Thursday, 4 July 2013

Damia!! Tolonglah Tidur

Rasanya, time pregnant dulu, tak pernah terbaca or terfikir pasal cara nak tidurkan baby. Nobody remind me, how to make your baby sleep and stay asleep. Selalu lagi banyak cerita about bersalin, sakit bersalin, confinement, stuff baby. But bila dah jadi in reality sekarang ni, barulah terkial-kial. Napa nangis lagi, napa tak nak tidur and so on, kembung ke? poo poo ke? bukan stress tapi I akan sedih bila tengok damia menangis. Tapi so far takde lah menangis tak henti-henti or orang kita selalu kata sawan tangis (mintak dijauhkan). So, for those yang sooner or later akan ada baby, please take note and please be prepared.

In my case, Damia sangat behave dalam a few week earlier. Dalam 2-3 minggu tu dia tidur je, bangun bagi nenen dia akan continue tidur. Takut dengan jaundice melarat, I bagi dia nenen every 2-3 hours. Dalam hati baiknya anak mama nih, susu, tidur, poo poo, susu terus tidur balik. Damia banyak tidur siang dan malam berjaga. Orang kata waktu dia dalam perut and nak get used siang dan malam. Ok mama redha, berjaga malam-malam untuk Damia.

After 3 weeks tu, perangai Damia little bit different, tambah akal. Damia akan bangun dan terus merengek. So ikut style macam awal-awal dululah bagi nenen dengan harapan dia akan tidur but tak semudah yang disangka ok. Damia akan tiba-tiba melalak. Adoi kenapa nih, try sua nenen, dia akan melalak lagi. Ha time nih bukan pukul 2 atau 3 petang but 2 atau 3 pagi. Waktu pertengahan orang tengah sedap tidur. Sebab Damia yang melalak tu satu rumah bangun, and try to make her calm. Yang kelakarnya, boleh pass pada semua orang dalam rumah untuk try and error dukung dengan siapa dia comfort. Lastly, dengan my mom. Pandai anak mama nih, tau ek mama penat and sakit perut kena belah. hahaha..

Pada keesokannya, cerita atau drama budak cinonet tu lain plak. Bangun je terus melalak, aik apasal tiba-tiba je nih, menangis yang tak agak-agak. Kuat macam kena pukul. Time nih dalam pukul 10malam macam tu. Dalam 3 4 jam jugak try untuk cool kan Damia, bagi nenen, tukar diapers, dan paling kelakar tu dah tak tau nak buat apa, tukar baju 2 3 kali. Ada satu baju tu, mak wawa memang pantang bagi pakai, I suka sebab corak cantik, polka dot kan, sekarang baju tu dah kena sorok dengan my mom. hahaha ye lah mak.

Anak pertama ni, memang new thing, new experience bagi I and hubby nak get used dengan perangai Damia. But syukur alhamdulillah so far ok lagi takde nak meroyan ke apa. Stress, anak menangis mak menangis, drama dengan hubby sesi luahan perasaan jaga anak tu dah biasa. Syukur ada Mr.Fand and mak and mom-in-law yang bagi support. I can't imagine orang boleh pantang duduk sorang-sorang, mak bidan datang pagi je or I can't imagine jugak simply bagi kat maid jaga anak kita. Sebab inilah experience yang paling best and precious. Ha selama nih duduk berdua dengan huby kan, takde sapa kacau kan, skang nih, hamik kau.. hahaha..

Now, almost 2 months Damia dah get used dengan konsep, malam tidur siang berjaga. Bangun pukul 7am, then main-main tengok pocoyo kul 10 tidur semula. Petang after maghrib, tidur sampai pukul 2 pagi nak nenen, tukar diapers. Time nih dia akan menangis but we all dah tau, dalam kul 3.30am tu dia akan tidur sendiri. Macam nangis tu satu kewajipan bagi dia.  Dah puas baru tidur. Suka hati dia je kan. 

Yang best sangat, nangis nak nenen, bila dah bagi nenen dia akan pandang kita and senyum. MashaAllah anugerah tuhan.  

One of the ways to get Damia sleep. Agak berkesan jugak. Daddy's girl sangat.


Good luck mama2 semua.. :)

10 comments:

  1. tq wawa...good info untuk yg tgh menanti nih..

    ReplyDelete
  2. biasala wawa..setiap baby different gaye die...tp so far, Alhamdulillah la Thaqif x gitu...selalu pas susu die tdo semule..melalak kalo nk susu je..tp die ade ragam baru plak skang ni..budak membesar kan...

    ReplyDelete
  3. daddy's girl.. :) sama dgn anak dara i masa baby..bila dengan ayah dia akan lebih behave..

    ReplyDelete
  4. kite pun kalau dengar baby nangis, rasa cam kesian sangat.

    lagi2 kalau jenis nangis sampai kejat kejat tu. takut.

    Damia nak besar lagi ni, tu dia nangis je tu kot. take care mama. hehehe

    ReplyDelete
  5. hehe..comel damia tidur dgn daddy dia..:)

    ReplyDelete
  6. Salam wawa,
    Rasa nya baby masa kecik2 mmg mostly camtu. Suka nangis bfore tido anak sy 2 org prangai camtu jgk tp bila dah masuk 3 4 bulan dia ok sdiri dan ada sleep pattern dia.. InsyaaAllah ok nanti.
    Cakap pasal pantang, sy pantang srg2 jer ada suami jer la sbb bersalin kat oversea dan mak x dpt datang. Stress yg amat x tau nak ckp tp sabar jer lah alhamdulilah semua ok.

    ReplyDelete
  7. salam.. hai.. saya ad pengalaman mcm awak, n i suggest u bkk youtube belajar baby language.. trust me, iaiya berhasil.. setiap baby akan menangis dengan intonasi yg berlainan setiap kali menangis n kuasa seorang ibu boleh kenal pasti perbezaannya. dari setiap intonasi sebenarnya baby cuba memberitahu kita apa dia mahukan.. cari baby language by pricilla dunstan dlm youtube. dari situ kita boleh tahu sama ada baby kita menangis kerana lapar, or x selesa, perut x selesa atau sebb mengantuk. =)

    ReplyDelete

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers