Wednesday, 26 September 2012

Perihal Kereta Baru



Even tho' ada kereta baru, MYVI tetap dihati...
Oh tips orang kata ye, buka saya kata. If nak berbual pasal nak beli kereta baru jangan dalam kereta lama. Takut kereta meragam. 

Let me share tips pada sesiapa nak let go kereta, firstly, boleh tanya dengan broker berapa market price untuk kereta you all, tahun bila beli kereta tu.  Untuk kereta yang dah modified tu lampu tukar kaler lah, spot-rim tukar lah. , jangan harap kereta dapat harga mahal, takut-takut harga lagi murah adalah kot. Kena check balik. Tapi harga based on tahun yang you all beli. 

 Contoh macam MYVI ni tahun 2006. So broker kata market price boleh dapat RM26k. Lagi satu please check berapa baki hutang kereta di bank. Macam saya ni, bayar memang cantik takde skip pun, so hutang tinggal RM6k. Bila jual MYVI tu dapatlah cash RM20k. Ada kes tu, market price rendah tapi hutang banyak lagi. Pada yang kena topup untuk tukar kereta, advice saya fikirlah 40kali. Tunggu je lah dulu ok. Tapi bagi kereta macam Perodua, Toyota dan Honda harga memang tinggi sebab antara kereta laku macam goreng pisang panas. 

Ada yang jual dan uruskan sendiri contoh jual thru' mudah, carlist bagi used car. Itu adalah ikut kreativiti you all. Maybe dapat harga lagi mahal. Oh silakan. Kitaorang takde masa untuk cari new buyer. Broker tu pun kawan kepada abang wawa. So, senanglah cerita. Memang trusted. 

Bagi yang dah berangan-angan kereta idaman apa, pergilah buat survey kat pusat jual kenderaan. First sekali kereta yang we all nak ialah Honda Civic tapi, kenapa?? kenapa?? Honda Civic 2012 dah keluar new design yang bagi we all sangat tak awesome. Memang tak cantik. Design tak memenuhi kehendak yang we all nak. Kalau beli kereta yang tak suka buat apa? Drive sambil pejam mata ke? No way, biar yang puas dihati. Tak mungkin lah jugak kita orang nak beli Honda Civic second-hand, biarlah kereta baru, bau kedai dan ada plastik. Ha gitu!! Survey lagi, Toyota Vios TRD pulak, tapi you all just imagine family wawa 4 orang dah pakai Vios. Kami nak kan perubahan! Kereta Malaysia memang bukan dalam list sebab dah banyak sangat dengar cerita tak best. Last but not least kami sepakat untuk amik kereta ni. Jeng jeng jeng, new model, memang awesome, bila test drive memang heaven. So tanpa membuang masa kita orang terus letak deposit. 

Dengan cash RM20k jual MYVI tu, kami tambah sikit untuk budget bayar monthly installment rendah. Within Mr. Fand punya budget lah. Dalam masa seminggu tu terus meng'apply loan.  If takde masalah dengan gaji, dalam masa 3 hari je loan bank boleh approve. Dokumen yang penting macam slip gaji, bank statement, driving license and photocopy IC kena sediakan. Takde pulak mintak salinan degree lah. Maybe banker tu dah kenal dengan abang wawa. 

Semua urusan tu dibuat di Johor ye. Saya kan anak jati Johor. Bila nampak no plat J tu, ingatlah wawa.. ^___^

Tak lama urusan beli kereta baru tu, dalam 2 minggu macam tu dah dapat. Btw, we all sempat lagi pergi JPJ untuk dapatkan nombor gabungan menarik. ha gitu. Taknak dah main taram je nombor tunggang langgang. 

So inilah handphone baru wawa, eh kereta baru kami.. Ok muka takde perasaan bersama kereta yang wajib bayar hutang dengan bank RM100k++ including interest. Terima kasih bank!


Sekian, terima kasih!

Jom pergi jalan-jalan.

20 comments:

  1. phewitttt sis.hondaa tuu. balik jb sila bawak kite jalan2 naik kereta baruuu niii. hihi

    ReplyDelete
  2. wah.. memang awesome.. warna putih plak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang awesome, puas hati dengan kereta nih.. :)

      Delete
  3. Nak tumpang! he he..

    ReplyDelete
  4. nak tumpang kete baru wawa boleh..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah asyik.. awak datang sabtu ni ok.. :)

      Delete
  5. wahhh...honda tueee. kelas ah :D

    ReplyDelete
  6. Cantik la warna putih :) kita pon anak jati johor :P

    ReplyDelete
  7. marilah bangi.hehe =D
    bestnya kereta baru.hutang pun baru.wuwuwuwuuu nak kerja cepat-cepat.nak beli kereta baru gak..hi3

    ReplyDelete
  8. Reveal sudah.... Gojes sangat dear... ;)

    Wawa, btw u Johor mana ae?

    ReplyDelete
  9. bestnya... Alhamdulillah rezeki wawa.. :)

    ReplyDelete