Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, 28 January 2014

Damia 8 Bulan

Alhamdulillah Damia dah masuk 8 bulan. Dah besar dah anak mama! Pandai merangkak sekarang, habis satu rumah dia pusing. Sekejap kat sini, sekejap lagi kat sana. Nasib papa Damia rajin mop lantai, kalau tak baju Damia yang putih tu jadi kelabu asap. 

Damia lasak sangat sekarang, makin banyak akal, makin tak reti duduk diam. Kalau mama duduk sebelah, dia akan panjat mama, sampai berjaya berdiri sambil pegang peha mama. Tau jelah peha mama kau yang gebus ni. Kalau pakai pampers plak tak reti duduk diam, bila mama nak pakaikan bedak, bukan tadah pipi tapi mulut dia ternganga macam orang nak bagi dia makan. Damia oo Damia!

Obviously dah pandai tarik headband atas kepala, kalau mama pakaikan cepat je dia nak tarik. Time amik gambar ni mesti dia tau nak posing jap, lepas ni boleh tarik. Tapi muka tu still macam takde perasaan.


Ececeh Damia.. 
 

Ha see, memang tak reti duduk diam!
 

Lengan tu nampak gagah perkasa sangatlah Damia, kepit² sikit please!
 

Damia tengok tv. Macam faham je kan?
 

Sekarang ni tak berani nak letak Damia atas katil, mama baru bangun nak capai barang ke, dia dah kat bucu katil, sikit je nak jatuh. Baby you all pernah jatuh katil ke?
 

Well known, time baby umur macam ni, tengah aktif, kalau kita tinggal buat kerja dia akan nangis, tapi bila kita pandang je muka Damia, and when she smile, mashaAllah tuhan je yang tau perasaan tu. Mama, papa penat jaga Damia pun rasa worth every single thing, takpelah Damia, semua untuk Damia. 

Damia dah besar, one day nanti Damia akan pandai berjalan, pergi sekolah, masuk universiti, ada suami. Allahuakbar, mama wants to cry.

Wednesday, 8 January 2014

Bye Bye 2013, Hi 2014

Sorry too bz too little time, nak update blog pun subahanAllah memang bencinta. InsyaAllah azam baru tahun 2014 nih, nak keep update blog sebab nak keep in touch dengan mummy² semua.

Better late than never, happy new year,  wish you the bright and properus, semua harapan dan wish you all tahun ni dilaksanakan. Wawa plan nak beli rumah tahun ni, dan hopefully hujung tahun dapat pergi PARIS (amboi! alang-alang berangan tu biar berangan sampai ke bintang) mihmihmih..

and motto tahun ni 'stop dreaming, start doing' sebab last year rasa banyak sangat plan nak itu ini, tulis dalam planner terlalu terlalu terlalu (menunjukkan memang) banyak benda, nampak tu nak tu, nampak ini nak ini tapi buat betul2 non ado. wawa wawa tepuk tampar muka sikit, stop dreaming ok. kerja keras untuk dapat apa yg kita nak!


Alhamdulillah ada lah jugak beberapa hasil bukan takde langsung. Tahun ini hadiah paling terindah adalah DAMIA. Alhamdulillah. 


 

Tuesday, 17 December 2013

Damia 7 Bulan

Makin hari Damia makin membesar, semakin pandai, macam selalu semua benda dia nak masuk dalam mulut, tambah akal sekarang, semua benda dia nak ketuk. Tak! tak! tak! macam orang menukang dah. Damia memang aktif, kesana kemari dia berpusing, mama dengan papa memang tak terlayan. Perkara baru yang we all perasan, Damia suka memerhati kat orang. Bila dalam lif uncle or aunty sebelah tu mesti akan tertarik dengan dia, sebab Damia suka pandang atas bawah, then buat muka gedik. Sometimes saja je tak nak bagi dia tengok, pusingkan badan, Damia akan tertoleh-toleh kiri kanan nak tengok semula. Tak sure perangai ni ikut siapa. Pffttt..

Benda yang paling buat Damia suka ialah bila mama atau papa massage dia, urut kaki ke, tangan badan, dia akan senyum dan paling buat we all terkejut Damia akan sendawa keluar angin satu badan. Ok ini obviously ikut perangai papa yang suka pergi urut tu. :)

Damia favorite food, mashed potato yang papa dia buat. Tuhari ada try mix potato and spinach tapi Damia punya poo poo keras. Kesian tengok bila dia nak poo poo tu, merah padam muka, tapi yang keluar seketul-seketul. Sorry Damia. So now, we all bagi dia makan potato dengan carrot. 

Bayam, not my food mama!


Terima kasih Allah dengan anugerah ini. Semoga Damia menjadi anak yang solehah. 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh order WAFFAA PRINTED SHAWL yang stoknya semakin menipis.. 

WAFFAA PRINTED SHAWL


Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulillah

Lama dah tak berblog. Today ada really time untuk berblog balik. Actually blur apa nak cerita nih sebab dah lama tak menaip panjang-panjang nih. Ok why not I share story about Damia yang sekarang nih dah 5 bulan 3 minggu. 7 November nih genap dia 6 bulan. How time flies. MasyaAllah, sebab masa kita selalu dalam kerugian. Asyik tak cukup masa je kan?





Now Damia every morning mesti akan tersenyum bila bangun. Time ni bila panggil nama 'Damia, anak mama manja tu mana?' mesti akan tersengih. She give me the best smiles ever, terus hati jadi cair, jiwa bergelora tengok anak mama membesar dengan sihat. Bila main agah or hide-and-seek, terkekeh dia ketawa. MasyaAllah!

Damia also boleh ikut objek yang depan mata dia. Bila I beralih tempat pun boleh. Obviously, bila kita tengah makan pun dia boleh tengok apa yang kita makan. Start 6 bulan mama bagi Damia makan ok. Lagi best bila I tengah bermakeup, dia akan tengok je, every single thing yang I buat. I know, dia akan kacau semua barang makeup I one day nanti.

Now bila kita berbual Damia akan menyahut, "ahhhh, ahhhh," sometimes, bila Mr.Fand dengan I berbual pun dia akan menyampuk 'ahhhh, ahhh' kita orang mesti akan gelak kuat, and Damia mesti akan pandang either papa dia or I and senyum. MasyaAllah! 

I hope semua parents dapat rasa happy macam ini jugak. Happy kan mama-mama semua bila ada anak ni?

Please pada siapa yang tak kawin cepat-cepat kawin, and pada siapa takde anak cepat-cepat buat anak. Hihihi, rugi bila lewat-lewat ni. :)

Tuesday, 21 May 2013

I Don't Want to Miss A Thing

Lirik lagu ni memang tepat to describe apa yang I tengah rasakan about my baby Damia.. 

Alhamdulillah syukur atas kurniaan mu ya Allah..




I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you
Is a moment I treasure

 

Don't wanna close my eyes
Don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I'd still miss you, baby
And I don't wanna miss a thing

 

Laying close to you
Feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes and thank God we're together
I just wanna stay with you
In this moment forever, forever and ever

 

Don't wanna close my eyes
Don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I'd still miss you, baby
And I don't wanna miss a thing

 

I don't wanna miss one smile
I don't wanna miss one kiss
I just wanna be with you
Right here with you, just like this
I just wanna hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time 


I Don't Want to Miss a Thing by Aerosmith

menyanyi sambil pangku baby.. botol susu di buat ala-ala microphone.. bahaha.. 

I'm a happy mama.. 

Monday, 20 May 2013

NIA ARIANA DAMIA

Finally setelah 9 bulan (38 minggu) Mr.Fand and me waiting for little one, macam yang di beritahu before this, dengan kaedah ceaserean section, keluarlah baby kami. Cerita bersalin akan I share di post akan datang. Now teruja dah jadi mama & papa. Selama ni dengar jer cerita orang pasal tak tidur malam, menjaga baby, sleepless, now we all dah rasakan sendiri. Bila dengar je baby nangis, we all suddenly bangun and tertanya-tanya what should we do? Bila dah breastfeed, still nangis, 'alamak macam mana ni?' bila tengok diapers baru tau baby poo poo. After change diapers, baru baby senyap, and continue tidur. Tak habis macam tu je, every two hours baby akan bangun. We all tidur only 4 hours a day. Mata memang macam panda.

But, honestly we all enjoy jaga baby sama-sama, even one minute pun tak sanggup nak tinggalkan baby. 

Oh, finally, we all dah pilih nama untuk baby. Mr.Fand memang minat sangat dengan nama DAMIA. So stick with DAMIA, I try mix and match nama yang sesuai dan ada makna yang baik. 

After discuss we all setuju and rasa nama tu sesuai dengan baby kami. 

NIA ARIANA DAMIA BINTI RUFANDY

insert fireworks here.. haha.. 


Gift of God. Alhamdulillah dengan kurniaannya. Baby yang sihat dan sempurna. Semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi bekal kami di akhirat nanti. InsyaAllah. 

Bagi mama-to-be yang tengah tunggu baby. Good luck. 
^_^

Monday, 8 October 2012

Most Beautiful Gift

I'm on my 7 weeks 6 days now.. 

First of all bersyukur with all the ketentuan yang Allah berikan. Semua Allah dah aturkan. No words can describe how I feel right now. Feeling bercampur, happy, bersyukur, takut, teruja, am I ready to be a mom? InsyaAllah harap semua dipermudahkan.

To me, making a baby not as easy as ABC, all I know is to plan for pregnancy before I really get pregnant. The first step I makan Acid Folic from Appeton, adalah dalam 2 3 bulan dah makan, tapi I bukan rajin pun, makan kalau ingat dan sempat je. Selain itu, eat a healthy diet, jauhkan dari makan benda berasid, nenas, jeruk pak ali favo tu terpaksa lupakan, air tebu. Susu pulak, I takde minum pun takut dengan gula berlebihan dan badan naik. 

Okay, let start with the beginning of the story.. 

Unconsciously, I was late about 12 days late, coz I memang regular cycle 28days. I push myself not too much expectation about this period late. But, since dah lewat sangat with uneasiness and discomfort feeling, sooo I decided to have test pack on September 15th.

I woke up early that day, because to have urine be tested, it should be the first urine sebab hormon waktu pagi baik untk sahkan. I keep remind in my mind and keep talking to myself "okay, ready whatever pun resultnya, tak nak sedih if negative, and pasrah pada Allah. even tho' if negatif ok takde masalah. Cuba lagi.. La hawla wa la kuwata ila billah". And so I did the test. I saw one bold stripe appear, suddenly, I saw another stripe appear.. but still it was thin line. hurm.. my face still flat that time.. and so after waited for about 3 minutes, that other stripe more and more clear and bold.. wow! seriously?? that test pack have 2 stripes?? but saya masih tak percaya, I did the test again. Memang standby beli 2 test kit. I saw 2 stripes again. 2 kali try, both result positive. Subhanallah.. I was shaking..and I ran to my-still-sleeping-hubby.. I woke him up, "hun, hun, tengok nih? while he still rubbing his sleepy eyes he answered, 2 line!! Alhamdulillah!! automatik terus Mr.Fand give me a hugs & kisses. Both of us happy sangat!! Mr.Fand told me besyukur dengan rezeki yang tuhan bagi.. ^__^

We went to the Poliklinik An-Nur, Presint Diplomatik Putrajaya, and have my uterus checked up.. Me and hubby was so nervous that time.. The doctor was very serious in checking up and searching for the fetus.. and suddenly she said, "Here you go.. this is your fetus.. still very tiny because your pregnancy still early".. Nampak ada kantung, rahim dah kembang and doctor confirmed I was pregnant. Mr.Fand and me sebak and almost cried to hear that, we were so happy.. holding hands.. Subhanallah.. and the doctor said that my pregnancy was 5 to 6 weeks. It was like half dreaming. Allah give us this precious gift on the perfect time for us. When we ready to be mama and papa. 

Being pregnant is one phase that I really looking forward right after we were married. And Allah gave us 1 year 5 months to get to know each other better, to prepare ourselves better to be parents. And when Allah said this is the time, then He gave us what we've waited for.. in our happiest time. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Allah knows the best. Absolutely, He listen to our prayers, NO DOUBT! and Allah answer it at the best time. the best situation.

I'm sure in months to come, i'll be the one discussing which diaper is better, or which stroller I want to buy, all the baju baby, or which gynae I've met. lol. 

All my gratitude to the Almighty, for this bundle of joy, who will arrive in mid May 2013. Doakan keselamatan dan kesihatan baby and mama wawa. ^_^

 Wish me luck. :)



Friday, 5 October 2012

The Baby In Me!!

Actually, nothing can describe how I feel recently. Allah gives me the most beautiful, most expected, most wanted gift. Alhamdulillah, syukur pada-Nya.

^.^

I am overwhelmed to share this great news with all of you. I’m so over the moon that I couldn’t keep this little secret to ourselves. But today is the right time to tell that..

I’M PREGNANT!!

Thanks God, terbongkar jugak rahsia, keep a secret is definitely not easy!

So, what I feel at this moment is my body sakit sana sini and it was really tiring. I can't stop eating! I'm not craving anything in particular but I can't seem to stop eating! My mood swings most of the time. No nausea, yet! Hope it stays that way. 

Syukur Alhamdulillah..Thank you Allah! 

Ya Allah, thanks for this most beautiful gift for us. Mr. Fand and me. Its all because of You ya Allah, Your blessings, Your love, Your kindness.. Hopefully I can undergo this pregnancy with Your blessings and health. Until the due day is come. Aamiin..

Wish me luck!! :) 



Tuesday, 28 August 2012

Kisah Hari Raya

This Raya is my second Raya as a married person. So bila last raya at my side so automatically second raya ni, we all ke side Mr.Fand. Alhamdulillah no arguments, lagipun this Raya cuti lama seminggu and after celebrate Raya at Mr.Fand's side, we all balik ke Johor. Yayy!!

Actually Mr. Fand orang Shah Alam, MIL and family-in-laws semua di Shah Alam, tapi oleh sebab nak rasa mood raya lebih and 'feel' balik kampung, tu yang we all ke Penang. Aunts, pakcik rapat Mr.Fand semua kat Penang.

As normal after sembahyang Raya at the mosque, we all came over to makcik Mr.Fand paling sulong. We had the minta ampun sesion where we kneel and salam to ask forgiveness. Bagi duit raya untuk budak-budak. Best woo diaorang dapat banyak duit. Satu hari boleh collect RM300-400.. Please kembali ke zaman budak-budak please.. :)

After that we moved to beraya ke semua tempat area Penang, Georgetown, Feringgi, Balik Pulau and tak ingat apa tempat lagi. Tanjung Tokong ada ka? Absolutely seronok sangat. Penang sangat terkenal dengan Nasi Tomato, Ayam Sambal, Salad and Kuah Kacang. Sangat lah beza dengan Johor yang macam2 makanan kan. Rasa tak kenyang pulak bila kat Penang ni..Hahaha..


Di pagi hari raya.. Bersama cousin and MIL.. 


"Knock knock bukaklah pintu.. kami datang nak beraya"

I'm wearing WAFFAA scarf - Basic Peach


Time beraya sometimes ada perbualan yang tak berapa faham. Noticeable, orang Penang cakap cepat. Kadang tak boleh catch up apa diaorang cerita. But if tak sure, Mr.Fand akan translate kan. Well known orang Johor kan lemah lembut and slow motion.. Haha.. Lagi teruk tu, senyum angguk je apa they all cerita, kalau nak cover blur sangat tu, dah balik in the car baru tanya, apa actually diaorang cakap. Sorry ha. :)

So acceptable because I'm still in the process of learning, and they're such nice people though. Alhamdulillah, they really treated me like I belong. Menantu kesayangan lah katakan..

After dah puas beraya since pagi, so malam inilah yang saya buat! Muahaha..


Shopping at Straits Quay, Penang..

SELAMAT HARI RAYA TO ALL THE OPPOSITE OF PINK (TOOP) READERS!
MAAF ZAHIR BATIN FOR ANY OF MY WRONGDOINGS, KNOWN OR UNKNOWN TO ME.

Love!

Tuesday, 24 July 2012

WAFFAA ada Peminat??


Woot woot 483 share!! Refer yang lepas.. Fuh!! Dup dap dup dap..

Tak tau kenapa wawa rasa nervous, maybe over excited, takut or ntah lah. Excited sebab maybe ramai yang dah tau kewujudan WAFFAA scarf. Alhamdulillah dengan support from you gurls. Takut if ada yang berkecil hati bila tak dipilih sebagai pemenang nanti. But i know you all memang awesome. Big hugs.. :)

Bismillahirohmanirohim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani, I akan pilih 2 orang pemenang dan akan announce dalam WAFFAA by Wawa Tasliman pada pukul 11am. Hopefully tiada bias, tiada talian hayat, tiada kabel besar, tiada amukan, sebab semua nya sekadar suka-suka. InsyaAllah doakan if ada rezeki nanti, I akan buat SHARE & WIN lagi. 

Cerita yang sama juga pasal WAFFAA scarf. I saja google dan ternampak 2 orang blogger yang awesome membuat entry untuk WAFFAA and me. Thank you babe. *pelukketatketat* Eh wangi ke? nak peluk orang ni? Wangi ok pagi ni bau Jadore DIOR. If tak suka bau Jadore, i sembur perfume lain untuk hugs you all.. :)

Ok ni wawa paste sikit gambar dari entry dua blogger awesome ni, If nak tau apa yang diaorang celoteh just pergi link dibawah.Thanks memberku..

Aleen Avril not Avril Lavigne.. :)



By the way girl.. My name is Wawa Tasliman instead of Wawa Talisman. ;)

Tapi Wawa Tasliman still sayang korang..


Monday, 2 July 2012

Dalam Kenangan

Bila sebut birthday celebration. Paling I tak boleh lupa dulu celebrate with my friends.. Time ni memang best, kepala semua pun gila-gila sebab time ni macam takde problem je, zaman kegemilangan muda remaja gitu. Bila berbual asyik bercerita boyfriend tu boyfriend dia. Kihkih. Thanks for the memories. Time ni di JB, semua bestfriends sekarang pun di JB. Rindu semua. -____-


In memories 1st July 2009

It's My Birthday

1st July is my birthday. So today (2 July 2012) saya berumur 28 tahun 2 hari. :) Selamat hari jadi untuk saya. Jadilah insan yang berguna. Jadilah isteri yang solehah, jadilah orang yang betul-betul manusia. Doa semoga 'jadi'lah yang terbaik untuk diri anda. InsyaAllah. Sendiri advice, sendiri jawab, sendiri kena ingat. :)

Hari-hari dalam bulan July akan senyum lebar. Hah over lah tu sebab July is Birth-month..  Orang celebrate sehari je, but Wawa nak celebrate sebulan. Boleh? Anyway thanks yang wish on FB, instagram, twitter, whatsapp or by call. Thank you so much.

Speacial thanks to Mr.Fand, sebab belanja makan di Ben's (selalu pun dia yang belanja) but ada lagi best, masa i tengah window shopping tak plan nak beli pun, dalam MNG Pavilion, dia boleh cakap, u belilah apa nak beli, nati I bayar. Ha? terkejut ok, selalu ayat yang keluar dari dia, 'tak payahlah beli baju lagi, dah banyak kan?, but semalam memang terkejut. Fuh apasalah I tak masuk COACH ke, ZARA ke, hihihi. After tu i pun pilih beberapa collection MNG. Takdelah sampai ribu-ribu pun damage, agak-agaklah I kan isteri solehah yang sangat memahami.. -_______- (Lupa plak nak amik picture. :) 
 
Thanks sayang, I love you so much. Now you know kenapa I nak celebrate birthday sebulan. :)
 
Sekitar dinner or small celebration no-blow-candle, no-potong-cake, no-balloons, no birthday card but I'm so happy. *senyumsampaitelinga*
 
 



This is my birthday cake (Red Velvet) two thumbs up!



Food review: 
Sangat sedap serius! and harga sangat affordable, 1 meal dalam RM20++. Memang sangat worth it, untuk red velvet tu moist soft dan tak manis. Actually nak Strawberry sandwich pavlova tapi dah habis. sob sob. Untuk Nasi Ulam, sedap ayam paprik. I punya husband kan kurang sikit western food ni, so I suruh try spaghetti, carbonara, nasi jugak yang di order. Air ginger & lemon. I order mango milkshake dan Beef Lasagna triple sedap dari Pizza Hut rasa dia, memang superb!

Wish me Happy Birthday please!! *kedipkedipmata*

Second Wedding

Orait jangan mengelabah, actually bila tengok ramai artis and blogger getting married, rasa macam nak berkahwin lagi. Actually teringin nak pakai wedding dress, make-up, duduk atas pelamin. Dikipas oleh bridesmaids oh sungguh bahagia. Terimalah ye mood ngada-ngada saya ni.. :)

Ok ye pengantin tumpang duduk sekejap je tak lama pun.




Orait, mood berangan dah habis, kan dah cakap tadi sekejap je.


Pengantin yang sebenar ialah my second niece. Nurul Shafiah Mohd Isa. Congrats manja (nama timang-timangan gitu), promise with me to be a good wife and to love your husband till the end of your life. Contohi ucu (nama panggilan I dalam family) ok.. :)

Congrats manja, Love you, Love my family so much!!

psstt: pasangan mana lagi berseri??

Thursday, 31 May 2012

Wordless Thursday



 

I Love You
I Love You too
I Love You 3, 4, 5
I Love You More.. 
Big Hugs.. :)

Tuesday, 29 May 2012

Look Post: Puteri Wawa Tasliman




 Ha, layan ye korang bila mood verangan wawa dah mari.. :) Konon macam ala-ala puteri amik gambar atas buai gitu.
Actually ada cerita best di sebalik gambar ni. But please doakan semua kerja wawa cepat siap so, banyak la I boleh buat entry and cerita aktiviti. Adoi, so much work so little time!
Btw, this is my favourite favourite dress currently, u can mix and match with any scarf (obviously WAFFAA scarf) and any handbag and any sandal. Pakai maxi dress with sandal? little bit funny, tapi rasanya ok kan?
Ok rasanya semua dah tau where to get and what i wore, but just to let you know, I kat buai yang berada di Restoren GARDEN, ALAMANDA. Memang awesome!


For those nak verangan ala-ala puteri boleh pergi this restoren ok. 
Jangan lupa ajak wawa.. ;)

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers