Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Tuesday, 17 December 2013

Damia 7 Bulan

Makin hari Damia makin membesar, semakin pandai, macam selalu semua benda dia nak masuk dalam mulut, tambah akal sekarang, semua benda dia nak ketuk. Tak! tak! tak! macam orang menukang dah. Damia memang aktif, kesana kemari dia berpusing, mama dengan papa memang tak terlayan. Perkara baru yang we all perasan, Damia suka memerhati kat orang. Bila dalam lif uncle or aunty sebelah tu mesti akan tertarik dengan dia, sebab Damia suka pandang atas bawah, then buat muka gedik. Sometimes saja je tak nak bagi dia tengok, pusingkan badan, Damia akan tertoleh-toleh kiri kanan nak tengok semula. Tak sure perangai ni ikut siapa. Pffttt..

Benda yang paling buat Damia suka ialah bila mama atau papa massage dia, urut kaki ke, tangan badan, dia akan senyum dan paling buat we all terkejut Damia akan sendawa keluar angin satu badan. Ok ini obviously ikut perangai papa yang suka pergi urut tu. :)

Damia favorite food, mashed potato yang papa dia buat. Tuhari ada try mix potato and spinach tapi Damia punya poo poo keras. Kesian tengok bila dia nak poo poo tu, merah padam muka, tapi yang keluar seketul-seketul. Sorry Damia. So now, we all bagi dia makan potato dengan carrot. 

Bayam, not my food mama!


Terima kasih Allah dengan anugerah ini. Semoga Damia menjadi anak yang solehah. 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh order WAFFAA PRINTED SHAWL yang stoknya semakin menipis.. 

WAFFAA PRINTED SHAWL


Monday, 16 December 2013

Big Bad Wolf Book Sale


Semalam adalah hari terakhir Big Bad Wolf (sale buku) yang diadakan di Mines, Seri Kembangan. Sorry ye dah habis event baru nak promote. Actually tak plan pun nak pergi, Mr. Fand nak pergi ke Challengers (IT store) dekat Mines, so masa on the way ke sana tu, mak ai apasal jam sangat ni? baru teringat ada BBW kat sana. Nak tak nak kena redah gak.

Pesta buku ni dia dekat MIECC sebelah Mines. Mak aih ramainya orang, ni semua pergi ni sebab buku murah gila atau memang kaki baca buku. Imagine je, harga buku selalu RM35 - RM45 ni boleh dapat dengan harga RM5 - RM8. Buntang mata tengok, semua buku rasa nak beli, agak-agak cover buku tu cute, ada gambar handbag, heels, makeup, confirm masuk dalam kotak. Ok biasa kita pergi shopping di sediakan troli, tapi kat sini kena mengangkat kotak, rasa 2 kotak pun tak cukup macam ni. 

Ok bab buku yang ada, semua jenis macam self help, reference, novel, fiction semua ada, just name it. Dulu masa kat uni saya memang kaki baca buku, butu top, tak berapa top seller semua tahu, tapi sejak menjak ni, nak baca buku mesti terlelap, kesudahnya 2 bulan pun still tak baca lagi. Apa novel yang terkini dah tak follow pun, unless author yang familiar. 

So ni antara buku yang dibeli, half je ni. Kalau satu buku 2 bulan so kira berapa saya nak habiskan baca semua buku ni. :)



Damia jom baca buku dengan mama. 
Sedapnya mama buku ni, tarik masuk dalam mulut. sigh!


Thursday, 5 December 2013

Damia & Food

I bukan jenis yang suka masak, suka makan memanglah. But when comes to food Damia, I rasa teruja nak try and error apa yang Damia suka makan. Before Damia cukup 6 bulan we all dah excited apa nak bagi Damia makan. try baca blog mama2 yang share resipi semua. So, cukup 6 bulan first time we all try carrot and broccoli. I guna pressure cooker Panasonic sebab tak nak hilangkan rasa dan khasiat makanan tu kalau rebus. Alhamdulillah pressure cooker ni we all dapat hadiah kahwin.

Food bawah ni broccoli mix carrot. After tu we all buat mashed potato, mashaAllah Damia suka sangat, tak sabar nak tunggu mama suap dia lagi. Bila lambat suap, mesti dia menjerit2 nak lagi. Ada tu, dah habis satu mangkuk Damia still nak lagi. Bila I bangun cakap dah habis dia menangis. Pernah tak you all kena macam ni? so apa you all buat? suap lagi ke? kang takut bagi lebih muntah plak.




Lepas makan, kenyang perut senang hati.. :)