Alhamdulillah Damia dah masuk 8 bulan. Dah besar dah anak mama! Pandai merangkak sekarang, habis satu rumah dia pusing. Sekejap kat sini, sekejap lagi kat sana. Nasib papa Damia rajin mop lantai, kalau tak baju Damia yang putih tu jadi kelabu asap.
Damia lasak sangat sekarang, makin banyak akal, makin tak reti duduk diam. Kalau mama duduk sebelah, dia akan panjat mama, sampai berjaya berdiri sambil pegang peha mama. Tau jelah peha mama kau yang gebus ni. Kalau pakai pampers plak tak reti duduk diam, bila mama nak pakaikan bedak, bukan tadah pipi tapi mulut dia ternganga macam orang nak bagi dia makan. Damia oo Damia!
Obviously dah pandai tarik headband atas kepala, kalau mama pakaikan cepat je dia nak tarik. Time amik gambar ni mesti dia tau nak posing jap, lepas ni boleh tarik. Tapi muka tu still macam takde perasaan.
Ececeh Damia..
Ha see, memang tak reti duduk diam!
Lengan tu nampak gagah perkasa sangatlah Damia, kepit² sikit please!
Damia tengok tv. Macam faham je kan?
Sekarang ni tak berani nak letak Damia atas katil, mama baru bangun nak capai barang ke, dia dah kat bucu katil, sikit je nak jatuh. Baby you all pernah jatuh katil ke?
Well known, time baby umur macam ni, tengah aktif, kalau kita tinggal buat kerja dia akan nangis, tapi bila kita pandang je muka Damia, and when she smile, mashaAllah tuhan je yang tau perasaan tu. Mama, papa penat jaga Damia pun rasa worth every single thing, takpelah Damia, semua untuk Damia.
Damia dah besar, one day nanti Damia akan pandai berjalan, pergi sekolah, masuk universiti, ada suami. Allahuakbar, mama wants to cry.
Ya Allah, lamanya tak berbelog tak sedar dah ada baby. Tahniah ya? Semoga bahgia till jannah, amin :)
ReplyDeletegeramnyaaaaaaaaa...comel
ReplyDeletecomelnya Damia! geramnya tengok baby lagi lagi jenis yang dah pandai macam ni. best kot kalau dapat main main dengan dia.
ReplyDeletesalam. stumbled upon your blog while browsing thru for some dresses. following u, hopefully will get some dress up inspiration - need to inject some fresh style into wardrobe now to suit mummy punya status .
ReplyDeletecomelnya....baru ja 2 minggu lepas adleena tasneem jatuh katil....alhamdulilah takda apa...doc ckap klu muntah2 terus dtg hospital semula...skrg tak bleh tinggal atas katil sesorang....
ReplyDeleteSalam...lama tak jenguk blog wawa..comelnya Damia :) dah besar pon...
ReplyDeleteAssalamualaikum sis.. comelnya Damia. alahaii melting tengok ~~~
ReplyDelete