Tuesday, 26 June 2012

Trip to Hong Kong - Part 1

Ha ramai yang tanya, bila nak buat entry pasal Hong Kong? and ada kakak-kakak manis bertanya macam mana Hong Kong? best ke Hong Kong? So today nak bercerita panjang lebar lah pasal HK ni. Marilah sama-sama kita membayangkan Hong Kong yang super duper bandar ter'busy' yang wawa pernah pergi. Rasanya London lagi cool dari Hong Kong. Tapi janganlah nak compare, mat salleh dengan chinese punya cara memang lah berbeza. :)

Actually holiday ke Hong Kong ni memang tak plan pun asalnya. Satu hari tu saja pergi jalan-jalan ke web AirAsia dan tiba-tiba ternampak promotion ke HK memang murah. Pujuk Mr.Fand untuk pergi dan akhirnya dia kata ON. Dalam Januari 2012 macam tu we all dah book siap. Terus book hotel jugak thru' booking.com. Ha memang awal kan.

Ok jom start cerita.

Seawal 4.30am, I dah bersiap pakai make-up, lilit-lilit WAFFAA scarf (kalau hari biasa,gila ke 4am dah bermakeup bagai) lol. 5.30am taxi dah tunggu kat depan rumah dalam 6.00am macam tu dah sampai LCCT. Then check in bag, masa pergi tu bag I je dah almost 15kg. Aikk belum beli barang lagi tu, sebab apa tau, we all bawak makanan siap-siap untuk stok 4 hari kat sana. So terpaksa add on untuk bag lagi 15kg kat kaunter AirAsia (RM30). 


So dalam pukul  7am dah siap sedia dalam plane. Flight amik masa dalam 4jam dan time HK-Malaysia sama so, senang we all nak budget masa. Cuaca time I pergi ni, panas dan hujan. Flight sangat best, rasa sekejap je dah sampai. Excited lebih kot. Eh memang lah sampai 15minit lebih awal sepatutnya 1105am tapi dalam 1050am we all dah sampai. Alhamdulillah!


Macam biasa terus amik bag, ramai nya orang kat airport tu sebab time I pergi ni, Singapore tengah school holiday. Airport HK sangat besar ok. Sila anggar kan 5kali ganda dari KLIA. besar woo. nak pergi amik bag tu pun sesat. Dan orang HK tak berapa friendly macam di Malaysia. Patut diaorang kena amalkan budaya senyum macam di sini. Sigh.


Lepas collect bag, terus menuju ke kaunter train ticket. Memang akan nampak time you all keluar lepas amik bag tu. Senang. Macam-macam ticket ada, tapi ramai yang suggest suruh amik Octopus, so kitaorang dah tak tengok kad lain. HKD100 (HKD50 untuk deposit dan HKD50 untuk kredit) Boleh guna untuk, MTR, bus and tram. Untuk topup kat setiap MTR station ada atau 7eleven pun boleh. Senang. 


Bila dah settle dengan Octopus card, oh! si penjual ticket ni sangat lah tak peramah, jawab pun nak tak nak je, and ada ke perempuan dikaunter tu boleh cakap cina dengan Mr.Fand. We all pun blur kejap nak gelak ke nak marah ke. Apa ke hal.. Layannn. We all terus menuju ke station bus, sebab dah google naik train dari airport ke bandar HK melalui ekspress train sangat mahal. So we all naik bus. Eh eh bus diaorang sangat maju sebab siap ada CCTV lagi dalam tu. Ish dasyat ok dan yang paling best bersih! 

Agak jauh sebenarnya nak ke bus station, tapi senang sebab banyak signboard ikut je, signboard bus and train. 


Cik Puan Wawa Tasliman, ketua rombongan kita pada kali ini ye. :P



Signboard sebesar alam. Pelik kalau you all tak faham. Senang! Hotel we all area Yau Ma Tei, Nathan Road so kena naik bus A21 fare HKD33. Jom serang. 


Station bus yang super efficient..

 
CCTV senang kalau nak tengok luggage kitaorang kena amik ke jatuh ke kat bawah..



Yayy dapat naik bus.. Susah tu kat Malaysia nak naik bus..
Bus ni terus bawa sampai depan hotel. Oh hotel kami ialah Casa Hotel, Nathan Road, Yau Ma Tei, perjalanan 40minit dari airport.  




Pemandangan. time ni atas jambatan ala-ala jambatan pulau pinang tu tapi tinggi dan lagi panjang. view memang cantik. 


Sampai je hotel, masa check in tu jumpa dengan chinese dari Malaysia. Mr.Fand siap berbual mesra dengan dia di hotel tu. Ramai orang Malysia stay kat Casa Hotel. 


Inilah hotel kami!




Kecik sangat, we all memang tak budget kecik macam ni. Lupa nak tengok square ft. Ingat standard hotel kat Malaysia ni. OMG terkejut we all. Sempit hokey! Tapi price ala-ala Hyatt kat Malaysia. pffttt.. Lesson learned, kena check sqft hotel next time before book. 


Tapi location hotel ini sangat2 strategik. 1minit je jalan nak ke station MTR Yau Ma Tei!


....till the next entry! :D

2 comments:

  1. casa hotel!! akak stay kat situ masa 1st time ke HK last year ;) kecik gilaaaa.. imagine, dengan anak 2 orang.. hahah.. tapi ok jer.. masih benapas ;)

    ReplyDelete
  2. sempit ke bilik hotel? ngam2 katil.. ada lebih sikit je eh?

    ReplyDelete

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers