Wednesday, 24 April 2013

Contraction & Teknik Pernafasan

Jangan terkejut dengan tajuk ni, saya sebenarnya takde lagi rasa contraction or keluar tanda-tanda bersalin lagi. Ada member dah whatsapp, 'wawa dah bersalin ke?' belum lagi ye kak. Cuma ni nak buat pengakuan bahawa saya tertanya-tanya camner rasanya contraction tu. 

Bila tanya pada akak-akak office ada yang rasa cramp, muscle tegang disekitar belakang dari punggung ke bawah. Ada rasa nak membuang, ada rasa sakit kat ari-ari. Saya yang dengar ni pun, ternganga, camnerlah ek rasanya. Memang tak dapat nak imagine. 

Selain tu, braxton hicks dengan real contraction macam mana nak bezakan. Real one punya dengan tipu punya. Banyak dah baca tapi masih tak dapat nak imagine. So, in the end tak nak pening-pening kan kepala, berdoa je semoga semua dipermudahkan. 

Actually, dah set dalam kepala sakit contraction bila ada tanda-tanda macam blood keluar, or air ketuban pecah. Bila perut sakit, urat tegang, perut mengeras dalam jarak masa yang sama contoh 5 hingga 10 minit sekali, itu lah real contraction.

Bila tanya Mr.Fand, 
'macam mana agaknya sakit contraction tu ek?' 
'Ala, u tak payah fikir-fikir sangat, if u rasa sakit, bagitau je, i terus bawak pergi hospital' 
'Sigh!'
^_^

Selain dari contraction, teknik pernafasan untuk push penting kena amik tau. Ini pun nasihat dari member yang dah ada pengalaman. 
So based on pengalaman member, tanya doktor, dan info dari google, teorinya adalah:

1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tue)
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak 
6. baca doa nabi yunus, atau ayat-ayat quran untuk memudahkan bersalin.
7. tips tambahan: perlu support moral dari husband. 
Tapi, member wawa dah cakap awal-awal kadang realiti tak semudah teori. 'cakap memang senang' so kenalah prepare dari awal.

Pandai cakap kan? hihi..
Hanya boleh berdoa semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. 


2 comments:

  1. MQ dulu anak first pecah air ketuban..tapi kelakar boleh relax lagi jalan2 semua.. ingatkan terkencing.. bila call doctor, dia ckp cepat gi hospital, tu air ketuban la tu... nasib baik cepat..hampir nak admitted sebab leaking n belum due sebab still 33weeks.. tp bb nak sgt keluar check 6cm dah...hope 2nd one ni keluar ikut due la ;)

    ReplyDelete
  2. aa cuak2..moga kita sama2 dipermudahkn :)

    ReplyDelete