Monday, 25 February 2013

Sakit Gigi

I know, sakit gigi macam perkara biasa, tapi bila sebut je sakit gigi time pregnant ni. Memang perkara luar biasa bagi saya. Dengan kita nak control keadaan kita sekarang ni, boleh pulak tiba-tiba datangnya sakit gigi. Saya kena admit, ibu mengandung perlu 1,200 hingga 1,500mg kalsium per day, don't know whether saya amik cukup kalsium ke tak. Rasanya tak cukuplah kot, sebab saya boleh sakit gigi ni kan?

*insert cry here*

Honestly saya dah pernah pergi cabut gigi di awal trimester. Yup dah cabut, that mean dah hilang lah gigi geraham kesayangan ni. But now saya sakit gigi sebelah yang dah cabut tuhari. Can you imagine that! Tak tau plak sakit gigi ni boleh berjangkit. Sebelum pregnant tak pernah pun sakit ok.

*insert loud cry here*

Sekarang nih kalau boleh nak bertahan kita tahan, buat tak tau je perasaan sakit nih. Selama manalah mampu nak bertahan kan. Kalau tak tahan terpaksalah pergi cabut. Adoi rongak lah saya nanti. Kalau nak pergi tanam gigi mau dekat RM5k+. Ada sesiapa boleh suggest klinik kerajaan yang boleh buat implan gigi yang elok? 

Actually ibu mengandung boleh kalau nak pergi cabut gigi. Saya memang mintak advise dengan my ObGyn before pergi tu. Doktor advise jangan stress dan cari dentist yang boleh harap. Bukan macam dentist time kita kat sekolah dulu ok. Gigi pecah dan kadang ada tertinggal lagi. Haha dengar pun dah seram. In other hand, bukan kita tak jaga gigi ok, sebab Mr.Fand kata, u tak gosok gigi ke? Sabar je lah kan. In the end dia jugak kena bayar untuk kes cabut gigi haritu. Oh lepas dah cabut gigi tu alhamdulillah takde apa. Hilang stress sakit, but now sakit tu datang lagi.

*louder cry here*

Friday, 22 February 2013

Zikir, Doa Mudah Bersalin

Hari-hari berdoa semoga dipermudahkan untuk bersalin. Kalau rasa ada salah dengan Mr.Fand pun cepat-cepat salam mintak maaf. Takut effect susah nak keluar baby nanti. Antara zikir dan doa yang saya ada terbaca. Jom kita amalkan. Bagi yang sukar atau ditimpa masalah boleh juga baca dengan hati yang ikhlas. Allah Maha Pendengar, Maha Pengasih lagi Mengasihani. 

Al-Fatiha

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Al-Abasa : 20

  

"Kemudian jalannya dimudahkan"

Al-Anbia' : 87-88

 "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
 

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)
  
"Allahumma yassir, wala tu'assir, rabbi tammim bil khair"

Maksudnya : Wahai Tuhanku, mudahkanlah dan janganlah Engkau payahkan, wahai Tuhanku, sempurnakanlah dengan kebaikan.

Ya Allah...mudahkanlah segala urusan. Amin..

Thursday, 21 February 2013

Wednesday, 20 February 2013

Baby Fair / Baby Expo / Motherhood Expo 2013

 Ok boleh mark kat kalendar sekarang. Untuk 8-13 May tu tak sure saya masih larat lagi ke nak pergi. Kalau ikut perasaan memang excited je nak pergi. 

Boleh start menabung dari sekarang.. :)


Motherhood Expo 2013
Dates: 1 to 3 March 2013
Time: 10.30a.m. to 9p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: Harenet website here



5th Maternity & Children Expo

Dates: 5 to 7 April 2013
Time: Information not available
Venue: Mid Valley Exhibition Centre Halls 2 & 3
Organiser: The Concept Exhibition (M) Sdn Bhd
Website: Mid Valley Exhibition Centre events page here

Mom & Baby Expo
Dates: 8 to 13 May 2013
Time: Information not available
Venue: Mid Valley Exhibition Centre Halls 1, 2 & 3 Foyer
Organiser: Today Publishing Sdn Bhd
Website: Mid Valley Exhibition Centre events page here

Parents and Kids Expo 2013
Dates: 30 August to 1 September 2013
Time: 10.30a.m. to 9p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: Parents and Kids Expo website here

9th IBEX International Baby Expo
Dates: 15 to 17 November 2013
Time: 10:30a.m. to 9:00p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: IBEX website here
Jangan lupa bawak checklist bersama, takut ada yang tertinggal atau terlebih beli pulak. *reminduntukdirisendiri*

Keria Keledek

Tak sure, apa you all panggil kuih ni, yang penting rasa dia memang sedap. Time saya tengah rajin dan tahap teringin nak buat... Ye!, bukan teringin nak makan. Kalau teringin nak makan boleh terus beli kat kedai, tapi ni teringin nak buat kuih ni. Saya pun tak sure, bila terasa nak makan apa-apa, saya akan cuba buat sendiri. Konon nak rasa air tangan sendiri lah kan. 

Pregnancy kali ni betul-betul buat saya rajin masak. Ada je makanan yang saya nak try buat sendiri instead of beli kat kedai. Betulah kot salah satu tanda-tanda dapat anak perempuan. Rajin lain macam. Sampai Mr.Fand pun pelik.

Alah wawa, baru kuih keria nak kecoh. ^_^


Keria ni memang saya buat without gula. Takut tahap gula meningkat dalam badan. Mr.Fand pun tak suka benda manis sangat. 

Resipi: (malu nak share sebab senang sangat)

Bahan-bahan:
  • 500gm ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam 
 Cara-cara:
  • cuci keledek sampai bersih
  • Rebuskan ubi keledek hingga empuk.Toskan airnya.kupas kulit
  • Lenyekkan sampai hancur sementara ubi masih panas taburkan garam
  • Biarkan ubi tadi sejuk,bila sejuk masukkan tepung dan uli sampai sebati
  • Buat bentuk bulat dan goreng
Selamat mencuba

Tuesday, 19 February 2013

Lunch: NANDO's

 Kita tengok makanan dulu..




Bukan kes mengidam, saja je makan di Nando's. Kat sini saya paling suka dengan peri chips. Dia punya gebu, lembut tu memang walah! Takde kentang goreng tempat lain yang marvelous macam kat Nando's ni lah. Untuk ayam so-so je, lagi suka kenny rogers punya ayam. Oh time pregnant ni, saya lagi suka makan ikan, seefood. Ayam last choice.

After makan kita survey barang baby lagi.. :)

Monday, 18 February 2013

Wardrobe Baby

 Finally dapat jugak siapkan wardrobe untuk little one.. before ini asyik tak berkesempatan. Bila dah siap semua, mak ai excited bukan main lagi. Terus tak sabar nak bersalin. Hihi..


 So, saya kemas ikut bahagian, atas tu acccescories, barut baby, and blanket. Ada romper jumpsuit and legging. Sebahagian je untuk newborn, ada tu untuk 3-6months. Banyak lagi ruang kosong. Banyak lagi kena beli lah kan maknanya. Mana boleh tahan, baju baby girl semua comel kot. Rasa semua nak beli. Isk isk.

Ni chest of drawer untuk little one jugak,untuk letak toiletries, feeding set. Semua belum beli lagi, nanti dah siap beli saya akan share lagi. 


Masih banyak lagi tak beli. Baru 20% je kot shopping. Selalu je tengok barang-barang baby kat Mothercare, Parkson, Jusco, tapi lastly balik tangan kosong. Nanti lah beli, next time boleh datang lagi. So far kita orang memang slow and steady, survey dulu next time datang baru beli. Actually excited, sebab tengok barang baby semua comel.. 

Beria lebih susun semua barang baby ni, nanti kena masuk dalam box jugak sebab saya confinement kat Johor. It's ok semangat tu yaang penting. Hihi..

 Semua furniture from IKEA 

Friday, 15 February 2013

Sharing Is Caring: Alphabet Bunting

Tengah mencari idea untuk decorate bilik baby, ternampak pulak blog yang share (free) bunting. Sangat adorable. Sangat sesuai untuk baby shower, birthday, or bilik baby. 



Now, time untuk saya fikir macam mana nak setup bilik baby biar jadi cantik. Idea macam gambar di bawah..

Boleh tengok website pinterest..




Friday, 8 February 2013

Update 6th months

 26weeks 2days
 
Since dah mencapai tahap 6bulan mengandung, saya dah busy dengan baby checklist, hari-hari mesti nak google baby list dalam internet, kena revise balik sebab tak sure perlu ke nak beli. Contoh macam baby cot, perlu ke tak nak beli? tapi bila tanya Mr.Fand dia lah paling beria "mestilah beli, nanti baby nak tidur dalam tu". So kita akan proceed untuk beli. Masalah pulak kat mana nak beli dengan affordable and reasonable price tu. Jawapannya ada di google. Terima kasih kepada encik google. 

Checklist lengkap akan saya update dalam next entry. Saya rasa complete lah kot checklist tu. Hopefully takdelah tertinggal apa-apa.
 

Baby bump at 6 months. 

Ayat biasa yang saya dengar, tak nampak pun macam 6 months. Anak first memang tak nampak. Tapi alhamdulillah baby sihat. Kalau tengok dari depan lagi tak nampak. Nampak lebar je. haha. Shape semua dah lari. Fuh, kenalah fit balik lepas bersalin nanti. 

Apa yang saya rasa sekarang ni, perut kadang mengeras, stretch mark takde lagi, line clear, hopefully sampai 9 bulan nanti clear. Pinggang belakang dan kebawah selalu je rasa cramp. Lagilah bila time nak bangun dari duduk, sakit kot rasa punggung tertinggal kat kerusi. Adoilah.. Berat saya naik 5kg. Naik je, tak pernah turun pun dari first trimester. Percaya akan naik lagi bagaikan juara. 1months naik 1kg. 
 

Honestly, sebenarnya saya rasa enjoy mengandung. Precious moment. Pengalaman yang susah kita nak dapat. I believe nanti akan rasa rindu nak mengandung lagi bila baby dah besar. One point paling best apa kita nak mesti semua akan dapat. Alhamdulillah maybe sebab saya takde nausea or sickness yang teruk dan tak pernah muntah langsung semasa mengandung. Alhamdulillah, rezeki saya kot diberi kemudahan, hopefully sampai bersalin nanti pun mudah. Next year boleh pregnant lagi. haha..

 Selain itu, I always pegang my tummy, mesti akan cakap macam tak percaya je ada baby dalam perut ini. Tiba-tiba baby akan kicking. Macam tau je kan "ye saya ada dalam ni mama" haha. Mr.Fand and me just so excited. MashaAllah.

Thursday, 7 February 2013

It's A Girl

When I found I was pregnant, instinct kuat cakap baby dalam perut ni gonna be baby BOY. Sebab dah terangan-angan, biar dia jadi abang yang jaga adik-adik dia nanti.Anak sulung more responsible. Time 1st trimester allergic dengan kaler pink, tengok kaler baby blue lagi cantik, nampak soft je. Ha menyebabkan instinct lagi kuat, ni confirm lelaki. In other hand, Mr.Fand selalu cakap, 'baby girl ni, instinct i kuat rasa, anak kita girl'. 

Honestly, instinct I kadang berubah, eh baby girl kot sebab rajin masak, suka benda yang comel2 mcm craft, rajin lain macam, takde cravings and no sickness langsung. haha, seronok gak guessing pasal gender. Siap pernah terbaca tanda-tanda anak girl atau boy. girl suka makan manis, boy masam. macam-macam tanda lah.

Bila dah 2nd trimester, gender not the matter, yang penting baby sihat, sempurna dan jadi anak soleh/solehah. InsyaAllah.

But last week, pergi check up di FPP, doc confirmed, instinct Mr.Fand was right. Dengan berat 680gm measures 13inch untuk 25weeks, boleh nampak tangan dia, kaki, peha yang besar macam mama dia. haha. lips macam Mr.Fand, mashaAllah.
Suka lah Mr.fand kan, sebab baby ni gonna be daddy's girl. 


Hamburger memang jelas nampak macam picture itu (sumber google) and doktor siap boleh cakap, 'oh ni boleh beli pink ni, 90% girl!'.. Papa dialah orang paling suka dengar, mama redha dan bersyukur sebab baby sihat. Maybe boy next time ok.

 Now I just need to force myself to control my spending, because shopping for a girl sangat mencabar keimanan. haha. 

Semoga menjadi anak yang solehah.. amin..

Wednesday, 6 February 2013

Happy...

Apakah maknanya ni..
wink..

Tuesday, 5 February 2013

Tanda Tanda

Bila saya tengok awak, saya akan happy. Macam-macam saya terbayang nak buat dengan awak. Saya tak dapat bayangkan masa depan saya tanpa awak. Impian saya akan tercapai dengan awak. Awak tak macam yang lain yang pernah saya jumpa. Terima kasih atas bantuan dan sokongan awak. Kini kering, gatal dan seperti kulit tembikai boleh diatasi. Saya tak kan pernah lupakan jasa awak berdua. Saya sangat cintakan awak berdua. Saya bencikan stretch-mark. 
 
 Gambar: 'cinta hati' saya sekarang ni..


"Sayang, sini apply lebih sikit. takut part ni banyak mark nanti"
Dialog bersama Mr.Fand dan 'cinta hati' saya. 
Brrrr... katakan tak nak pada stretch marks

Monday, 4 February 2013

Look Post: Lawa-Lawa




Haha melentik tak? Jangan terripu ek, time ni baru 5 weeks pregnant, takde lagi baby bump but selera makan makin menjadi-jadi.

What I wore:
WAFFAA scarf Dark Brown
Tie-Dye Long Dress from LAWA-LAWA