Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Baby Stuff from Motherhood Expo, KLCC

Awal pregnancy lagi, saya memang dah decide nak ke baby expo di KLCC. Rasa teruja dengan baby expo tu, kalau dulu before kahwin pergi ke wedding fair, IT fair, tapi sekarang dah tak peduli dengan fair semua tu, saya lagi teruja dengan baby fair sekarang ni. 

Sesuailah dengan mode of preparation sekarang nih, nak settlekan semua barang dalam checklist, kami semangat ke KLCC. Jam 8am dah bersiap ke sana. Ye lah takut ramai orang, tak best plak bila traffic jam nanti. Awal-awal lagi dah set in mind, pergi expo ni akan spending so much hour, berjalan, berdiri, kalau cramps ke apa. Saya  redha.. bila dah excited, penat, cramp semua hilang.

Tips, untuk ke baby expo nih, kena penuhkan ilmu di dada mengenai barang yang kita nak beli. Jangan lupa gak checklist kena bawak. Ok, saya tak share lagi baby checklist. Coming soon will blog about it. Ok kena tau apa yang kita plan nak beli, sebab bila dah sampai sana baru nak terkial-kial apa nak beli, anda mungkin boleh lost atau over budget. Contoh, if nak beli breast pump, you all kena tau, brand apa, specifications, harga produk, boleh buat comparison dengan brand lain dan paling penting within your budget.

Ok, during expo tu, bila sampai je kat sana, kami terus disambut oleh gadis-gadis dari Medela. Macam tau-tau je kan memang kitaorang plan nak beli breastpump (saya plan nak fully breastfeed my baby-doakan success-insyaAllah). Plan nak beli freestyle tapi harga lebih kurang je kalau beli online dan sedikit teruja dengan promo set swing, finally bila discuss dengan Mr.Fand, kami decide beli Medela Swing, dan dapat FREE.. ok saya ulangi FREE Medela Citystyle worth RM269. Dengan price RM799 kami dapat 2 set terus. Memang berbaloi-baloi kan? Ini yang saya suka Baby expo nih, harga lebih murah dari biasa. Price nih include 1 year warranty (Medela Bangsar supplier). 

Apa yang ada dalam set ni ialah:

Medela: Swing Breast pump with 2-Phase With Calma Teat +
 Medela Citystyle Breast pump Bag +
Warranty: 1 Year Limited Warranty By Lactaequip Sdn Bhd

Isn't that real value for your money? 
Before nih, saya pernah survey, harga yang paling murah untuk set ini adalah RM899++. Itu pun tak sure ada warranty ke tak? Benda macam ni warranty penting, takut rosak ke kan, mana nak pergi repair. Btw, kalau you all ada jumpa harga yang lagi murah, please jangan bagitau saya ye. hihihi..

Baby stuff lain, we all beli susu botol. Bila si mak suka AVENT, dan si ayah suka TOMMEE TIPPIE.. inilah yang terjadi. Mak ayahnya lagi teruja. Doa-doa baby nak guna botol-botol ni ye sayang. *sambil gosok perut*

 2 botol Avent yang tak berkotak tu hadiah dari kakak Mr.Fand. Tak pernah guna pun. Since dari tu baru tau Avent ada dua jenis botol. 
Baru terfikir-fikir nak guna cloth diapers. Kata lagi murah (budget seumur hidup) if compare dengan disposal diapers. Brand Autummz. Harga promotion RM25/pcs. Baru beli 2 helai. Saya ada baca forum CD dari mommies. Diaorang need atleast 40pcs CD untuk sorang baby. Uiks banyak tu kan. Tapi Mr.Fand tak suggest sangat. Saya je yang beria, tak tau cukup rajin ke tak untuk guna CD. Tengok je lah nanti. :)


Doakan saya rajin nak menyental CD ni.. Design, colour memang cantik-cantik. No wonder ada mommies yang addicted dengan CD.

Soft toy, baby mittens. Dengan bangganya saya telah berjaya untuk tidak beli baju time tu. Rasa macam kurang kualiti dengan baju yang ada atau saya dah terfikir dari awal, habis shopping kat expo ni, nak ke Mothercare KLCC untuk shopping baju kat sana.. ;)


Soft toy dari Lamaze.. Sila cakap comel.. hihihi..

 Bedung moden dari Gugu ni saya dapat RM40, actually harga sama je kalau beli online, tapi sebab comel sangat terus je we all beli. Kita compare samada bedung moden atau bedung tradisional (main lipat-lipat) yang bagus.

Hasil tangkapan semua, spend RM1k++ jugak hari tu, kami dah bankrupt.. haha.. Baby stuff are not cheap..


Overall Motherhood expo KLCC ni memang best, even ramai orang tapi tak crowded, tak congest sebab ruang antara booth tu luas. Parents yang bawak stroller pun senang nak lalu. Pilihan pun banyak, semua kedai yang glamour macam, Madela, Avent, Autummz, Simple Dimple, One Baby World, dan banyak lagi lah. So, sediakan je duit banyak-banyak ye. Harga pun ok, murah dari online atau kat kedai. Tapi memang tak boleh tawar menawar, harga dah fix murah. 

Lets check baby expo atau baby fair for coming soon, kami nak terjah.. :)

Monday, 21 January 2013

Shopping For Mama-To-Be

Since ramai orang cakap, baru 5months++ (23weeks) so masih awal lagi nak beli barang for baby. So, kita shopping lah barang mama-to-be. Banyak baju yang dah tak boleh pakai. Heel pun dah tak boleh pakai lagi. Inilah masanya kita cari apa yang perlu ek. Actually ada survey barang baby, yup! memang cute, comel sangat, mostly yang colour pink tu, geram je tengok but Mr.Fand cakap tunggu dulu 6months++ baru boleh shopping. So tahan je ye.  

Actually pregnant berapa bulan baru boleh shopping barang baby ek?
Last weekend, saja ke Sogo, Jalan TAR. Lelagi Sogo kan,tiap2 hari pun ada SALE!. Bila dah berjalan tu, memang tak ingat diri ni tengah pregnant. Dengan berjalan laju, selamba je, but at one point saya akan rasa mengah and barulah teringat dalam perut ni ada baby.

Barang pertama yang paling penting ialah kasut untuk pergi kerja, selalu pergi berjalan guna fit-flops je. Kasut ni memang selesa, ala-ala berjalan atas span gitu.


 Mengada, sebab ternampak Fasha Sanda pakai peplum time preggy. Saya nak jugak. So colour pun amik yang earth colour gitu, tak mo dah kaler bright sangat. Beli di Jalan TAR RM40


Tak puas dengan tu, balik tu sempat lagi ke Alamanda, antara yang berjaya di beli. Handbag paling besar yang pernah saya beli. Senang nanti semua barang baby dan barang saya sumbat je dalam ni.

 
Thanks Mr.Fand. 
Sempat lagi dia pesan, Jangan beli your stuff lagi. Semua budget untuk baby je ok after this!
Baik boss..
^_^

Friday, 21 September 2012

Jom! Jumpa Di Sana!!


Jom, boleh wawa bagi tutorial free kat sana nanti. See you there pretty ladies!! :)

Tuesday, 3 July 2012

MAC Private Sale!!

Awesome, super murah, the best produk make-up ever. Discount up to 70% untuk MAC. Memang crazy SALE. Masa pergi tu menggila. tengok tu nak, tengok ini nak sebab harga sangat murah!! Contoh lipstick 1 RM80 dapat 4 with RM80 di private SALE ni. Untuk semua barang, blusher (main lanting-lanting je) lipstick, eyeshadow, lipliner, eyeliner. Semua I beli. Worth every cent!

I'm glad sebab dapat invitation dari my best friend blogger, Thanks so much pada Noor Al-Hameed sebab sudi ajak I join sekali. Love you. Member in crime Ami.
Suka semua barang time tu. Eh MAC hokey, siapa yang tak suka? 

After dah puas bershopping, we all mestilah amik gambar together. (sebab time shopping diharamkan bawak masuk camera) 







Makeup baru saya!! *lompatbintang*



Kalah mak andam.. :)

What I wore:

WAFFAA scarf colour MILO BROWN (my favo colour)
Blazer from H&M
Polka Long Skirt from thepoplook
Accessories Forever 21

Thursday, 21 June 2012

Percayalah!

Bila sebut handbag branded, mesti kita akan imagine beli kat butik besar, mesti beli kat KLCC, PAVILION or shopping complex yang parking sejam RM10 mcm tu kan? Tapi sekarang ni handbag mahal beli online. Macam rasa tak kena or something's wrong somewhere. Itu pendapat peribadi I lah. 
Tapi nothing is imposible kan, bila blogwalking sekali terjumpa website yang jual handbag riban riban melalui online.
Hurm betul ke ni? Original ke ni? Mana diaorang dapat stok and banyak lagi soalan lah.

Tapi bila jalan-jalan tu, terlihat satu bag ni. Fuyoo cantiknya. Cuba tengok price bawah tu. 
Oh RM580 jer!!



Longchamp Planetes Short handle / Medium Large- RM580 only~!
Longchamp Planetes Short handle / Medium - RM499 only~!


Apa pendapat you all? pernah ke beli handbag riban-riban thru' online? boleh percaya ke? unless yang jual tu member you all lah kan. 
(makna sebenarnya:) nak beli handbag tu tapi macam tak berapa pasti ok ke tak. I meant boleh percaya ke tak? What do you think beli handbag thru online?
Kalau pernah blog apa you all deal with?

Oh longchamp!!! :)

 



Favourite Kedai Shopping

Ok ok meh sini saya jawab ye. Dengar baik-baik mana I beli baju-baju ni. Ramai sangat dah tanya via emel, whatsapp, instagram, twitter, facebook dan semua jenis media sosial yang ada, Macam-macam soalan, "Please dear, mana you beli this tops?" So entry ni sesuai untuk you all. (habislah rahsia kejelitaan I, it's ok bak kata Dato' CT rahsia ku milikmu) ;)

Cerita dia macam ni, time tu pergi berjalan ke IKEA, bersama hubby tersayang, tup tup terfikir, lama dah tak pergi IKANO. Kami pun menuju IKANO. on my way nak ke IKANO tu lalu kedai-kedai makan semua dan disitu lah ada terjumpa tops yang sangat menghairahkan. Memang cantik collection kat situ dan harga sangatlah berpatutan.

Sesiapa nak pergi kedai ni landmark dia, parking dekat IKANO, lower ground floor, berderet dengan food court kecil bawah tu, ada ATM machine CIMB and MAYBANK, restoren Ketam Village Steamboat, Kedai kuih muih MAMA Nyonya, and near the underpass heading towards theCurve, Nama kedai LOVE IT!

Banyak baju or dress or cardigan cantik-cantik. Harga memang murah.





Pinjam gambar dari google.

Untuk tops yang bawah ni, I lupa apa nama kedai dia tapi beli time AZYA' Bazaar. Kota Damansara. Nama penjual tu JUICE. nati I try find out balik apa nama booth tu. Siapa pergi AZYA' Bazar tu, dia depan booth Rina Salleh. Any idea? Atau pun I ada ternampak tops yang sama dijual di butik LAWALAWA.. :)

Cepat terjah!!!

Untuk scarf tu absolutely dari WAFFAA scarf.



 Haih tauke kedai kena bagi komisen sikit patutnya ni.. :)

Ok sekarang dah share. Boleh tolong I pulak, mana nak beli this wedges/kasut merah. Maybe ada adik, kakak, makcik or friends you all jual, atau terjumpa time tengah surfing tu. Let me know ok. Suka tengok amoi-amoi kat HongKong tuhari pakai, tapi bila nak beli semua pig lining. erkkk. Tension kita. 


oh sedikit pesanan penaja. If time you all pergi tu takde tops yang dimaksudkan, jangan marah ek. ;)

Wednesday, 20 June 2012

Wawa Si Belang

Bila nak pergi event, or keluar hangout with Mr.Fand mesti fikir apa nak pakai. Pergi Alamanda untuk dinner je pun kadang termenung depan almari tu, sigh (what to wear?) Apa maknanya tu dah terbanyak sangat baju or baju tak cukup (oh mungkin tidak) Sampai tak muat I punya almari ukuran 10kaki tu, Amik sikit ruang almari Mr.Fand. Sabar je lah ek sayang. :)

Last night nak keluar dinner je pun, after mandi boleh duduk terfikir apa nak pakai. Kan senang kalau ada orang nak tolong fikir kan baju apa nak pakai, sesuai ke tak. Oh! tolong la Puan Wawa nak keluar dinner kat Alamanda je pun. lol..

Ok bila tarik-tarik tops yang ada, first tarik tops stripe, lagi stripe, eh stripe lagi, belang lagi, berapa banyak belang dah. Boooorrrinnnggg!!!


 Ni antara baju yang berjaya ditarik keluar. Ada lagi terselit-selit celah lipatan maxidress and shawl. Oh my goodness memang kena buat jualan murah ni untuk let go. Honestly ada yang tak pakai lagi tu. Apasal lah obsess sangat dengan pak belang.


Sebab boring with belang-belang.
Lastly, I go with polkadot. Boleh?

Friday, 1 June 2012

Oh My.. Mana satu ni?

Hi friends. 

Happy Friday and rasa sekejap sangat dah Jumaat. But minggu ni rasa lama je. Ok whatever. Bukan nak cerita pasal hari-hari but today i nak you all tolong pilih which handbag sesuai dengan I. Orait you all sangat awesome and best that why selalu I akan let you all pilihkan for me.. :)

Ha check it out.. 

Bag A
 

Bila I pakai beg ni rasa "welcome back to school" maybe colour dia ko. But I suka that design. :)


Bag B

Too small for me. Mana nak letak DSLR nati. 

 

Bag C


Cuba check kot kot ada duit dalam ni. :)


Muka still tak puas hati, terus pusing kedai sampai penat assistant kat kedai tu dengan kitaorang.. :)

Bag D


 Class gitu!


Bag E

Wow sweetnya. :)


Oh oh semua ini membuatkan hatiku sungguh tak tenteram. Nasib datang dengan my niece, kalau with Mr.Fand mesti dia stress or balik without any bag. Btw, my niece sangat straight forward and jujur orangnya. Kalau tak sesuai terus je, 'this bag totally out!' So senang sikit bagi I nak pilih. 

After survey punya survey, finally we all decided which bag yang I suka, berjaya mendapat handbag kegemaran.

Last but not least, you all rasa bag mana I beli or which bag sesuai with me? ;)
Share with me your answer. 

Location: Charles & Keith, Johor Premium Outlet
Oh, a lot of girlfriends tanya, apasal nampak selalu sangat pergi JPO, well I kan orang JB and if balik Johor memang akan pergi sebab dekat, ala-ala belakang rumah gitu.. ;)

Love!


Thursday, 31 May 2012

Jom Shopping


R U G G E D Sophistication | 31 May 2012
Don't miss out ♥ See you there :)
Facebook prettychase

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers