Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Tuesday, 28 January 2014

Damia 8 Bulan

Alhamdulillah Damia dah masuk 8 bulan. Dah besar dah anak mama! Pandai merangkak sekarang, habis satu rumah dia pusing. Sekejap kat sini, sekejap lagi kat sana. Nasib papa Damia rajin mop lantai, kalau tak baju Damia yang putih tu jadi kelabu asap. 

Damia lasak sangat sekarang, makin banyak akal, makin tak reti duduk diam. Kalau mama duduk sebelah, dia akan panjat mama, sampai berjaya berdiri sambil pegang peha mama. Tau jelah peha mama kau yang gebus ni. Kalau pakai pampers plak tak reti duduk diam, bila mama nak pakaikan bedak, bukan tadah pipi tapi mulut dia ternganga macam orang nak bagi dia makan. Damia oo Damia!

Obviously dah pandai tarik headband atas kepala, kalau mama pakaikan cepat je dia nak tarik. Time amik gambar ni mesti dia tau nak posing jap, lepas ni boleh tarik. Tapi muka tu still macam takde perasaan.


Ececeh Damia.. 
 

Ha see, memang tak reti duduk diam!
 

Lengan tu nampak gagah perkasa sangatlah Damia, kepit² sikit please!
 

Damia tengok tv. Macam faham je kan?
 

Sekarang ni tak berani nak letak Damia atas katil, mama baru bangun nak capai barang ke, dia dah kat bucu katil, sikit je nak jatuh. Baby you all pernah jatuh katil ke?
 

Well known, time baby umur macam ni, tengah aktif, kalau kita tinggal buat kerja dia akan nangis, tapi bila kita pandang je muka Damia, and when she smile, mashaAllah tuhan je yang tau perasaan tu. Mama, papa penat jaga Damia pun rasa worth every single thing, takpelah Damia, semua untuk Damia. 

Damia dah besar, one day nanti Damia akan pandai berjalan, pergi sekolah, masuk universiti, ada suami. Allahuakbar, mama wants to cry.

Friday, 24 January 2014

Habis Terjual!


Semua barang Damia dah terjual less than an hour. Thanks pretty mummy! Agak-agak Damia marah tak mama jual barang² dia. With good reason, daripada Damia tak pakai better mama jual kan. 
^_^

Thanks again!!

Barang DAMIA Untuk Dijual - SOLD OUT

Barang Damia maksudnya bukan barang mama Damia. Barang² baby untuk let go. Dulu time pregnant excited semua barang nak beli, selagi list tak lengkap selagi tulah we all tak puas hati. If ada contest, list sapa paling lengkap, maybe we all menang contest tu. mihmihmih. Rasanya banyak blog atau forum untuk pre-loved barang baby tapi, cari tak jumpa (any suggestion?). 

So wawa upload kat sini lah ok. 

First ni, bedung moden, swaddle GUGU. Time ni beli dekat expo KLCC kat butik DYNAS. Time ni wawa cari TANAMERA set berpantang (nasib baik tak beli, kalau beli, lagi banyaklah barang nak let go). I beli set NR (nonarogay) pun ada yang tak pakai. Ok² balik pada cerita swaddle ni, pakai sekali je, Damia suka je tapi mama dia yang tak berapa rajin nak pakaikan bedung. 

Swaddle ini memang comfortable, kain sejuk and material best. 

Swaddle GUGU
RM25
Harga asal - RM40
Condition 9.5/10 (pakai sekali, like new)
SOLD OUT




Second, cloth diapers brand autumnz. Dulu ada lah angan² nak pakaikan Damia CD, sebab terjebak dengan forum CD. Kononya banyak penjimatan tapi harapan tinggal kenangan, tak pakai pun. 

Autummz Cloth Diapers
RM60 (4 pcs)
Harga asal - 1pcs RM25, Set 100 
 SOLD OUT





Ok ni merupakan set penyusuan, semua barang ni wawa tak guna lagi sebab Damia tak nak susu masuk botol, dia nak direct fresh dari badan -__-
So set ni semua pun masih fresh dalam plastik. Botol Avent 2 tu pun masih tak pakai lagi. Daripada tak pakai kita let go.
Set ni dah complete so senang bagi mama yang suka buat stok ebm.

Set Penyusuan
RM75
Harga asal almost RM200
SOLD OUT 








If berminat boleh email wawa.tasliman@gmail.com

Semua barang exclude postage tau. 
Kalau nak COD area Putrajaya boleh tapi tengok time free wawa ok.. :)

Ada gak barang mama Damia yang nak let go. mihmihmih nak jugak. TOOP SHOP.
See you there!


Thursday, 23 January 2014

Peach Color Lagi





Dah ada anak ni, colour baju pun kena soft² melambangkan jiwa keibuan gitu. 
So antara favourite color ialah SOFT PEACH

Mama dengan SOFT PEACH, Damia dengan SOFT PINK

Wednesday, 22 January 2014

Peach Color




 
 
Pilihan customer untuk warna peach dan pastel. Pandai awak pilih color² yang sweet dan soft. Thanks for your support!


Tuesday, 21 January 2014

Apa Dalam Beg Mama


Inilah antara barang yang mesti ada dalam handbag mama. Headband tu wajib, paling minima dalam handbag ada 2 3 helai. Boleh pilih ikut baju kaler apa Damia pakai hari ni. Hello kitty tu best friend Damia. I fikir kalau baby girl bawak bear jalan-jalan, ada dalam stroller ke, macam comel je baby tu. Tapi Damia ni bukan boleh kalau risau ke, kang di campak je kitty tu ke mana². Stokin tu satu je, satu lagi takde. Itu standard kot.

Ha mana pampers Damia? Melampaulah tu kan, kalau pergi mana-mana mesti ada papa beg we all bawak sekali. So mana yang wajib tu semua masuk dalam papa beg. Tak pernah lagi pampers dia masuk dalam handbag. Rosak handbag.. :)


Wednesday, 8 January 2014

Bye Bye 2013, Hi 2014

Sorry too bz too little time, nak update blog pun subahanAllah memang bencinta. InsyaAllah azam baru tahun 2014 nih, nak keep update blog sebab nak keep in touch dengan mummy² semua.

Better late than never, happy new year,  wish you the bright and properus, semua harapan dan wish you all tahun ni dilaksanakan. Wawa plan nak beli rumah tahun ni, dan hopefully hujung tahun dapat pergi PARIS (amboi! alang-alang berangan tu biar berangan sampai ke bintang) mihmihmih..

and motto tahun ni 'stop dreaming, start doing' sebab last year rasa banyak sangat plan nak itu ini, tulis dalam planner terlalu terlalu terlalu (menunjukkan memang) banyak benda, nampak tu nak tu, nampak ini nak ini tapi buat betul2 non ado. wawa wawa tepuk tampar muka sikit, stop dreaming ok. kerja keras untuk dapat apa yg kita nak!


Alhamdulillah ada lah jugak beberapa hasil bukan takde langsung. Tahun ini hadiah paling terindah adalah DAMIA. Alhamdulillah.