all tak faham. Senang! Hotel we all area Yau Ma Tei, Nathan Road so kena naik bus A21 fare HKD33. Jom serang. 


Station bus yang super efficient..

 
CCTV senang kalau nak tengok luggage kitaorang kena amik ke jatuh ke kat bawah..



Yayy dapat naik bus.. Susah tu kat Malaysia nak naik bus..
Bus ni terus bawa sampai depan hotel. Oh hotel kami ialah Casa Hotel, Nathan Road, Yau Ma Tei, perjalanan 40minit dari airport.  




Pemandangan. time ni atas jambatan ala-ala jambatan pulau pinang tu tapi tinggi dan lagi panjang. view memang cantik. 


Sampai je hotel, masa check in tu jumpa dengan chinese dari Malaysia. Mr.Fand siap berbual mesra dengan dia di hotel tu. Ramai orang Malysia stay kat Casa Hotel. 


Inilah hotel kami!




Kecik sangat, we all memang tak budget kecik macam ni. Lupa nak tengok square ft. Ingat standard hotel kat Malaysia ni. OMG terkejut we all. Sempit hokey! Tapi price ala-ala Hyatt kat Malaysia. pffttt.. Lesson learned, kena check sqft hotel next time before book. 


Tapi location hotel ini sangat2 strategik. 1minit je jalan nak ke station MTR Yau Ma Tei!


....till the next entry! :D

Tuesday, 19 June 2012

Sneak Peek: Hong Kong Trip


 



Yay I'm back. No more holiday, No more shopping, so sekarang KERJA.. boo

Orait tengok dulu gambar sikit ni, don't worry saya ada 1000++ picture, tak habis tengok lagi pun. I akan buat full review about Hong Kong trip. 

Stay tuned! :)

Wednesday, 13 June 2012

Can't Wait!!!

 Wordless Wednesday..

Honestly can't wait for that.. Ha nak pergi mana tu? kat mana tu? Tak kan tak tau kot? 
Bila dah balik nati, i story panjang kat you all lah.

Doakan selamat pergi, selamat kembali.. ;)



See you there Disneyland!

Right now, muka senyum happy macam kucing ni. Hah gitu.. :)

Friday, 18 May 2012

Dating at Genting Highlands - Part 2

Best berasmaradana di Genting Hifghlands, rasa memang berbaloi percutian kita kali ni. Rasa full of loves, balik dengan perasaan happy. Ceh macam balik honeymoon pulak. :)
Perjalanan pun smooth less than hours dari Genting ke Putrajaya.

Sometimes tak salah rasanya kita pergi bercuti kan and tak perlu time anniversary or special event baru nak pergi berjalan kan? So let's plan your holiday dear. Tak perlu nak pergi oversea, dalam Malaysia pun banyak tempat menarik salah satu tu, Genting Highlands. :) 

Eh chop, pergi oversea penting jugak kot. yay! Next month insyaAllah Hong Kong and Bali. :P

Oh ini merupakan view dari bilik we all. Cantik kan? with 17c.. Can u imagine that?

 

On the way balik tu,we all singgah ke Gohtong, Strawberry Park. Bestnya, selain strawberry ada sayur, mushrooms, honey park. Memang best. 

Oh sayur ni you all boleh amik sendiri dan harganya 3 pokok RM10. Awesome! Salad-salad segar semuanya..


Ish ish awek mana ni kutip sayur? :)


Hello Wawa! :)


Suka tengok sayur segar belakang tu.


yes, seronok, surely akan pergi Genting lagi maybe next time with baby! InsyaAllah doakan ok. :)


Yay! I love my life now. I love U and Thank you Mr.Fand. :D

<3

End...

Thursday, 17 May 2012

Dating at Genting Highlands - Part 1

Sempena first anniversary wawa & mr.fand, we all plan untuk spend time berdua je. (ceh macam selalu duduk ramai). So we all pun discuss together and fikir mana tempat best untuk kita pergi.
Antara dialog Mr.Fand, 'at least I nak kita stay 1 night kat hotel, so kita boleh spend time kat hotel. Easy going, ada food, and romantic' oh ok dasyat jugak imagination dia, so bila fikir balik, ingat nak pergi pantai tapi disebabkan pantai sangat jauh so we decide GENTING HIGHLANDS. yay!

Yup genting memang awesome! Last pergi masa wawa kat uni dulu kot. This time mestilah beza coz pergi dengan hubby and pergi for celebrating our anniv gitu. 

Hotel yang we all pilih ialah...

 

awesome!
Oh nowadays, semua buat sendiri, so self check-in guna kiosk. rasa lagi senang kot, tapi untuk veteran or senior kadang tak reti guna mesin2 ni. :)

 
Masuk je IC then terus dapat no bilik and pass. Bayar semua online. Senangkan. Oh yang bestnya time ni baru pukul 11am, no need tunggu after 2pm baru boleh check-in. Awesome!


Lobby hotel. Awesome!


 

 
 

Food! Oh siapa kata genting susah nak dapat makan? Rasa kat First World Plaza semua ada, McD, Pizza Hut, KFC, Kenny Rogers, Starbucks, OldtownWhiteCoffee, just sanggup ke tak nak bayar lebih. Contoh snack plate untuk KFC kat sana RM20 kot. So lastly we all makan Kenny Rogers sebab price dia still sama macam kat Alamanda. Takde duty charge ok.Dan if you all jenis yang wajib makan nasi.  Kat sini untuk satu lauk murah je RM10. So if you all amik ayam, sayur, nasi lebih kurang RM25++. Awesome?

 

Finally we all pekena Kenny Rogers!

 

After makan, we all jalan-jalan, and suddenly ternampak ni, Sempat lagi kan, cari duit syiling, close my eyes and make a wish! Boleh percaya ke benda-benda ni?

 

After jalan-jalan tu, we all memang tak sangka kat genting ada cinema. So tak cakap banyak, angkat-angkat kening je tanda jom tengok wayang. Apa lagi. this one bukan GSC or TGV, ni memang genting cinema. wottss, memang kaya ok!
We all layan Battleship..



 Sorry la our anniversary sangat simple, takde gambar hug or kisses, hihihi, just simple celebration, and yang paling penting we all discuss sama, plan for our journey together, future plan, and discuss mana yang tak perfect selama ni untuk jadi yang lebih baik, and memang tak sangka lah dah 1year kita hidup bersama. (ayat cliche) and many years to go. Ups and downs, susah senang kita buat together. Alhamdulillah & InsyaAllah.. 

After jalan-jalan, makan, tengok wayang, jalan-jalan outdoor with 17c (pelik tak amik gambar pun) so kita pun penat and time to sleep (ceh kena mention ke?) and Mr.Fand siap put this signage kat luar room door kami! :)

 

apa maknanya tu? wink.. to be continued! 

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers