Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Wednesday, 26 September 2012

Thanks For The Memories MYVI

Sedih memang sedih nak melepaskan MYVI kesayangan ni.
Dialah peneman masa tension di UTM dulu, dialah transport untuk kita ber'dating' dulu, dialah tempat meluahkan perasaan. dialah tempat ber'camwhore' bersama girlfriends. dialah segala-galanya, DIA-lah kereta kesayangan hokey.

Actually memang tak plan pun nak let-go kereta ni sebab condition memang sangat sangat OK. Tapi bila Mr.Fand kata nak cari kereta lain dan difahamkan harga MYVI di market sekarang tinggi dan laris macam goreng pisang panas. Bila check kat bank, hutang pun tinggal sikit. So bila jual dan tolak duit hutang di bank dapat lagi cash. Hoyehh pakcik dan makcik kaya sekejap je. Then miskin balik coz bayar duit untuk downpayment new car. 

Kereta MYVI ni dah pakai 6 tahun, tapi memang nampak cantik lagi, broker kereta tu siap tanya lagi, 'u tak pakai ke kereta ni' ha see, suka lah tu abang broker dapat kereta elok dan boleh jual kereta lagi mahal. Untung kau ek?? Ye lah just imagine, kereta tu bawak pergi belajar dekat, duduk dengan family di Skudai dan belajar di UTM Skudai jugak. Area situ je lah pusing-pusing. Then, kerja hanya 8km sehari. Kerja area Putrajaya ni memang heaven 8minit dah sampai, tak jam, takde tol memang I looiike!!.. setelah 6 tahun pakai jumlah meter baru 90,000++km je. Accident-free. Service kereta pun memang tip-top, tak de nak hantar kat kedai Ah Chong ke, memang kami hantar ke Perodua je. Tak pernah meragam dan paling best minyak sangat jimat. Promote lebih-lebih pun tak guna, sebab kereta ni difahamkan dah ada new buyer. Aikk cepatnya?? Jual akhir awal bulan 9 tuhari. Sukalah new buyer kan kereta elok sangat. 
Before let go tu, inilah gambar kenangan terakhir bersamanya sebelum hilang dari pandangan mata. 

Sedihnya tengok gambar ini!

  
Dashboard yg masih intact!


Backseat yang tak luak langsung..
 

Tata my baby!!


Drama bersama ex-baby



Tak sanggup..


Pleaseeee...
Muka tak rela nak melepaskan pergi..  


Takpe saya pasrah!!


Iyer iyer ambiklah, jualah.. 
Sob..sob.. 


Kan dah cakap ok ok.. see dah boleh senyum kan??



So, for the next owner please take care of my ex-baby. Jaga elok-elok. Pleaseeee.. 
Sob sob..

Please, jangan diucap selamat tinggal..



Pssttt.. Pssttt.. agak-agak koranglah, wawa beli kereta apa?? 

10 comments:

  1. ni mesti kat danga. hihi ye tak kak?

    ReplyDelete
  2. takpe le..dpt baby baru kan..bukan 1, 2 lagi...berganda lg hepi! :)

    ReplyDelete
  3. Nice photos and nice your face 'tak rela'nya :p

    XoXo

    http://meiszaecha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Beli jer keta kebal, deq... Hehe.. Mesti keta lg best tu.. Yg latest tu..

    ReplyDelete
  5. kereta kalau jaga memang la elok even bertahun2 lamanya....:) memang sayang kan kereta banyak berjasa buat kita, suka duka bersama!

    ReplyDelete