Thursday, 2 February 2012

Karnival Karangkraf, Shah Alam

Karnival Karangkraf ni telah berlangsung di Shah Alam pada 27-29 January 2012 yang lepas. Wawa saja pergi sebab dekat je dengan rumah mom in law. So singgah sebentar tengok kot ada jumpa artis ke, ada promosi hebat ke. Memang ramai time karnival tu, parking pun penuh and of cos la jalan jam.

Dasyat meriah, banyak booth, novelis, majalah keluar lama 15% diskaun, majalah belum keluar pasaran pun ada, online shop, booth demo, booth novel lama, booth makanan pun ada. Senang kata macam-macam ada. Konsert artis macam Siti Nurhaliza diadakan malam tu, tapi wawa tak sanggup tunggu sebab orang terlalu ramai. 


Antara novelis yang ada Ramlee Awang Mursyid. Sempoi je kan, tapi memang superB lah dia punya idea. Novel yang terbaru Fiksyen 302. Sila dapatkan di pasaran. Wawa tak kenal ramai novelis Melayu. Antara yang wawa kenal Ramlee Awang Mursyid. Pernah dulu baca novel dia RAHSIA PERINDU. Uish seram tak boleh tidur malam bila imagine cerita tu. Hehehe over penakut la wawa ni..




Tengah berjalan tu, jumpa dengan peserta MasterChef Shahriah. Memang peramah habis. Wawa cakap teringin nak makan asam pedas from u. Best je dia cakap, bolehlah datang rumah akak, nanti akak masakkan. Ha! I like..

Ha chef merangkap novelis ni akan menulis buku resepi tak lama lagi. Nati wawa nak beli and try resipi asam pedas Kak Shahriah. :)

 

Kita terjah, Magazine booth pulak. 

Antara magazine favourite wawa.


Antara magazine yang wawa beli. Semua ada diskaun.


Ok itu je cerita pasa Karnival Karangkraf. Congrats to Karangkraf. Next year buat lagi ok.

1 comment:

  1. baca entry wawa ni lah terus call cik abg suh dia belikan...hahaha

    mmg best...br baca 56 ms tp penuh unsur saspennn

    ReplyDelete