Wednesday, 13 March 2013

30 Minggu Dah!

Fuh! It's mid March now bermaksud dah masuk 30week. Can't believe time flies! Ada lagi 10minggu atau lebih kurang 2 bulan plus to my EDD, kalau paling awal pun 6minggu. Kalau nasib memang baik, baby keluar 20 May sebab sama tarikh lahir dengan Mr.Fand. So nanti baby boleh celebrate birthday dengan papa dia. InsyaAllah (semoga semuanya dipermudahkan) Amin. 

I've been carrying a baby girl insyaAllah in me for 7 months plus already ;)

So far, saya dah alami masalah susah nak tidur. Bila baring tegak my back akan sakit dan sesak nafas. Bila baring mengiring samada kiri dan kanan, barulah selesa. Tapi imagine je lah sampai bila boleh baring mengiring mesti akan tersedar untuk ubah posisi. Kadang rasa dah penat tidur, tengok jam baru pukul 3am. Nak tak nak kena sambung tidur untuk rest. Bila mengadu dengan obGyn dia pesan kena amik kalsium, itu tanda kalsium tak cukup dalam badan. Adoi, baby amik kalsium banyak sangat, mama dah makan primelet still tak cukup. ok demi baby tersayang, saya makan gak kalsium yang disuggest oleh doktor. 

Selalu gak malam mimpi macam-macam, mimpi bersalin lah, mimpi ada baby lah, mimpi bawak baby pergi jalan-jalan. You all ada mimpi yang sama ke? So far ok je takde lah nightmare sangat.

Alhamdulillah, kaki saya takde bengkak, obGyn puji sebab amik air yang cukup. Yup saya memang amik air at least 1 liter sehari untuk sihat dan kuat. hihihi. Kuat berjalan, kesana kemari, excersice di shopping mall sangat bagus untuk masa nih. Totally berat saya naik.. naik banyak.. malu nak share ok. Totally 9kg.. arghh tension sangat. Makan selera je, tapi makan sikit perut dah mengeras. Btw, dinner can never be enough for me. haha..

Kulit alhamdulillah ok jugak, strech-mark tak keluar lagi. Hari-hari sental dengan scrub and bio oil, hopefully takdelah timbul sampai baby keluar nanti. 

Baby sangat active sekarang, kicks, swimming, dancing dalam perut, especially at night. Little one akan react bila Mr.Fand panggil dan gosok perut. Sometimes the kicks actually 'hurt' and I feel like she kicks my bladder, makes me wanna pee.

Antara simptom lain;

-start minggu lepas dah mula rasa baby hiccup dalam perut..
-dah mula nampak perut mama berombak2.. 


Baby bump at 30weeks. Nampak takdelah besar sangat, tapi dah rasa berat gila, tak tau apa yang berat, belakang pun dah sakit. 







Counting 10 weeks to go, but so far my pregnancy is my most enjoyable time. Sampai termimpi-mimpi pegang baby sendiri, honestly I enjoyed every single moments from day 1 sampai sekarang. Alhamdulillah.

Monday, 11 March 2013

Baby Stuff from Motherhood Expo, KLCC

Awal pregnancy lagi, saya memang dah decide nak ke baby expo di KLCC. Rasa teruja dengan baby expo tu, kalau dulu before kahwin pergi ke wedding fair, IT fair, tapi sekarang dah tak peduli dengan fair semua tu, saya lagi teruja dengan baby fair sekarang ni. 

Sesuailah dengan mode of preparation sekarang nih, nak settlekan semua barang dalam checklist, kami semangat ke KLCC. Jam 8am dah bersiap ke sana. Ye lah takut ramai orang, tak best plak bila traffic jam nanti. Awal-awal lagi dah set in mind, pergi expo ni akan spending so much hour, berjalan, berdiri, kalau cramps ke apa. Saya  redha.. bila dah excited, penat, cramp semua hilang.

Tips, untuk ke baby expo nih, kena penuhkan ilmu di dada mengenai barang yang kita nak beli. Jangan lupa gak checklist kena bawak. Ok, saya tak share lagi baby checklist. Coming soon will blog about it. Ok kena tau apa yang kita plan nak beli, sebab bila dah sampai sana baru nak terkial-kial apa nak beli, anda mungkin boleh lost atau over budget. Contoh, if nak beli breast pump, you all kena tau, brand apa, specifications, harga produk, boleh buat comparison dengan brand lain dan paling penting within your budget.

Ok, during expo tu, bila sampai je kat sana, kami terus disambut oleh gadis-gadis dari Medela. Macam tau-tau je kan memang kitaorang plan nak beli breastpump (saya plan nak fully breastfeed my baby-doakan success-insyaAllah). Plan nak beli freestyle tapi harga lebih kurang je kalau beli online dan sedikit teruja dengan promo set swing, finally bila discuss dengan Mr.Fand, kami decide beli Medela Swing, dan dapat FREE.. ok saya ulangi FREE Medela Citystyle worth RM269. Dengan price RM799 kami dapat 2 set terus. Memang berbaloi-baloi kan? Ini yang saya suka Baby expo nih, harga lebih murah dari biasa. Price nih include 1 year warranty (Medela Bangsar supplier). 

Apa yang ada dalam set ni ialah:

Medela: Swing Breast pump with 2-Phase With Calma Teat +
 Medela Citystyle Breast pump Bag +
Warranty: 1 Year Limited Warranty By Lactaequip Sdn Bhd

Isn't that real value for your money? 
Before nih, saya pernah survey, harga yang paling murah untuk set ini adalah RM899++. Itu pun tak sure ada warranty ke tak? Benda macam ni warranty penting, takut rosak ke kan, mana nak pergi repair. Btw, kalau you all ada jumpa harga yang lagi murah, please jangan bagitau saya ye. hihihi..

Baby stuff lain, we all beli susu botol. Bila si mak suka AVENT, dan si ayah suka TOMMEE TIPPIE.. inilah yang terjadi. Mak ayahnya lagi teruja. Doa-doa baby nak guna botol-botol ni ye sayang. *sambil gosok perut*

 2 botol Avent yang tak berkotak tu hadiah dari kakak Mr.Fand. Tak pernah guna pun. Since dari tu baru tau Avent ada dua jenis botol. 
Baru terfikir-fikir nak guna cloth diapers. Kata lagi murah (budget seumur hidup) if compare dengan disposal diapers. Brand Autummz. Harga promotion RM25/pcs. Baru beli 2 helai. Saya ada baca forum CD dari mommies. Diaorang need atleast 40pcs CD untuk sorang baby. Uiks banyak tu kan. Tapi Mr.Fand tak suggest sangat. Saya je yang beria, tak tau cukup rajin ke tak untuk guna CD. Tengok je lah nanti. :)


Doakan saya rajin nak menyental CD ni.. Design, colour memang cantik-cantik. No wonder ada mommies yang addicted dengan CD.

Soft toy, baby mittens. Dengan bangganya saya telah berjaya untuk tidak beli baju time tu. Rasa macam kurang kualiti dengan baju yang ada atau saya dah terfikir dari awal, habis shopping kat expo ni, nak ke Mothercare KLCC untuk shopping baju kat sana.. ;)


Soft toy dari Lamaze.. Sila cakap comel.. hihihi..

 Bedung moden dari Gugu ni saya dapat RM40, actually harga sama je kalau beli online, tapi sebab comel sangat terus je we all beli. Kita compare samada bedung moden atau bedung tradisional (main lipat-lipat) yang bagus.

Hasil tangkapan semua, spend RM1k++ jugak hari tu, kami dah bankrupt.. haha.. Baby stuff are not cheap..


Overall Motherhood expo KLCC ni memang best, even ramai orang tapi tak crowded, tak congest sebab ruang antara booth tu luas. Parents yang bawak stroller pun senang nak lalu. Pilihan pun banyak, semua kedai yang glamour macam, Madela, Avent, Autummz, Simple Dimple, One Baby World, dan banyak lagi lah. So, sediakan je duit banyak-banyak ye. Harga pun ok, murah dari online atau kat kedai. Tapi memang tak boleh tawar menawar, harga dah fix murah. 

Lets check baby expo atau baby fair for coming soon, kami nak terjah.. :)

Monday, 25 February 2013

Sakit Gigi

I know, sakit gigi macam perkara biasa, tapi bila sebut je sakit gigi time pregnant ni. Memang perkara luar biasa bagi saya. Dengan kita nak control keadaan kita sekarang ni, boleh pulak tiba-tiba datangnya sakit gigi. Saya kena admit, ibu mengandung perlu 1,200 hingga 1,500mg kalsium per day, don't know whether saya amik cukup kalsium ke tak. Rasanya tak cukuplah kot, sebab saya boleh sakit gigi ni kan?

*insert cry here*

Honestly saya dah pernah pergi cabut gigi di awal trimester. Yup dah cabut, that mean dah hilang lah gigi geraham kesayangan ni. But now saya sakit gigi sebelah yang dah cabut tuhari. Can you imagine that! Tak tau plak sakit gigi ni boleh berjangkit. Sebelum pregnant tak pernah pun sakit ok.

*insert loud cry here*

Sekarang nih kalau boleh nak bertahan kita tahan, buat tak tau je perasaan sakit nih. Selama manalah mampu nak bertahan kan. Kalau tak tahan terpaksalah pergi cabut. Adoi rongak lah saya nanti. Kalau nak pergi tanam gigi mau dekat RM5k+. Ada sesiapa boleh suggest klinik kerajaan yang boleh buat implan gigi yang elok? 

Actually ibu mengandung boleh kalau nak pergi cabut gigi. Saya memang mintak advise dengan my ObGyn before pergi tu. Doktor advise jangan stress dan cari dentist yang boleh harap. Bukan macam dentist time kita kat sekolah dulu ok. Gigi pecah dan kadang ada tertinggal lagi. Haha dengar pun dah seram. In other hand, bukan kita tak jaga gigi ok, sebab Mr.Fand kata, u tak gosok gigi ke? Sabar je lah kan. In the end dia jugak kena bayar untuk kes cabut gigi haritu. Oh lepas dah cabut gigi tu alhamdulillah takde apa. Hilang stress sakit, but now sakit tu datang lagi.

*louder cry here*

Friday, 22 February 2013

Zikir, Doa Mudah Bersalin

Hari-hari berdoa semoga dipermudahkan untuk bersalin. Kalau rasa ada salah dengan Mr.Fand pun cepat-cepat salam mintak maaf. Takut effect susah nak keluar baby nanti. Antara zikir dan doa yang saya ada terbaca. Jom kita amalkan. Bagi yang sukar atau ditimpa masalah boleh juga baca dengan hati yang ikhlas. Allah Maha Pendengar, Maha Pengasih lagi Mengasihani. 

Al-Fatiha

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Al-Abasa : 20

  

"Kemudian jalannya dimudahkan"

Al-Anbia' : 87-88

 "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
 

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)
  
"Allahumma yassir, wala tu'assir, rabbi tammim bil khair"

Maksudnya : Wahai Tuhanku, mudahkanlah dan janganlah Engkau payahkan, wahai Tuhanku, sempurnakanlah dengan kebaikan.

Ya Allah...mudahkanlah segala urusan. Amin..

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers