Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, 29 April 2013

Hospital Bag

Since sekarang dah 37weeks, baru siap pack barang untuk bawak pergi hospital. Ada lagi dalam 21 days to go before dapat berjumpa dengan little one kalau ikut due date lah, if baby keluar awal, atau pun ditakdirkan wawa c-sect sebab kes ini, awal lah kami boleh jumpa baby. Apa yang penting kerjasama semuanya berjalan lancar dan baby sihat.. Amin.. InsyaAllah..

So, to be safe, saya dah siap sedia kan bag hospital, terfikir nak letak dalam kereta siapa plak bag hospital nih ataupun standby je kat rumah. ok itu tak penting, yang penting semua dah ready to go. 

Inilah barang-barang yang nak dibawa, tak tau banyak sangat ke apa, tapi follow list yang wawa dapat dari internet lah, dan yang nurse ajar sewaktu antenatal class tuhari. 




So ini merupakan bag hospital for my baby.


Jom kita selak apa ada dalam bag ni.

 
Bag from simple dimple.Bag ni memang bagus, Mr.Fand yang nak beli sangat, saya lebih suka bag diapers biasa ala-ala bag balik kampung tu, tapi bila letak semua stuff dalam bag ni, fuh muat, memang senang sebab siap dengan compartment untuk letak diapers, baju. Berbaloi-baloi. Takdelah nak cari barang nati kena selongkar sampai ke dasar bag tu. Fully recommend kepada you all yang nak mencari diapers bag. 

Yang paper bag merah dalam tu, ialah bag yang nurse awal-awal dah pesan untuk asingkan. If bersalin kat FPP Putrajaya lah, untuk nurse hospital lain tak sure. So senang encik suami korang nak bagi pada nurse untuk sambut baby nanti, takdelah nak kena selongkar semua balik atau bagi pada nurse semua barang dalam bag ni. 

Anyway, ni barang2 yang ada dalam hospital bag baby.
 

Diapers (5 pcs)
A pack of baby wipes
Towel
Blanket
Barut (2pcs)
Toiletries
Minyak Telon
Baby Oil
Handkerchief (2pcs)
Baju short sleeve (1pcs)
Baju long sleeve (1pcs)
Rompers (2 pairs)
Mitten + Booties (4 pairs)
Bonnet (2pcs)
Bantal

 
For myself (tiada dalam gambar):
Kain Batik (2pcs)
A front button T-Shirt
A set of disposable panties (5 pcs)
Maternity pads (5 pcs)
Towel
Socks (2 pairs)
Scarf (2 pairs)
Maternity dress (to wear on the day I'm going back home)
A zapper, bengkung moden
Telekung
Nursing bras
Disposable breast pad (5 pairs)
A pack of tissue
Minyak Herbanika NR
1m white cotton cloth (for placenta)
Few plastic bags (for laundry)
Toiletries
Phone charger
Dates (kurma) / Milo 3-in-1 for energy

Siap!!

Alamak apasal tiba-tiba rasa nervous pulak nih. *_*

Semoga semuanya selamat. 

Amin

Friday, 26 April 2013

Akar Bunga Fatimah

Rasanya semua dah tau berkaitan dengan akar bunga fatimah, atau ada yang panggil sanggul fatimah, whatever nama pun, mesti semua orang tahu fungsinya. Salah satu cara atau usaha untuk permudahkan bersalin. Semua dengan izin-Nya. 

Ada yang cakap rendam dengan air zam zam, rendam dengan air biasa dan baca doa untuk dijadikan air selusuh, tapi macam wawa, rendam je dengan air biasa dan minum. Tak perlu nak taksub sangat, takut boleh jadi syirik, kita usaha je niat yang baik-baik. 



Banyak cara nak guna akar bunga fatimah antara cara yang saya apply ialah:

1- Seminggu nak bersalin rendam bunga ni, jangan rendam awal-awal sangat. 
2- Masa 7 bulan rendam dengan air paip untuk buat mandian dan sapu kat perut dan seluruh badan. Bila hampir bersalin boleh rendam dan minum dengan air biasa. 

3- Ketika kandungan berusia 9 bulan, minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, selawat dan berdoa. "Ya Allah permudahkan proses kelahiran ku".. Amin
5- Habis guna boleh jemur dan akan kucup balik. Simpan untuk diguna lagi kalau nak bersalin yang seterusnya ataupun kalau ada adik beradik atau kawan-kawan nak pinjam boleh share.

Pada sesiapa yang nak dapatkan Akar Bunga Fatimah ni, boleh dapatkan dari saya ok. Boleh emel kat wawa.tasliman@gmail.com untuk order. 

Sharing is caring.. 

Friday, 22 February 2013

Zikir, Doa Mudah Bersalin

Hari-hari berdoa semoga dipermudahkan untuk bersalin. Kalau rasa ada salah dengan Mr.Fand pun cepat-cepat salam mintak maaf. Takut effect susah nak keluar baby nanti. Antara zikir dan doa yang saya ada terbaca. Jom kita amalkan. Bagi yang sukar atau ditimpa masalah boleh juga baca dengan hati yang ikhlas. Allah Maha Pendengar, Maha Pengasih lagi Mengasihani. 

Al-Fatiha

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Al-Abasa : 20

  

"Kemudian jalannya dimudahkan"

Al-Anbia' : 87-88

 "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
 

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)
  
"Allahumma yassir, wala tu'assir, rabbi tammim bil khair"

Maksudnya : Wahai Tuhanku, mudahkanlah dan janganlah Engkau payahkan, wahai Tuhanku, sempurnakanlah dengan kebaikan.

Ya Allah...mudahkanlah segala urusan. Amin..

Wednesday, 20 February 2013

Baby Fair / Baby Expo / Motherhood Expo 2013

 Ok boleh mark kat kalendar sekarang. Untuk 8-13 May tu tak sure saya masih larat lagi ke nak pergi. Kalau ikut perasaan memang excited je nak pergi. 

Boleh start menabung dari sekarang.. :)


Motherhood Expo 2013
Dates: 1 to 3 March 2013
Time: 10.30a.m. to 9p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: Harenet website here



5th Maternity & Children Expo

Dates: 5 to 7 April 2013
Time: Information not available
Venue: Mid Valley Exhibition Centre Halls 2 & 3
Organiser: The Concept Exhibition (M) Sdn Bhd
Website: Mid Valley Exhibition Centre events page here

Mom & Baby Expo
Dates: 8 to 13 May 2013
Time: Information not available
Venue: Mid Valley Exhibition Centre Halls 1, 2 & 3 Foyer
Organiser: Today Publishing Sdn Bhd
Website: Mid Valley Exhibition Centre events page here

Parents and Kids Expo 2013
Dates: 30 August to 1 September 2013
Time: 10.30a.m. to 9p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: Parents and Kids Expo website here

9th IBEX International Baby Expo
Dates: 15 to 17 November 2013
Time: 10:30a.m. to 9:00p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: IBEX website here
Jangan lupa bawak checklist bersama, takut ada yang tertinggal atau terlebih beli pulak. *reminduntukdirisendiri*

Friday, 15 February 2013

Sharing Is Caring: Alphabet Bunting

Tengah mencari idea untuk decorate bilik baby, ternampak pulak blog yang share (free) bunting. Sangat adorable. Sangat sesuai untuk baby shower, birthday, or bilik baby. 



Now, time untuk saya fikir macam mana nak setup bilik baby biar jadi cantik. Idea macam gambar di bawah..

Boleh tengok website pinterest..




Friday, 19 October 2012

Kempen Terbaik!!


Bila ternampak campaign ni. It's good bagi semua yang berhijab..

Let me share.. 
 
Lets lower down your tops and cover the butt
Lets lower down our hijab and cover the chest area.
 Put less of make up, say no to eyebrow trimming and false eyelashes.
Wear loose clothes, socks and don't forget
Pakai socks maybe coming soon. InsyaAllah. Mula pakai mesti akan rasa pelik tapi bila dah biasa, mesti akan jadi satu keperluan. 

Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman)
melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada mereka 
(An-Nur : 31) 

Ok for those masih tercari-cari scarf raya untuk baju raya Aidiladha you all, jom terjah WAFFAA blog. 
Masih ada lagi colour yang cun, menarik tertarik
dan sorry sudah ada colour yang SOLD OUT.
Material chiffon dan easy wear..
 
See you there!!

Wednesday, 10 October 2012

Mulianya Ibu Mengandung Di Sisi Allah

I don’t exactly know where this tips from but I personally think it is good to share with all of you..

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Mulianya ibu mengandung di sisi Allah. 

Semoga kita semua lebih diberkati oleh-Nya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dijauhkan kemungkaran, dilindungi dari fitnah manusia dan godaan syaitan. 
Amin amin ya rabbal al-amin..

 

Thursday, 27 September 2012

Sharing Is Caring

The famous dua which is known as Tasbi E Yunus

InshaAllah, through this amal one could fulfill any need or resolve any problems like:
 
1. Fulfill any valid and lawful need.
2. Overcome any difficulty.
3. Marriage issues.
4. Fulfillment of heavy debts, overcome poverty and financial issues and for richness and wealth.
5. To overpower enemies.
6. To find good job or employment.
7. To win a court’s case.
8. Release from imprisonment.
9. To get Children.
10. Overcome famine and drought.
11. For Rain.
12. Defeat and overpower enemies and tyrant leaders.
13. Treat deadly incurable disease and sickness.
14. Cure any type or kind of magic.
15. To drive out any type and any number of Jinn’s from the body or homes.
16. To halt and stop the magicians / sorcerer’s and his helpers from causing harm by redoing the magic and casting new spells.

Inilah ayat yang mak wawa pesan suruh amalkan baca setiap hari.

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers